Quantcast
Channel: DaStoryBegins
Viewing all 57 articles
Browse latest View live

Pasal hujan pun boleh buat entry. Apa da....

$
0
0
Kat Melaka ni dah beberapa hari duk hujan. Sepanjang hari. Sampaikan beberapa kali rutin hendak keluar dibatalkan. Ada juga kawan aku yang bengong ajak joging hujan-hujan. Apa jadahnya. Last-last dia cakap aku dah lama tak mandi hujan lah. Aku rasa nak tunjal jek pala dia sebab umur kau dah tua bangka pun mahu sebok main hujan.Tapi tak sampai hati. =.="



Hujan-hujan ini terpaksalah aku duk berkurung dalam rumah. Jadi anak dara sekejap. Hehehe. Hujan telah membuatkan aku rasa mudah sejuk. Serius nak mandi pun fikir banyak kali. Sebab air pun dah macam mandi air perigi. 
gambar ini dari sini
Hujan juga membuatkan mata aku cepat ngantuk di mana katil adalah tempat paling best sekali untuk berguling. Hehehe. Daripada tidur lambat. Boleh tidur awal sebab sejuk. Tempat best sekali untuk tidur adalah kat rumah family/kampung sendiri. Bermacam-macam tempat aku pergi. Kat umah sendiri tidur lagi best! Kau tak payah pikir apa dah. Sorong bantal or bantal busuk kau, sekejapan kau tidur. Hehehe. Betul tak?

gambar ini dari sini
Waktu hujan-hujan ni pun aku duk bantai minum kopi aje. Tak tahu kenapa. Asal hujan je, bilangan cawan aku minum kopi mesti meningkat. Kalau tak hujan, 2 cawan sehari... kalau hujan aku minum nak dekat hmm.. Ok 3 cawan. Tipu tu. 5 cawan sebenarnya. Aku sebenarnya ada penyakit ketagihan kopi..huhuhu..=.='

gambar ini dari sini
Aku pantang tengok makanan. Cepat teruja. lagi-lagi waktu hujan neh. Walaupun aku kecik. Aku kuat makan sejak menjak ni. Kalau tak ada benda nak makan. Laju jeh aku pergi dapur. Masak (Baca: Masak benda senang) Pastu makan senyap-senyap sambil tengok CSI yang aku duk record. Habit aku. Makan waktu semua orang tengah tidur. Pastu aku senyap-senyap tengok tv seseorang. Sebab aku tak suka orang kacau aku tengok tv. Lagi-lagi suka suki tukar channel. Macam adik aku. Menyirap. Sebelum aku sumbat remote kat mulut sapa-sapa. Aku tengoklah waktu takde sapa nengok tv. Nasib baiklah aku dah pandai record kat astro tu. Huhuhu.. Kesian tak aku.. Huhuhu


Ok dah entry merapu aku. Aku lapar lah tengok waffle ne. Haih. Mau pergi carik makan! bubye. See ya!

Just like the rainbow after the rain, a good thing will always happen after you experience pain.

Header ohhh Header.....

$
0
0
Berpeluh-peluh aku membuat header. Ok tipu. Tak berpeluh pun. Haus dan lapar adalah. (T.T). Aku seorang yang cepat bosan dengan sesuatu. Oleh kerana itu, aku selalu benau menukar header sesuka hati. Huhuhhu. Jangan peliklah kalau blog aku suka bertukar wajah sebulan 4 kali. Sebab tuan punya blog ini seorang yang cepat bosan.:)



Kali ini aku nak tunjukkan proses-proses yang menyebabkan aku mengeluarkan peluh. Eh, silap. menyebabkan aku lapar. Aku buat banyak kali sebab tak puas hati. Sepatutnya ada 10 header yang aku buat. Kadang-kadang warna tak kena lah. Tak match la dan macam-macam. Err.. pemilik blog ni cerewet jugak perangai dia. Huhuhu.


Ni header terbaru. Guna Adobe Photoshop CS3 je...:)

Header lama.


 Cubaan pertama. Aku cuba letak awan. Sekali test kat blog. Nampak pelik sebab tak kena dengan background.

 Cubaan menukar warna awan. But still tak puas hati. Nampak pelik.

 Berfikir-fikir hendak buat macam jalan-jalan naik moto di taman. hihihi.

 Tetiba letak jalan raya. Sebab nampak pelik bila motor ne jalan di awang-awangan. Huhuhu.

Akhirnya, menukar warna tulisan sebab yang sebelum ni nampak pucat. Huhuhu.



Akhirnya siap. Header aku tak lah seperti header orang lain yang cun-cun belaka. Aku buat yang mampu jelah. Tapi aku buat simple je. So takde sarat barat. 



Tahu tak kenapa aku letak gambar kartun motor tu. Sebab gambar kartun ni jadi wallpaper kat Hp aku. Hari-hari duk tenung benda alah ne. Tetiba datang idea. Sepatutnya aku nak buat tajuk blog ni ada asap-asap. Memandangkan aku tak jumpa brush ada asap-asap jadah. Aku tukar ar. Tu sebab mula-mula header aku ada awan. Huhuhu. Origanal photo motor ini warna pink. Hehehe. Aku tukar sebab nak kasi matching dengan blog. Aku kan hantu ngan warna ungu. Hu....:D



Ok dah. Itu je aku nak cerita. Aku tak reti nak buat tutorial kat blog sebab aku tak pandai mana pun. Kalau ada kawan-kawan tanya pasal nak tukar apa-apa kat blog. Aku bagi link je. Sebab aku tak pandai. Kalau bagi link apa-apa aku pandailah. hehehehe. Ok, have a nice day. See ya!

Bercinta cukup senang, Berkahwin cukup susah.

$
0
0


Situasi 1:
Berkahwin usia muda. Kerana nafsu batin tidak tertahan. Cinta. Kerja tak ada. Ekonomi tidak stabil. Emosi pun ikut darah muda. Dan tidak berfikir panjang. Mula-mula bahagia. 6 bulan selepas itu. Suami lari balik kampung. Sebab tak tahan bila isteri kata pergilah cari kerja. Suami duk mengangkang kat rumah. Bini pergi kerja cari duit. Bila mengadu makan pakai tak cukup. Lelaki lari balik kampung mengadu dengan mak. Kata hidup susah. Tinggalkan bini tengah sarat mengandung cari rezeki. Lahir anak yang tidak diazankan bapanya sendiri. Sebab lelaki duk lari kampung duduk celah ketiak emak yang disuakan makan. Bini datang kampung nak tunjuk anak. Tetapi dihalaunya. Akhirnya, bercerai jalan penyelesaian pada usia muda.



Situasi 2:
Bercinta. Berkahwin. Ekonomi stabil. 11 Tahun berkahwin. Ekonomi suami tidak stabil kerana dibuang kerja. Isteri kerja. Menanggung suami. Last-last, lelaki ada perempuan lain. Bawak lari anak. Tidak bagi mak jumpa anak. Bila keluarga membantu. Jadi pergaduhan besar. Perbincangan secara baik-baik ditolak mentah-mentah. Akhirnya, penceraian dipilih.



Situasi 3:
Bercinta dan berkahwin. Ekonomi stabil. 20 tahun sudah berkahwin dua orang cahaya mata. Setelah 20 tahun bersama-sama mencari rezeki. Bersulamkan air mata dan kepayahan. Suami berkahwin dua. Isteri pertama diabaikan. Anak-anak juga. Nafkah zahir tidak diberi. Batin bagi pula. Isteri yang bersusah payah berada disisi terima dengan redha walaupun duit belanja rumah tidak diberi. Akhirnya mengambil upah menjahit baju dan membuat kuih. Duit cukup-cukup untuk makanan dan belanja anak. dan kadang-kadang tidak diberi. Isteri kedua. Di beri kemewahan. Hari jadi anak yang pertama disambut besar-besaran. Tetapi anak isteri pertama tidak pernah merasa itu apa sambutan hari lahir, kek hari lahir dan apatah lagi party. Anak isteri pertama pergi pergi ke hari lahir itu. Cuma aku nak tahu. Apakah perasan budak itu bila si bapa tidak adil? Budak itu baru darjah 4.



Tiga situasi di atas. Membuatkan aku berfikir banyak kali. Terlampau. Kejadian yang berlaku di depan mata. Dan menyebabkan aku berasa takut untuk menghadapi masa-masa ini. Kita tidak tahu dugaan Allah terhadap kita. Ada orang bahagia. Tetapi ada masanya mereka juga hadapi masa sukarnya kan? 



Point disini. Adakah aku cukup bersedia sekarang ini? Sejujurnya tidak. Kalau dulu aku dan en kekasih berbincang pasal perkahwinan. Aku cukup teruja. Tak sabar-sabar. Tetapi, apa yang berlaku. Aku berfikir banyak kali. Perkahwinan bukan kerana cinta sahaja. Bukan kerana anda dapat menghalalkan apa yang haram. Tetapi sesuatu tanggungjawab yang cukup besar. Persediaan dari segi emosi. Persediaan kita menerima baik buruknya pasangan kita. Persediaan dari segi kewangan dan paling penting. Persediaan dari segi agama.

Aku jadi expert memasak macam nigella neh bawu kita kawin eh en kekasih.Hahaha.


Kadang-kadang aku ingin bertanya kepada diri sendiri. Sudah mampukah aku menjaga minum pakainya dengan sempurna. Masakan sekarang aku masih terkial-kial dalam bab memasak. Masih bermalas-malasan tentang pakaian ku sendiri. Nak jamu suami dengan meggi je? Hahaha. Dan paling penting agamaku. Sudah sempurnakah solat aku? Auratku? dan ilmu-ilmu lain. En Kekasih selalu berkata Bagaimana mahu membimbing jika dirinya sendiri mahu bimbingan lagi?



Selepas ini aku tidak mahu lagi menetapkan umur bila kami akan berkahwin. Sebab aku mahu dia tunaikan apa yang ingin ditunaikan. Kerja yang ada jaminan, rumah untuk kami berdua dan yang paling penting. Aku mahu dia dahulukan keluarganya dahulu. Sebab itu impian dia. Dan, mengenali aku sebenar-benarnya.Aku pula mahu memahami dan menerima baik buruknya pasangan aku dan melengkapi hidup aku dengan apa yang sepatutnya aku harus belajar. Dan paling utama aku dan dia harus belajar sabar.



P/s: Perkahwinan bukan perkara ringan. Perkara yang teramat berat. Orang zaman sekarang aku nampak. Aku kawin kau sebab cintakan kau. Besok-besok bercerai berai. Jawapan klise. Kami tidak serasi. Asyik bergaduh. Tiada sefahaman. Tahu mengapa zaman datuk nenek, mak ayah penceraian adalah sukar untuk didengari? Tanya mereka apa rahsia perkahwinan. Sabar. Itu kunci mereka kekal sehingga kini.

P/s 2: Aku cakap macam iye-iye je aku akan kahwin dengan En Kekasih. InsyaAllah, jika ada jodoh kami.. Aku berserah pada Allah. Kerana Dia menentukan segalanya.:)

Dengan rasminya hari ini aku berumur 42 tahun....

$
0
0
Terbalikkan je nombor 42 tu. Itulah umur aku sebenarnya. Dah. Tu je nak bagitahu. Haha. Sila percaya aku berumur 24 tahun. ok? Sebab dah acap kali aku disalah tafsir berumur lingkungan budak sekolah. Serius weh.  Apa nak buat keturunan. Huhuhu.


Bila di tanya apa wish oleh En Kekasih malam tadi. Aku tak nak cakap. Kang tak menjadi lak. Hehe. Taklah. Aku nak jadi kaya raya. Boleh? Aku nak bawak mak dan ayah aku ke Tanah Suci.:)


Dah tu je.Terima kasih kepada sahabat yang wish kat FB, call and mesej. Ok dah.. aku nak pi carik kopi. Bubye! See ya!


P/s: Orang pertama wish. Salmia lah. Dari awal tahun hari tu dia dah wish. Hahahaha. tak boleh blah. En Kekasih 3 jenis lagu birthday dia nyanyi. Hahaha. Mak aku bagi hamper sempena birthday. Tak penah-penah aku dapat hamper masa birthday. Dua lak tu! Tak boleh blah.. Haha.

Kejutan, Nando's dan melepak sambil bergambar.

$
0
0
1. Kejutan.
Pertama sekali aku nak cakap. Bapaknya tak boleh blah budak dua orang ni buat kejutan. Buat kejutan kat rumah aku pulak tu. Aku bajet Nadia ajak kuar berdua je. Sanah tak ada sebab tak balik kampung. Lepas maghrib, aku bersiap. Tunggu si Nadia tak datang-datang. Kejap-kejap call mintak 20 minit pastu mintak lagi 5 minit. Tapi batang hidung tak nampak. Aku dah rasa something. Nadia call kat handphone mak aku lak tu. Padahal aku tak pernah bagi dia no mak aku. Aku dah lain. Tapi aku abaikan.


Nadia sampai-sampai je. Nak masuk rumah. Aku dah pelik. Apa jadahnya budak ni nak lepak-lepak rumah aku. Padahal dah lambat. Tak apa. Aku abaikan. Berbual-bual. Pastu ajak masuk bilik aku. Nak cakap something private. Aku ok jelah. Siap tutup pintu bilik lagi. Aku ok lagi. Dah abis cite. Kononnya nak blah. Kuar pintu bilik. Apahal umah aku gelap? Xde elektrik ke? Tapi tengok lampu bilik aku elok je.



Tetiba. "Suprise!" kuar dari mulut Nadia dan Senah. Senah kuar dari celah dapur. Family aku dah sengih-sengih. Tengok kat meja depan TV ada kek dah siap ada lilin. Eh, apakah ini. Ok, dah. ni kejutan yang di rancang oleh mereka meraikan Harijadi aku. Walaupun 25 Januari tu dah lepas. Tetap gagah jugak meraikan birthday aku.:)



So terima kasih kepada mereka. Sebab tak sangka buat suprise yang aku tak jangka. dan tak boleh blah buat kat rumah aku. Hehehe. Makan-makan kek selesai. Mereka minta izin family aku. " Makcik, nak pinjam Wanie kejap!" Maka, keluarlah kami bertiga.


2. Nando's
Pergh, bapaknya banyak kereta malam ni. So untuk elak jem. Kami ke Jusco Ayer Keroh. Aku bajet budak-budak ni nak jalan dan shopping. Tetiba Nadia dan Senah dengan muka confident ajak masuk Johhny. Tetapi Full. Terus ke Nando's. Aku dah tercangak-cangak. Makan? Aku baru lepas makan sebelum keluar. Aku follow je.



Sebenarnya, ini first time aku ke sini. Cuma Nadia je pernah ke sini. Aku dah malas nak cerita. Tengok gambar jelah eh. Huhuhu.
Menu

Nadia sedang pilih menu. So dia yang pilih. Kami follow je dan cakap kami semua makan. Tolak batu dan kayu je.

Nadia dan Senah. Serius. Aku duk main-main ngan kamera. Hehehe.

Aku mangsa fesyen. Tudung ntah hape-hape. So lepas ni. No for this style.

Sup dia boleh tahan.

Nama air ni Carafe of Citra. Campuran lemon dan oren juice. And aku rasa macam bergas. Tetapi tak lah kuat gas tu. Rasa? Superb!

Peri Kick Starter. Roti dia lembut gila. Kepak ayam dia best! Aku suka sos dia.

Yang ni aku tak tahu namanya. Tapi bapaknya pedas! dia ada super hot, hot dan biasa. Tetapi  try hot. Btw, memang hot! Pedas dia macam pedas berempah. Macam tulah. Aku tak makan sangat. Dua tiga cuit je. Sebab aku dah tak boleh makan benda pedas. Gastrik.

Memandangkan tak abis. So tapau!
3. Melepak sambil bergambar.
Memandangkan Jusco bersebelah dengan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Dengan muka terujanya melepak di situ. Sekali datang. Tengok ramai orang. Siap berkelah bagai sambil tengok tv besar di bangunan MBMB tu. So di sini menjadi port terbaik untuk bergambar seperti Senah dan Nadia.Eh?

Menyerlah giler budak dua orang ni. Eh, bukan. Bangunan tu. Hahaha.;p

Setiap kali ambil gambar. Mesti ada gambar kesukaan aku. Ni lah dia! Jgn tanya aku kenapa suka gambar ni. Yang aku tahu. Aku suka!

Nadia time ne nak peluk aku. Ok, aku dengan sepantas kilat duduk. hahaha. Aku tak bleh orang pegang or peluk aku.  Serius tak boleh. Geli dan takut.

Our picture. Penat nak bajet masa. Set self timer. Lepas tu berlari-lari anak. 

The first time pakai skirt labuh. Sebab confident takde nak match and matching, Aku fail bab-bab benda alah ni.
 4. Gambar dari tuan blog ni. 



Terima Kasih kepada kedua-dua sahabat aku. Cik Senah dan Cik Nadia. For everthing. Love you.:)
See ya in da next entry.

Apa masalah kau ni? Tak dapat tangan, punggung yang kau kejar. Eh?

$
0
0
Serius weh. Aku tak faham dengan dia ni. Mula-mula kejar tangan. Dia gomolnya sekuat hati. Sampai calar balar tangan aku. Bukan aku aje. Adik aku yang perempuan tu pun kena. Tak puas hati kejar sesuka hati punggung orang. Main gigit-gigit. Pe kejadahnya.http://www.emocutez.com



Sekali aku kena. Terjerit aku. Dah lah suka main kejar-kejar atas katil. Aku ngah syok menghadap laptop atas katil. Dia main terjah-terjah. Tak berbulu kau? Kang aku buat aksi ganas. Mampuih kau kang. Nak tengok pesalah tersebut? nie ha!

-
-
-
-
-
-
-
v

Muka baik kan? Masa shot gambar ne dia men tenung-tenung. Pas gambar ne berjaya di tangkap untuk cubaan ke 6 kali. Apa lagi, tangan aku jadi mangsa lah.

Dia ne paling susah nak  bergambar. Tak boleh jadi model. aktif!
Tak ada lah aku nak buat aksi ganas kat dia walaupun dia ganas. Yang aku tak faham. Dia ne terjah punggung perempuan je. Adik beradik lelaki aku dia buat derk je. Pandang pun tak. Ye tak ye ek. Aku lupa dia jantan. Patut lah tak berselera dengan punggung lelaki. Hahaha. See ya!

Hati gundah gulana. Maka, dengan itu pokok-pokok mak aku jadi mangsa.

$
0
0
Aku tengah risau sebenarnya. Aku keluar. Tengok benda hijau. Mak aku suka menanam. Lagi-lagi orkid. Kat umah aku neh ada macam-macam pokok. Yang aku sendiri tak tahu namanya. Walau bagaimanapun, aku masih gagal untuk merajinkan diri supaya mempunyai hobi sama dengan mak aku. 



Yang aku tahu, tanya soalan yang sama kat mak aku. "Pokok pe nie mak?" esok-esok pun aku akan tanya soalan yang sama. So, kalau esok muka aku merah tu. Mak aku dah malas nak jawab soalan aku le tu. Hahaha.


Tengok jelah gambar bunga-bunga yang aku tangkap. Banyak bunga yang tak kembang. Mak aku kata apasal ambik time bunga takde. Time berbunga-bunga. Tak adalah nak kau terhegeh-hegeh. So hati tengah gundah gelana tengoklah benda yang menyenangkan ciptaan Tuhan. 

Aku tak tahu bunga apa. Tapi macam orkid kan?
Ada salah satu pokok mak aku panggil lavender. Ini kot? Hahaha.
Err... Aku tak tahu. Hahaha.
Aku lupa apa nama pokok ni. Sebenarnya, aku lupa semua nama pokok. Hahaha.

Kan aku dah kata aku ada masalah bab tanam menanam ni. Semua pokok aku tak kenal. Nasib baik lah mak aku ni rajin menanam. Sekurang-kurangnya, ada penyeri. Tapi bukan ke aku penyeri selama ni Eh?


P/s: gambar ni diambil semalam. Hari ni hujan kat sini. Aku nak tanya. OK ke KO aku tangkap gambar ni?

Dear Stress, Let's Break up.

$
0
0
Picture from here

Note to Myself : Do it today. I mean Now! Eh?

See ya!

Tutorial : Origami burung jenjang dan Necktie Heart.

$
0
0
Hai! Tetiba je hai, hai kan? Lempang nak?Hahaha. Just joking ok. Hari ini aku share macam mana nak buat burung jenjang dan necktie heart. Senang je! Oh lupa gak. Kat bawah entry aku ni. Ada website best cara nak belajar origami.

Gambar cara macamane nak buat origami ni aku sebat dari website origami tersebut. Sebab aku tak pandai nak tunjuk guna gambar or video. Kalau kau depan-depan aku. Tak ada hal aku boleh ajar!(sambil pegang rotan) hahaha. Ok dah. Jom belajar!

Ne burung jenjang yang aku buat sendiri. Buat burung jenjang ni dah habit sejak sekolah menengah. Kadang-kadang guna kertas terbuang pun aku sebat buat origami ni. :)
Origami A Crane atau Burung Jenjang.

This picture from here
Origami Necktie Heart

This picture from here

Aku bagi dua jelah ok? Kang bagi banyak-banyak. Over pulak. Tapi nak belajau lagi banyak ada dua website ni yang mudah dan banyak origami yang boleh dibuat. Kebanyakkan origami-origami pelik aku belajar dari website dua inilah.



1. Origami Club - Website ni paling senang je dia tunjuk cara buat origami. Sama ada dalam bentuk diagram dan animation. Kalau tak faham diagram. Boleh tengok animation atau video. Website ni ada macam-macam pilihan origami boleh buat. Binatang, bunga, pakaian dan sebagainya. So korang jengok jelah ok?



2.Www.Origami.Com - Ha! Yang ini punya website. Origami dia banyak giler dan susah! Siapa yang terer dan tak pandang basic-basic origami ni. Boleh lah ke sini ye. Susah dia tak lah susah sangat. Tetapi origami dia sangat-sangat cantik! Cuma kena practice lebih sikit. Aku pun buat banyak kali baru berjaya. Cara dia tunjukkan origami guna diagram. Origami dia pelbagai. Best gak lah.



So tu jelah aku nak share. Ni yang aku rajin buat bila ada masa lapang. Sehinggakan satu botol besar penuh dengan burung jenjang. Aku guna pembalut hadiah yang terpakai je buat. Kalau nak kreatif lah. Ada je jual kertas nak buat burung ni. Kalau nak jimat pakai je kertas terpakai. Cun pun cun jugak dan recycle balik ye tak. Habit buruk aku bab buat origami ni. Kadang-kadang aku buat burung jenjang ni mana-mana je aku pergi. Kadang-kadang tiket bas pun jadik mangsa.. Tak boleh kawal dan dah jadi habit. :)


Ok dah See ya!

Hi.. Assalammualaikum...

$
0
0

Firstly... Assalammualaikum.. Ha tetiba muncul kembali kan.. Tup-tup after private blog for 10 months I'm back! memandangkan sebelum itu aku terlampau sibuk dengan study n work aku privatekan blog. Ingatkan nak close sekejap je. Tetapi sibuk dan beberapa alasan lain aku tangguhkan dulu blog. And focus to the more important things.


Yup, I miss a lot my blog. Banyak benda aku nak share. Terutama kat kawan-kawan satu U after konvo. I miss them a lot! Terutama Salmia, Amy dan ramai lagi. So baby I'm back. A lot of stories and experience yang I nak share! hihihi..



Sebenarnye, sebelum ni nak delete je blog. But my bff Sanah and Nad support I bukak blog balik. Mereka kata mereka rindu penulisan saya dan gambar! A lot of picture to share. En Kekasih pulak dia kasi advice habis-habisan dengan keputusan aku ni. Thanks to them! I love you guys! Wink!



So here we go. Dengan pembahruan wajah blog yang terbaru baru semangat sikit nak share story kan? So saya terlebih masa maybe akan kerap update. Mybe lah.. Hihi.. K, bye guys. Hope having great day today! Assalammualaikum.. :D



Wedding

$
0
0
Assalammualaikum.. Pergh.. janji tidak ditepati ni. Agak sibuk kebelakangan ini. Jumaat dan sabtu sibuk dengan BFF saya. Citer ni dah tersimpan kemas dalam draft sejak hari ahad. Cuma aku tak sempat nak menaip. Aku sempat edit picture dan upload je. Pastu aku sibuk balik. Hihi.. Panjang giler mukadimah..Hihihi


Walaubagaimana pun.. Hari sabtu lepas aku dan Cik Sanah menghadiri kenduri Kak Nazlia iaitu kakak kepada my BFF Cik Nad. Kitaorang daripada pagi dah terpacak umah nad. Tak tolong pun. Sebab tukang rewang semua dah buat kerja. Terbaik lah family Nad. Semua ahli keluarga jadi tukang rewang. Benda yang dah jarang aku tengok. Family dia yang masak semuanya. Makanan? Terbaik!


Tema pengantin ni merah. Cun ooo.... Lagi-lagi pelamin dia. Tema agak garang.. Menghadiri perkahwinan dah bagi idea kat aku untuk majlis perkahwinan nanti. Hihihihi.. ;p.. Pe pun cakap banyak tak guna. Tengok gambar jelah.


Nad, kak nad and Sanah.

Makcik yang paling sibuk hari itu. Mengalahkan pengantin.hahaha.

Sanah, dah ada gaya.
Budak yang dipegang Sanah ni merupakan anak kepada kawan baik aku masa sekolah rendah. Yup, kitaorang jumpa kat kenduri ni sebab kawan aku ni merupakan sepupu Nad. Macam-macam cite keluar. Rindu dia. Sebab masa sekolah rendah darjah 3,4 dan 5 kitaorang satu kelas. Memang rapat giler nama pun sama dan kitaorang pun sepet. Hahaha. Aku pon tak teramik gambar dia. excited oo dapat jumpa dan citer zaman-zaman dulu. Hihihi

Bbm n Facebooking je minah ni...hihihi

Kawan terbaik!:D






Gambar-gambar kami bertiga diambil ketika selesai sudah kenduri. Kitaorang tunggu ehem2 Nad sampai dulu.dan Nad agak busy time tu. Kita orang sekarang susah nak jumpa. Masing-masing dah berhijrah jauh. Jauh ke? Hahaha. Tapi kita orang tetap akan berjumpa sebulan sekali paling kurang. Lepak-lepak dan ngutuk. Hahaha. Btw aku dah mula rindu kat mereka ni... :D


Semoga berbahagia kak Naz dan suami..  Semalam, 5 Disember birthday Nad. Happy Birthday yunk! Muah muah! Hihihi.. 



See ya. Bubye!

Games: Best Time Management Games dan link for Free Full Download Games

$
0
0
 Adakah anda pengemar games? Kalau ya jawapan anda. Kita satu geng! Aku nak share satu rahsia cara nk download full game tanpa perlu bayar apa-apa. Janji ada internet connection yang laju. Kalau lembab, lombab la nak mendownloadnya. Janji ada.


Kawan-kawan aku selalu mintak games dengan aku. Kadang-kadang ada games aku minat dorang tak minat. So aku bagi terus laman web. Korang download la sampai muntah. Sebenarnya, kalau ko pandai cari senang je nak dapat lubang mendownload games. Tapi kena pandai cari. So memandangkan korang malas cari oleh itu aku akan bagi link. Tapi kat bawah entry sekali ok. Download la puas-puas. Jangan hadap games sampai tak buat kerja sudah. Aku tak bertanggung jawab...


So kali ini aku nak cerita pasal game time management yang aku rasa best! dan tak rugi mendownloadnya lah. Games ni lebih kepada perempuan. So kepada lelaki sila main Dota anda. Hahaha. Aku sebenarnya banyak lagi suggestion games best-best. Tapi itu next entry ok. Aku akan pecah-pecahkan ke beberapa part.


Delicious Emily's


Game ni lebih kurang macam game Diner Dash jugaklah. Pengurusan restoran. Tapi yang bestnya game ni dia ada jalan cerita. Dia punya decoration untuk hias kedai cute-cute belaka. Kira macam puas hati main game ni. Dan tidak akan bosan. Walaupun game ni macam kejar masa nak puaskan hati pelanggan tapi aku rasa mencabar. Game ni aku suggest kat penggemar games jenis time management. Kalau korang minat Diner Dash. Korang pasti lebih minat games ni. Pendapat aku lah.


Games Delicious Emily's ada macam-macam versi. Yang paling latest Delicious Emily's True Love. Setiap games ni ada jalan cerita dia. Aku suggestkan korang download semua. Sebab semua best! takde yang tak best! Huhuhu. Lagipun size dia tak besar pon.Hihihi. Kat bawah ni version Delicious Emily's. Aku rasa ada lagi ke nie je. Sebab aku tak pasti. Tapi kelima-lima games ni aku dah main. Best! Version di susun ikut turutan. Yang bawah sekali adalah paling terbaru.


Delicious Emily's Holiday Season


Delicious Emily's Tea Garden 


Delicious Emily's Taste of Fame 


Delicious Emily's Childhood Memories



Delicious Emily's True Love


Ni just review game pertama. Ada banyak lagi aku nak review and share to everyone. Tak baik kedekut kan. So lepas ni download la sampai muntah. Dan main game sampai tak tido. It's always happen to me..=.="

ni link free full download kelima-lima game ini. Gunakan slow download ok. Kalau yang ada akaun premium tu adalah berbayar. :)





Ok ni laman web aku selalu download games. Setakat ni aku suka download kat ketiga-tiga website ni.

1.http://allsmartgames.com
2. http://snowangel-games.blogspot.com/
3. http://adnanboy.blogspot.com/




Ok, Dah. Happy downloading! See ya in da next entry!:)

Cerita Di Sebalik Gambar

$
0
0
Assalammualaikum.. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sebelum-sebelum ini.. Banyak benda nak cerita. Tapi aku cerita berdasarkan gambar jelah. Tu pun separuh je. Sebab aku malas nak carik lagi. Sebab terlampau banyak folder gambar. Ni yang sempat aku cari. So aku cerita berdasarkan gambar apa yang berlaku ok?

Having fun dengan kawan-kawan sekolah. Aku amat rapat dengan kawan-kawan sekolah aku. Dari sekolah rendah sampai la sekarang. Aku rasa sebab facebook lah menghubungkan kitaorang. Roger-roger buat plan terus keluar. Buat plan saat akhir. layan bowling kat Ayer Keroh. Padahal malam tu dah melepak makan makan besar. Enjoy la puas-puas. Lepas ni masing dah nak kawin.. Hihihi..:D

Gambar ni di ambil di Taman Rama-rama. Dating dengan En Kekasih. Kitaorang ni suka buat benda baru. Kitaorang agak bosan g shopping kompleks. Serius bosan pergi tempat sama. So kitaorang buat plan pergi tempat lain. Tangkap gambar. Serius tenang kat tempat ni. Sebab kat dalam Taman Rama-Rama ni ada Taman Jepun. Serius cantik! Sebelum ni aku tak pernah jejak kaki kat sini walaupun aku orang Melaka sejak azali. Hahahaha. Taman rama-rama dia tak besar. Tapi serius cantik tempat dia!

Makan-makan di Gombak. Masa ni On the way hantar Bff kitaorang Nad g UIA.. Dah abis belajar dah  Nad. Dah jadi engineer dah kan Nad? Picture ni di ambil awal tahun. Kita orang try makanan Cina. BTW, owner dia Chinese Muslim. So halal ok. Hihihi. 

Having fun at McD! Bila masing-masing balik melaka. Inilah adalah tempat lepak kitaorang selain mamak. Kat tempat ni lah kitaorang berbincang dan meluahkan masalah. Citer-citer. even masing-masing dah kawin kitaorang tetap akan teruskan aktiviti ni. Seronok tahu bila ada kawan baik yang sekepala citer macam-macam. Nak cari kaki mengutuk atau kauselor terhebat. Carilah mereka. Oleh itu, everthing happens to me, mereka tahu segalanya even small tiny details about me. Hihihi.. Sayang korang...! 

Bear from En Kekasih.. Ye dia rajin bagi bear. Dah banyak dah. Even aku kata stop pun. Dia tetap akan kasi. Dia cakap buat collection. Esok dah kawin ada sudut untuk bear-bear nie. Hihihi. Thanks sayang! Setiap bear ni ada cerita masing-masing. Oh aku tak suka bear besar-besar.. Kenapa? Ntah. Hahaha..

Bunga dari Ehem.. siapa lagi.. Hahaha..Dah kering dah. Masa dia kembang semerbak bau bilik! Aku just keringkan. Tetap still wangi.. hihihi.. En Kekasih.. lain kali bagi lagi eh.. :p


Pesta buku di Kuala Lumpur. Sekali harung jumpa kawan baik aku di U dulu.. Manis giler moment ni.. Bila mau jumpa lagi Mia? Hihihi. Mia cepat kawin. Aku mahu ke Kota Kinabalu dan Kundasang sekali.. Hihihi.. Ngak sabar bah jumpa kamu.. Hihihi.. Betul ke aku cakap bahasa sabah ni Mia? Hihihi.. Miss u a lot beb!

Anniversary ring untuk yang ke berapa tahun syg? Hahaha. Anniversary ring ne from En Kekasih. Gambar gegar. Even pakai Dslr pun gegar. Tangan tak bendung bak kata En Kekasih. Hahaha. Aku tak tahu pun dia nak beli. Dia ada menyebut. Aku pun tak ambik tahu sangat. sebab aku tak suka dia bazir duit untuk aku. Masa waktu ni dia tarik tangan aku g kedai cincin. Aku ingat dia nak usha je. Try-try terus dia bayar. Aku termanggu macam patung kat situ depan amoy jual cincin tu. Dia ada tanya ada service ukir nama kat cincin tu tak. Tapi takde Yang ada pon bukan ukir kat dalam cincin luar cincin pulak. En Kekasih kata next time dia beli yang lain yang ada ukiran nama tu. Aku dah... Hah?  Dan lepas tu. Aku membebel sepenuh jiwa kat En Kekasih.. Hahaha.. BTW, thanks sayang..:)

Makan besar di Kota Laksamana. Makan-makan dengan kawan sekolah jugak. Roti Nan dia sedap! Ayam Tandoori dia jugak terbaik! aku lupa la nama kedai ni. Tapi di Kota Laksamana dekat dekat dengan Asam Pedas Kota Laksamana yang sodap tu. Licin pinggan. Kalau boleh dengan tulang-tulang sekali mahu telan. Makan besar ini di belanja oleh en Akashah kawan baik aku masa aku form six dulu. Kawan gaduh ni beb. Tahun depan nak kawin dah! hihihi

Makan cendol di Seremban. Masa tu aku baru balik dari Shah Alam dengan En Kekasih. Dia lah yang tukang bawak. Kalau tak haram jadah aku tahu pasal cendol ni. Cendol ni popular. Cendol Leman Dawi. Bayar je untuk cendol apa ko nak. Pastu kalau nak tambah cendol ke, santan dia ke, gula dia ke adalah percuma.bape banyak pon ko tambah tetap free. Dan air dia percuma jugak. Masa aku pergi ada dua bas pelancong datang sini. Bayangkan lah padat kedai tu. sampai kena tunggu tempat duduk kosong. Kedai dia tepi jalan je. Minum panas-panas.. pergh terbaik!

Berkelah di Pantai with En Kekasih. Kan aku dah cakap kitaorang suka buat benda-benda baru. Hihihi. Masak untuk en Kekasih dan buat bekal makan sama-sama. Goreng keropok dan makan sesama sambil tengok orang mandi manda. Pastu transfer cerita Naruto kat laptop dia kat bawah pokok. Giler romantik kitaorang.. Hahaha.

Time ni aku on the way nak g PD.. Ni sungai di antara Melaka dan Negeri Sembilan. Sungai apa pun aku lupa. Tapi aku rasa ni sungai memisahkan sempadan Negeri Melaka dengan Negeri Sembilan kalau tak silap. Kalau salah tolong betulkan. Going to PD with En Kekasih. Pergi sekejap je. Pastu bali Melaka balik. Kitaorang sampai tengah panas. So nak duduk pon panas.. Pastu gerak balik. G jalan tempat lain. Yup, kitaorang suka buat macam ni. Bagi aku tempat tu biasa dah. Tak ada yang special pon. Huhuhu.

Having great time with my mum and try improve my skill. Ececeh.. Lokasi adalah Taman Seribu Bunga.. Tempat ini masuk adalah free. Dan tersangat cantik landskap dia. Memandangkan Mak aku tersangat suka bunga aku ajak dia dan adik aku. Duk dengar tak pegi-pegi. So aku pergi. Serius cantik tempat dia! Aku suggest kat pengantin kalau nak buat outdoor photoshoot pergi sini. Serius cantik!

Kampung Mortem. Sahaja bawak pelancong luar iaitu En Kekasih g sini. Dia tak pernah pergi sini. Tempat yang paling wajib dilawati oleh pelancong luar. Sebab kampung ini bercahaya! Cantik giler. Satu-satunya kampung di tengah bandar Melaka dan dikelilingi oleh Sungai Melaka. kalau naik river cruise dia akan bawa anda keliling kampung ni. Salah satu tempat berfoto yang menarik. :D

Lastly, Having great great great time with En Kekasih again. En Kekasih berulang alik dari Selangor turun Ke Melaka. Ya dia tersangat rajin turun Melaka jumpa saya. Time dia busy ke, dia penat ke, time tak ada duit ke. Dia tetap rajin turun jumpa saya. Kadang-kadang dia suka buat suprise. Kalo baca entry sebelum2 ni tahu dia kuat suprisekan saya kan? Hihihi. Ada suatu ketika dia ada kerja di Shah Alam dari pagi sampai ke petang. Lepas habis kerja dia terus turun Melaka dan dia tak makan satu benda dari pagi pun. Satu benda pun tak masuk perut terus gerak datang Melaka. Sampai-sampai Melaka dah maghrib mak aku dah membebel suruh dia makan dan solat. Tak payah dah aku membebel.. Hahahaha. :P


Ok dah.. tu je.. Mybe ada lagi foto yang aku tak masukkan.. Itu kemudian-kemudian lah. Hihiihi.. Bye. Assalammualaikum..

P/s: Bersyukur sebab dikurniakan family, kawan-kawan, En Kekasih dan kehidupan baik. Alhamdulillah. Terima kasih atas segalanya..:D

Beberapa hari Lepas

$
0
0
Penat masih belum hilang. Barang pun masih belum berkemas. Penat tak hilang lagi. Beberapa hari di Shah Alam dan Kuala Lumpur bersama My BFF dan bertemu orang besar. New experience dalam beberapa hari ne. Penat nak cakap lagi. Nak g sambung kemas barang. 

Having fun with my bff and her boyfriends. Saya sudah gemuks. Bak kata kawan saya. Ada orang jaga, hati pon senang la. Hahaha. Sempat jumpa En Kekasih semalam. Sekejap je tapi bermakna. Hihihi..:)


See ya! Banyak kerja nak kena buat! Bubye.

Ini Kisah Pasal Bubu

$
0
0
Masih ingat kah anda dengan kucing ini? Tak ingat? Boleh baca pasal dia di sini dan di sini juga. Oh ye, dia sekarang dah besar. Besar dari segi umur. Tapi badan tetap selim melim walaupun makan3 kali sehari. Itu tak termasuk dengan makanan yang dia dapat daripada hasil megendeng (baca: time aku ngah makan dia pon sibuk nak makan sekali)  dia kat aku. Semua benda dia bantai makan. Harap maklum.



Kucing aku ni bukan jenis kucing yang dibelai-belai macam kucing lain. Jenis aku main lepas je dia merayau ikut suka hati. Sebab kucing jenis ni jarang diambil orang. Ya, aku ada pengalaman kebanyakan kucing aku yang berbulu lebat dulu asyik dirembat orang. Last family aku bela kucing campuran Parsi adalah kucing aku yang mati tahun lepas. (Hingga sekarang aku teringat dia). Kucing aku yang baru ni pun kucing biasa. Dia datang menyerah diri je kat umah aku. Dia kecik lagi. Maybe terpisah dengan mak dia. So sekarang, inilah wajah  latest dia. (Pergh, kelas kau Bubu (nama dia) siap ada gambar latest lagi)

Kucing yang tersangat manja tetapi jenis penakut. Aku pun tak tahu lah pasai apa dia penakut sangat. Mungkin badan dia kecik kot. Asyik kena terkam ngan kucing-kucing area umah aku je. Balik rumah mesti luka. Tak luka. Tak sah lah aku cakap. Lagi satu dia punya penakut. Panjat bumbung tak reti nak turun. Pastu main jenguk-jenguk aku kat dapur dari atas siling. Cun-cun je dia kuar kepala kat siling yang pecah sebab musang pandan mengamuk kat umah aku. Haha. Dia jenguk aku time aku kat dapur kul 2 3 pagi. Dah satu hal aku nak pi carik tangga dan memanjat malam-malam.



Dia panjat bumbung pun sebab dia nak tido dalam rumah. Sejak dia wat hal asyik panjat bumbung dan satu hal asyik nak panjat bumbung kasi dia turun. Family aku bagi dia masuk tito dalam rumah. Sebelum ne dia buat hal kencing merata-rata. Bila dah masuk pandai lak kau behave ye. 



Memandang aku je rajin layan dia. Dia agak manja dan hanya tidur dalam bilik aku je. Jadi anak dara lah dia. Kalau dia masuk rumah dia tak tuju mana-mana dah. Dia akan tuju ke arah bilik aku je. Dia akan keluar bilik kalau aku keluar bilik sahaja. Ne yang aku tak faham perangai dia. Walaupun tengah malam dia tengah syok tidur aku pergi tandas. Dia boleh bangun ikut aku dan duduk depan tandas sampai aku keluar tandas. Dan perangai aku suka memasak tengah-tengah malam. Ya, dia akan teman aku sampai aku habis memasak dan makan. Dan kadang-kadang aku tengok tv pun tengah-tengah malam dia akan duk sama-sama walaupun dia ngantuk. Setia dia ne walaupun penakot ya rabbi. Hahaha.






Gambar time dia tido. Ikut suka hati dia tidur nak tidur mana. Sebenarnya, aku nak mengemas barang aku nak bawak g Shah Alam hari itu. Tapi dia sesaja je landing tidur atas fail-fail aku. Mula-mula duk golek. Last-last tidur. Aku malas nak layan aku kemas barang aku lain. kang aku mengemas gak. Calar balau tangan aku. 


Ni cara posing dia tidur dengan aku. Ya, ikut sedap dia je nak tidur gaya apa. Tapi serius time ni dia memang peluk aku. Bila aku nak tarik dia sedar dia akan gigit tangan aku tanda marah. Bukan kemam tangan aku ok. Gigit betul-betul punya. Hahaha.


BTW, beberapa hari lepas kaki dia patah. Aku pun tak tahu macamana kaki dia boleh patah. Maybe ada orang langgar tak pun bergaduh. So, dia jalan terhencut-hencut dah. Kaki berbalut pun dia duk tarik-tarik sampai tercabut. Degil dia ni. (macam tuan dia) Hahaha. Walaupun terhencut-hencut jalan aku keluar bilik g memana pun dia akan ikut. Last-last aku dukung dia. Hahaha.  Aku kata dia manja. Tapi mak aku kata dia gatal. Hahaha. 



Kucing aku ni aku tak tahu kenapa. Bila aku buat kerja kat kat laptop aku. Dia dengan selamba jalan-jalan atas keyboard. Kalau aku buat tak tahu dia akan baring atas tangan aku yang pegang mouse Maksudnya itu, dia suruh aku berhenti buat kerja dan masuk tidur. Selagi aku tak tidur dia akan buat benda yang sama sampai aku give up.



Oh lupa, kucing aku makan friskies dan nasi campur ikan. Kalau abang aku buatkan dia nasi campur ikan. Abang aku letak kicap. Abang aku cakap biar ada perasa sikit. Sedap sikit Bubu makan. Motip?? Hahaha. Tak paham aku. =.="



p/s: Aku sampai sekarang rindukan kucing lama aku Era tu. Even dah berbulan dia tinggalkan aku. Kehadiran Bubu ni aku rasa sebagai tempat aku hilangkan kerinduan aku kat kucing aku dulu tu walaupun berbeza perangai. Walaupun Bubu ne perangai cam haram. Tapi tetap sayang. Hihihi

Adakah anda penggemar binatang? Filem ini adalah salah satu filem yang wajib ditonton.

$
0
0

Hachi: A Dog's Story (2009)

Filem ini based in true story yang berlaku di Jepun. Filem mengisahkan pasal anjing yang bernama Hachi. Anjing ini di temui oleh Parker Wilson di stesyen kereta api semasa baru turun keretapi. Memandangkan tiada sesiapa yang mahu menjaga Hatchi, Parker mengambil keputusan menjaga Hatchi sementara menunggu jika ada tuan dia yang menuntut. Oleh kerana tiada sesiapa menuntut Hachi, Parker dan family dia mengambil keputusan menjaga Hatchi.


Parker ni merupakan seorang professor muzik. Dia pergi kerja menaiki keretapi. Hachi ini selalu teman tuan dia Parker Wilson berjalan ke stesyen keretapi. dan juga menunggu tuannya balik kerja di stesyen keretapi. Sehinggalah suatu hari tuan dia mati di tempat kerja dia. Si Hachi ini menunggu tuan dia sampai lah ke malam tapi tuan dia tak turun-turun dari keretapi. Sampailah anak Parker ni  ambil dan menjaga Hachi ni  Hachi tetap lari pergi ke stesyen keretapi itu dan menunggu tuan dia selama 9 tahun. Ya, sembilan tahun. Sampai lah Hachi mati di depan stesyen yang tempat dia selalu tunggu tuan dia.


Apa yang buat cerita ni best. Cerita yang simple tak memeningkan kepala. Tetapi cara pengarah filem ni mengarahkan filem ni memang menyentuh jiwa. Tetiba je mata kau masuk habuk. Sampai selesama gak lah aku. Hahaha. Soundtrack dia memang kena dan meruntun jiwa. Sehingga aku sekarang, perasaan aku masih meruntun jiwa. Cerita ini mengajar kita erti kesetiaan dengan orang yang kita sayang. Jika binatang mampu setia pada tuannya. Apatah kita ni lagi lah manusia kan.







Cerita ni ditayangkan di HBO ke kat Star Movies dalam minggu lepas. So maybe ada ulangan lagi. Aku tengok pun yang direkod punya.(Astro Beyond). Banyak cerita aku tak sempat nak tengok. Aku rekod awal-awal. Ada masa baru lah aku tengok. Cerita ini based in true story dan popular di Jepun dan siap ada tugu khas untuk Hachi di sana. Nak tahu lebih lanjut disini.

P/s: Cerita ni dah jadi salah satu movie kegemaran aku.

Wordless Wednesday - Addicted

$
0
0

Addicted punya pasal. Sebulan lebih dah naik house value ni.

Member bising wall aku penuh ngan post pasal game. Sabar le. Next year aku akan busy tak ada masa nak hadap game. Tu sebab aku lepas geram abis-abis b4 new year ni.. Hihihi

Main dengan pemain-pemain close group di FB. Ok. Nampak sangat addicted kan.

Eh? Wordless ke ni? Dah, bubye.

Adakah anda seorang paranoid terhadap pasangan anda?

$
0
0
Paranoid atau paranoia dalam bahasa Melayu bermaksud gangguan mental yang menyebabkan seseorang sering mengalami perasaan terlalu curiga atau takut dalam konteks berlebihan-lebihan. So, aku tahu konteks paranoid ni selalu berlaku kat perempuan. Tetapi ada je lelaki yang paranoid kat awek dia. Kan.. kan..? So, aku nak tanya adakah anda seorang paranoid terhadap pasangan anda?

Picture from here


1. Check segala mesej, Mms, Contact number.
Kalau anda kaki check semua mesej, mms, contact number boyfriend anda, anda dikategorikan sebagai paranoid. Yup, ada je orang yang kaki check semua benda dalam handphone pasangan dia. Semua benda dia selidik. Kalau dating benda pertama dia check handphone. Tak sempat tanya khabar semua. Terus mintak handphone. Ya adik-adik benda ni berlaku kat orang sekeliling aku dan aku selalu perhatikan. Ada pasangan tengok ada contact pasangan nama perempuan terus dia attack boyfriend dia. Dah macam CSI, FBI. Bertubi-tubi soalan dia. Tak pun tarik muka. Hahaha.  

Picture from here
Walau bagaimanapun, kalau anda,anda dan anda ada perangai macam ini. Sila lah hentikan. Aku tak tahu sampai macam tu sekali nak kena buat macam tu. Aku faham. Ada masa kita kena curiga sedikit. Tapi paranoid sampai begitu sekali setiap kali dating check handphone? Aku sendiri curiga. Tapi tak adalah sampai check handphone En Kekasih. Bagi aku, itu privacy dia. Belum kawin lagi beb! Prinsip aku kawan lah selagi boleh kawan. Tapi adalah batas. Pandai-pandai dia lah. 


Lain lah kau dah kawin. Kau nak godek handphone dia sampai terbarai godek lah. Bagi aku Semua benda kau godek pastu ko meroyan bila kawan dia mesej mintak tolong. Sangat buruk perangai. Respect each other privacy. Kalau tak boleh nak buat. Fikirlah kau suka tak, kalau orang bukak handphone kau lepas tu godek everthing. Suka tak? Tak? Jangan buat kat pasangan kita.


2. Check laman sosial
Ini favourite kan? Aku jamin kebanyakkan aweks-aweks ni mesti ada password boyfriend sendiri kan? Paranoid bagi aku adalah kau baca semua inbox, status dan sebagainya. Lepas tu kalau ada minah mesej atau post something kat wall boyfriend kau skodeng atau stalk perempuan tu. Atau lebih paranoid kalau ada perempuan add dan boyfriend kau approve itu pun kau skodeng. semua info pasal perempuan tu atau gambar-gambar semua kau kaji. Haha. 

Image from Google

Beb, don't do that. Kau nak check pun. Beragak-agaklah. Even kawan sekolah rendah dia add boyfriend ko pun tetiba kau meroyan. Again respect each other privacy. Dulu aku selalu tengok jugak En. Kekasih punya Facebook. TETAPI, aku tak pernah bukak inbox dia atau g stalk semua kawan-kawan perempuan dia. Sekarang ni pun aku masih bukak FB dia. Itupun dia suruh sebab dia takut ada mesej penting dari kawan-kawan dia atau lecturer masa dia belajar dulu. Sebab line internet connection kat kawasan rumah dia macam gampang. Itu pun aku bukak kalau ada notification dari mesej dia dan aku cepat-cepat beritahu dia dan aku tak akan buka isi mesej dia. Kiranya aku dah jadi PA tak bergaji dia dia. Itupun aku tersangat jarang bukak FB dia. Aku bukak sebab main game. Haha.


Tapi kalau boyfriend anda bagi password still kenalah hormat privacy dia. Kalau kau percaya dia InsyaAllah dia akan percaya kau. Aku tak pernah mintak En. Kekasih password tetiba dia bagi suruh check kalau ada apa-apa benda penting. So, bagi aku orang bagi kepercayaan kita jangan musnahkan kepercayaan itu.


3. Kena inform semua benda
Benda ni selalu berlaku di sekeliling aku. Semua benda nak kena beritahu. 24jam nak kena beritahu semua apa kau buat. time berak tak mahu pulak kau mesej beritahu. Lagi afdal kau Mms je gambar kau tengah berak. Hahaha. Aku yang mendengar pun naik rimas. Hahahaha. 

Picture from here

Nak keluar dengan kawan-kawan kena minta izin dan beritahu dulu. Tak beritahu meroyan. Aku tak paham. mintak izin tu yang tak boleh blah. Kau siapa? girlfriend / boyfriend je kot. Kadang-kadang tak beritahu tarik muka panjang macam gerabak ktm tu. Haha. Kes ni selalu berlaku kat perempuan bila dapat boyfriend giler kaki cemburu. Perempuan ada tapi kurang lah. Ke ramai?
Picture fromhere

4. Check dengan siapa pasangan  berkawan
Ni yang paling tak boleh blah. Kau check semua kawan-kawan dia. Pastu kau tak kasi kawan. Cakap macam-macam sebab kau tak berkenan dengan kawan dia lagi lagi kawan kawan berlainan jantina. Kes cemburu. Tolong lah. Please. Kau orang belum kawin. Bagilah peluang pasangan kau hidup enjoy dengan kawan-kawan dia. Walaupun kau tak suka. Dia dah besar kot. Pandai dia lah nak berkawan dengan siapa. Mak ayah dia tak bising apatah lagi kita kan? 

Picture from here

Berilah peluang kepada pasangan kita nak bergembira dengan kawan-kawan dia. Ada benda dia nak buat dengan kita dan ada juga benda dia nak buat dengan kawan-kawan dia. Tak akan lah nak berkepit dengan kau 24jam. Jangan kongkong pasangan anda. Tahukah anda bila dia susah siapa yang akan tolong dia at the first place? Kawan-kawan dia. Kadang-kadang kita sendiri tak boleh tolong pasangan kita. Masa tu lah kawan-kawan penting.


Kalau anda jenis jeles dan pasangan anda mempunyai banyak kawan-kawan perempuan. Apa kata anda join apa aktiviti pasangan anda buat  Buat sama-sama dan kenal kawan-kawan dia. Mana tahu kawan-kawan perempuan dia leh jadi kawan anda jugak kan?


5. Terlampau syak wasangka
Kau call pasangan kau tetiba kau dengar suara perempuan bergelak ketawa terus kau meroyan. Ada je kes macam ni. Aku dengan member aku sesaja lepak makan-makan tetiba member lelaki call nak join. Kitaorang ok lah. Bila member aku girlfriend dia call dengar-dengar suara kitaorang gelak-gelak terus meroyan. Padahal ada je member lelaki yang duk gelak sama. Awek dia dengar suara perempuan je. Terus meroyan mintak boyfriend dia balik rumah. Aduhai.. Jeles atau cemburu biar bertempat beb.. Aku yang pening kepala tengok kawan aku. 

picture fromhere
Ada je member aku boyfriend dia tak bagi dia keluar g shopping atau pasar malam semua. Sebab takut ada orang usha awek dia. Aku macam wth. Abis tu awek ko nak barang keperluan tak susah? Kau nak belikan? Haram jadah lah kan? Aku tak faham dengan perempuan atau lelaki terlampau syak wasangka. Dah macam kau takde kehidupan bercinta dengan orang macam ni. Semua tak boleh. Curiga boleh beb, tapi berpada-pada dan berlandaskan akal bukan emosi semata-mata.


Akhir sekali, kalau anda, anda dan anda melakukan perkara diatas dan tak mahu bergelar paranoid dengan benda ntah hape-hape. berhentilah. Percaya kepada pasangan kita. Kalau takut sangat pasangan kita curang Tuhan akan tunjukkan sendiri. Kalau anda buat benda ni semua lagi pasangan kita tertekan lagi rasa nak putus. Siapa tahan beb kalau ada pasangan paranoid. Kalau kau sayangkan pasangan kau. Berilah kebebasan sementara kau couple ni. Kalau dia sayang kau dia tak akan sampai hati nak luka kan perasaan kau pergi layan orang lain. Trust each other. Kalau dia curang. Cari orang lain. InsyaAllah kau akan jumpa yang lebih baik daripada pasangan kau yang hampeh itu. Percayalah. I learn for experience..:D


Picture from here

Kalau anda pernah kena tipu dan paranoid takut kena tipu lagi. Satu je aku nak beritahu. Jangan sebab perangai orang lain. Kau letakkan kesalahan orang lain kat bahu pasangan kau. Please jangan. Learn from the past and love more what you have now. Dan jangan jadi paranoid! hehehe..:D

Selamat Hari Jumaat.:D

Update

$
0
0
Salam.

Dah lama tak update memandangkan sibuk. (sibuk la sangat). Masih tidak tidur kerana tengah sibuk packing barang. Seperti biasa aku masih tidak boleh manage berapa banyak barang nk kena bawak sebab aku rasa  semua penting. Walaupun sering diperli En Kekasih seperti biasa bawak je satu bilik. Tempah lori kan senang. Sigh.


Ok. Sibuk kemas barang untuk apa? Starting next year aku akan berkerja di satu company di Kuala Lumpur. The big step i make. Berhijrah for much better life. (Errr.. for much money i think?) Siot mata duitan. Hahaha. nope lah. Ada rezeki dan peluang aku pergilah. And the most reason i extremely happy is because my BFF and En Kekasih is soooo close to me. Nad silalah berhijrah ke Shah Alam ok. Haha. Oh lupa Atan Athen juga ada..:)



So memandangkan dah nak pukul 4 pagi dan barang masih belum berkemas. Sebelum kena bambu dengan En Kekasih awal-awal pagi esok sebab ada barang tertinggal dan kemas last minit oleh itu baiklah saya sambung berkemas lagi. En Kekasih suka membebel sejak menjak ni. Apa pun tak boleh. Hihihih..


See ya! Bubye.


Kerinduan Dari Jauh...

$
0
0
Memalam ni feeling pulak. Tak boleh tidur. Aku tengok gambar-gambar yang tersimpan dalam laptop aku ni. Gambar-gambar semasa di Universiti. Masing-masing lepas habis belajar berkeliaran di serata Malaysia ni. Ada yang sambung master dan ada juga yang bekerja.



Bila belek-belek gambar ni dah setahun dah tak jumpa dorang. Rindu pulak nak berjimba sama-sama, makan-makan dan bergambar sama-sama. Dengan diorang ni lah aku belajar banyak benda dan pengalaman. Bergaduh berbaik dah jadi asam garam dah. Tetapi itulah mematangkan kami. 



Starting tahun depan ada kawan-kawan yang bakal berkahwin. Siapakah? Tekalah hihihi. So, waktu itulah kitaorang planning bakal berjumpa. Insyaallah kalau tiada aral melintang. Hope kerja aku tak menganggu. Rindu tau beb! Macam tak percaya je kawan-kawan dah nak kawin. Padahal dulu-dulu selalu main teka-teka siapa kawin dulu, siap main elak-elak memasing. So Wany, nampak gayanya anda yang pertama diantara kita semua.. hihihi..:)








Semua gambar di atas di ambil oleh Atan Athen dan saya pada waktu ketika dulu.:) 

To : Mia, Amy, Wany, Tini, Kak Ju, Agnes, Rita, Nadia dan Atan Athen. Bila nak ambik gambar macamni lagi. Ke nak tunggu masing-masing kendong anak ke? Hihihi...

P/s: Can't wait this April. Tetiba mata masuk habuk.. Nak g cuci lah.. Bubye...:)
Viewing all 57 articles
Browse latest View live