Quantcast
Channel: DaStoryBegins
Viewing all 57 articles
Browse latest View live

Kesibukan yang melampau

$
0
0
Dah seminggu lebih kerja tempat baru.. Dah mulai sibuk. Sekarang pun masih buat kerja. Hihihi. Kerja Baru? Best! Jumpa orang baru. dan kawan-kawan baru! yeay!Walaupun sibuk aku tetap mencari masa dengan my Bff dan En Kekasih.. :)))))


Dah tu je. Sebab nak sambung wat kerja. Bubye..:))))

Mengapa Saya Tidak Update Blog?

$
0
0
Salam...

1. Keluar rumah sebelum matahari terbit, balik rumah setelah matahari terbenam.

Memandangkan aku tinggal di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur. Dan pergi bekerja dengan menaiki kereta adalah afdal keluar rumah selepas Subuh untuk mengelakkan jem. Walaupun aku masuk office pukul 9 pagi. Perjalanan tak sampai sejam. Tapi KL ni kalau lambat 5minit dah start jem. Memandangkan sampai office pukul 8pagi. Maka dengan jayanya aku melepak makan roti canai pagi-pagi di bangunan office aku. Setiap hari ok. Itu antara sebab aku dah bertambah berisi..(T.T)


Syabas betei jem pagi2..Walaupun aku xtahu apa penyebab jem sebenarnye..(T.T)
Pemandangan matahari terbit. Gambar ini diambil dalam lingkungan  pukul  7pagi. Walaupun jem. Pemandangan Subahannalah. Cantik sangat-sangat!
 2. Kerja.

Ya, salah satu sebab aku tidak update blog adalah disebabkan aku fokus buat kerja. Walaupun diberi desktop n pc sendiri. Boleh on semua benda. Tapi aku fokus buat kerja yang menimbun-nimbun. Bila dah petang boleh rileks-rileks  bila kerja dah siap. FB tetap bukak tapi main game bila aku tension. : p

Aku tersangat happy dengan kerja aku. Tak tahu la kenapa. Aku enjoy sangat-sangat walaupun kerja  banyak dan kena siapkan kerja sebelum habis kerja. Kadang-kadang diberi kerja translation sehari je kena siapkan. Mati! Tapi aku enjoy. Mungkin kerana enviroment tempat kerja aku kot..:D

Kamus adalah penting untuk kerja translation. 100plus penting bagi  penambah tenaga berterusan. Hihihi.. Meja masih 100% berkemas. Sarat dengan barang dan kerja.

3. Projek.

Aku dan beberapa orang kawan telah diberi projek untuk anak-anak yatim. Projek tersebut dilakukan pada hari sabtu dan bakal berlangsung pada bulan Feb ni. Sebelum ini aku melawat mereka untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi mereka. Oleh itu,aku tak boleh cerita lanjut sebab aku masih tidak dapat keputusan dari syarikat aku samaada projek ini diluluskan atau tidak. Semalam aku dah buat presentation. So harap dapat lah. Doa-doalah dapat..Amin. Nanti dah berjaya. Baru aku cerita.:)


4. Setiap malam adalah waktu makan bersama En Kekasih. : p

Waktu malam adalah waktu aku berdinner dengan En Kekasih. Kadang-kadang je tak makan malam bersama bila dia kerja. Tetapi selalunya makan bersama. Hihihi.. Selepas makan terus hantar balik. Balik mandi dan buat apa-apa patut, terus tumbang! Dah tak ingat apa-apa dah. Hihihi.. Masalah tidur dah tak ada dah. Baring je kat bantal terus lelap!


Kan saya sudah beritahu saya sudah berisi? Hurm.. Salahkan En Kekasih paksa saya makan je. Hurm...

5. Membaca

Buku adalah salah satu penyebab aku dah tersangat malas nak update blog. Ada masa je capai buku. Buku yang baru dibeli dan bakal dihabiskan Sophie Kinsella: Mini Shopaholic. Ye, buku yang buat kau tak sabar nak habiskan. Tapi sentiasa aku tiada masa. Huhuhu (T.T)


Di atas diantara sebab-sebab aku dah jarang update. Walaupun sabtu dan ahad aku cuti. Tapi aku banyak habiskan masa balik Melaka atau keluar bersama En Kekasih dan Cik Senah dan BFnye. Nak kata berehat memang tak lah. Keluar je memanjang dengan En Kekasih. Bulan Februari ne pun dan full dengan aktiviti. (T.T) Aku pun tak tahu celah bilanya update lagi..

P/s:  Hari KL cuti tu sebab aku curi2 masa update. Nak tito..gudnite..

Entry caca merba.

$
0
0
Lama giler dah tak menulis. Memandangkan aku busy dengan kehidupan sekarang. Balik rumah lepas kerja terus bantai tidur. Kadang-kadang je keluar makan sama dengan En Kekasih. Kadang-kadang tunggu dia habis kerja sampai terlelap aku. Terus tak jadi nak makan sesama. Dia pon dah jadi workaholic macam aku. 


Tapi entahlah aku suka dengan kerja sekarang walaupun penat. Ada sesetengah orang kerja sikit banyak complain, nak kerja sikit tapi gaji nak banyak. Macamane tu. Walaupun kerja aku sedikit stress. Aku suka. Banyak cabaran. Lagi susah benda tu aku lagi aku suka. Benda yang aku perasan tentang diri aku baru-baru ni. 

Aku cepat bosan kalau tak ada kerja. Masa mula-mula masuk kerja, kurang kerja. Aku rajin merayap kenal dengan kawan-kawan sekerja. Tak kira lah laki ke, perempuan ke. Semua orang aku jadi rapat. Lepak makan-makan pun boleh melepak sama-sama. Satu perangai baru aku.


Bila dah kenal ramai orang. Orang akan kenal kita. Walaupun niat aku just nak kenal-kenal. Tetiba boleh jadi rapat. Percayalah, aku cuti isnin lepas. Hari aku cuti tu ramai mesej nape tak datang kerja. Hari selasa jumpa aku sibuk tanya aku sakit ke apa. Tanpa aku sedar, dorang ambil berat kat aku sebab perangai aku suka ambik berat.


Sebelum ni aku ada cakap kan aku buat projek dengan anak-anak yatim. Ya, projek tu lulus. Kali ini melibatkan dua rumah anak yatim. Akhir bulan Mac ni projek akan berlangsung. Serius aku masa universiti jarang join aktiviti macam ni. Tapi kat office aku jadi aktif sikit.  Aku banyak bertanya dengan En Kekasih sebab dia orang paling banyak pengalaman dalam bidang ni. Kalau tiada dia memang aku blur habis. Terima kasih En Kekasih.


Sabtu dan Ahad aku banyak habiskan masa dengan family, bff dan En Kekasih. Serius sejak menjak ni dah kena ikut En Kekasih menghadiri wedding kawan-kawan dia. Memang dia kenalkan dengan kawan-kawan dari sejak diploma hingga degree. Sampai pening nak kena ingat member-member dia. 


Sebelum ni aku ada cerita aku akan berjumpa dengan keluarga En Kekasih kan? Ya, aku banyak kali minta tangguh jumpa family dia. So masa tengah bulan Feb tu nak tak nak dia ajak jumpa dan pada masa yang sama kena hadiri majlis kawan sekolah rendah dia kat kampung. Kenalah jumpa kan? Nervous giler. Alhamdulillah family dia sangat baik. Adik beradik dia memang nak jumpa sangat cuma tak kesempatan. Sebelum ni hanya contact melalui facebook je. Hari tu jumpa depan-depan.


Malam tu cousin dia kawin, time tu la dia angkut aku kenalkan dengan sedara mara dia pulak. Pergh! Tak gelabah ko. Dah lah jumpa mak ayah dia ko dah gigil. Ne jumpa semua sedara mara dia lak kan. Hambik. Settle satu malam. Hahaha. Nasib baik tak tidur umah family dia sebab esoknya ada dua wedding nak kena hadap kat KL. Mak dia dah ajak tidur. Tak gelabah ayam ko. Dah lah rasa tak perfect nak hadap mak abah dia. Kelam kabut aku dibuatnye. gigil tak payah cakap lah. Walaupun family dia baik giler. Still gigil tetap ada. Haha.


Dah panjang aku menulis. Dah boleh buat novel. Entry caca merba dah. Kalau di baca lec bahasa aku kat Universiti mesti dia cakap penulisan aku macam kepala biawak, badan buaya ekor cicak (member aku je tahu makna ayat ni hahaha) Tunggang terbalik dah. Sorry tak ada gmbar untuk entry ni. Aku malas nk upload. Sekian terima kasih.


Aku tak tahu celah bila nak update lagi. Mungkin tahun depan. Erk?

Pada Saat Anda Mungkin Tidak Akan Bertemu Lagi Seseorang Itu.

$
0
0
"Saya cuti ni mungkin tak balik sini lagi" Nada gelak ketawa.

"Wani, lepas ni awak jaga website ni taw" Dengan nada gelak lagi.

"Saya rasa saya tak ada ni awak yang kena buat kerja saya" Sambil tersenyum.

Dalam beberapa hari sebelum dia bertolak ke Pulau Perhentian. Dialog-dialog tu lah dia selalu ungkap.

"Wani, jangan tension-tension, rileks je" Sambil dia senyum-senyum sahaja sambil melihat Iphone.

Aku senyum. Sambil mengalihkan tanganku dari memicit-micit kepala aku. Muka berkerut langsung hilang.

                                                                       =


"Cuti berapa lama ni? Bila balik?" Tanya aku dan Kak Dilla serentak bila dia sibuk-sibuk kemas barang untuk bertolak malam ni di office.

"Saya tak balik kot lagi lepas ni" sambil gelak-gelak.

Aku dan Kak Dilla tersentak.

"Apalah ko mengarut ni" Jawab Kak Dilla.

Setelah dia kemas barang dia mengucapkan selamat tinggal. Itulah kali terakhir aku bertemu dengan dia.

                                                                          =
Esok,

2.57pm :
Salam sorry sangat ganggu salman cuti ni. Boleh mintak password untuk portal. Wani tak dapat bukak lah.

3.14 pm :
password :XXXX

Pada pukul empat lebih, office dapat panggilan. Salman lemas selamatkan pelancong dan rakannya.

Semua panik. Aku kaget. Baru sebentar aku mesej dengan dia. Kami hanya mampu berdoa dia terselamat.

                                                                          =

Malam,

Mesej from Syahmi :
Wani, are you already check the email? I think you should check your email rite now.

Berdebar.

Terdapat beberapa email masih belum di check. Tangan aku bergetar dan berpeluh.

To : All
From : Management

Adalah dimaklumkan dua orang staff kita telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi kerana insiden lemas di Pulau.......

Aku terkelu. Tanpa aku sedar aku menangis..


                                                                      =

Aku kehilangan seorang rakan, rakan sekerja, rakan gelak tawa, rakan bercerita dan juga seorang abang. Walaupun aku hanya 3 bulan kenal arwah. Aku terasa. Sebab aku bukan dari latar belakang IT. Ilmu aku masa mula berkerja adalah zero. Nothing. Arwahlah banyak mengajar aku. Dari kosong sehingga aku pegang jawatan aku sekarang. Arwah penyeri office. Office aku dalam enviroment stress buat kerja. Dialah jadi penyeri. Senyum dan gelak sentiasa. Kalau aku tengah tension dia akan ajak bercerita. Arwah tak pernah kedekut ilmu. Serius. Aku banyak belajar dari dia selok belok mengenai website dan portal. 

Sebelum dia pergi. Dia banyak tinggalkan tanda dia nak pergi. Dia tinggalkan hint untuk semua data password dekat aku. Even password Facebook dia. Ya, kami anggap dia dah tahu dia nak pergi. Dia selalu cakap kepada kekasihnya yang dia nak pergi dah, telinga dah jatuh dah. (kekasih dia merupakan kawan satu office yang aku tidak tahu. Pada hari arwah dikebumikanlah aku tahu mengenai kekasihnya) Banyak benda dia bagi hint. Cuma kadang-kadang kita berfikir benda itu tak akan berlaku. Walaubagaimanpun, Itu hanyalah Allah tahu bilakah tamatnya perjalanan kehidupan kita.


Al-Fatihah untuk arwah Salman. Semogo rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

28Mac2012.





Kerja dan kerja.

$
0
0
Salam,

Setelah sekian lama menyepi. Baru lah hari ini dapat update. Aku tergerak nak update sebab ada sedikit masa lapang sebelum aku bertambah busy. Aku terlampau banyak nak cerita. Tapi aku rasa biarlah aku up sikit-sikit dulu. Buat masa ni biar aku cerita pasal kerja aku dan apa aku buat.

So here we go. Aku sekarang kerja di sebuah syarikat swasta yang mengusahakan portal dan website. Masa mula-mula aku di interview. aku bajet benda ni ada lah sikit berkaitan dengan bidang bahasa aku belajar dulu. Tapi haram tak ada. Kalau ada pon untuk translator. Itu pun diaorang nak yang berpengalaman. Masa interview tu aku memang dah harap xdapat. Tup-tup dorang call masa aku on the way balik ke Shah Alam. Aku dapat! aku tak tahu lah nape aku dapat..=.="

Aku bermula dari kosong. zero. benda yang berkaitan dengan IT ni. Kalau ada pun sikit sangat ilmu yang aku ada. Itu pun sebab aku banyak tahu pasal blog. Itu pun sikit sangat ilmu aku. Tapi jujur aku cakap dengan coding bagai. Banyak membantu aku.


Masa mula-mula kerja. Aku tak tahu apa-apa. Aku diberi tugas. Bantu arwah. Dia lah banyak ajar aku. walaupun 3 bulan je. Lepas arwah tak ada. Aku sorang-sorang. Dan aku telah diberi beberapa website yang agak "tough" untuk di pegang. Dan juga arwah punya website. Waktu tu aku pegang 4 website. Dengan hanya beberapa percent ilmu aku dalam bidang it dan ilmu berhadapan client agak susah gak pada mulanya. 


Aku banyak tanya staff kat situ. Sampai aku rasa dorang nek tension aku duk tanya macam-macam. Aku pernah beberapa minggu stayback kat pejabat sampai kul 11 mlm buat kerja setiap hari even sabtu dan ahad. Tiada rehat. Langsung. Sampai aku kena menumpang rumah member aku dan umah paksu aku sebab masa tu aku tinggal Shah Alam. Masa tu. Serius aku tak ada life.


Tapi berkat usaha keras. Berkat pertolongan orang sekelilinglah. Aku merasai detik berkerja dengan CEO syarikat itu terus, jadi MC for the big event syarikat itu, berjumpa dengan abang Najib dan beberapa lagi moment yang manis. Alhamdulillah aku dapat manage client yang sesetengah staff kata tak boleh handle. Dan aku masih berhubung dengan mereka dan baik dengan mereka walaupun sekarang aku dah pegang akaun lain. >.<

Kad ni patut tukar warna oren dah.Tapi aku malas pi management department. hihi. >.<
Sekarang ni aku buat kerja from house. yup. dengan gaji aku rasa susah nak dapat kat Melaka ni. but, aku still kena travel a lot jumpa client. (>.<) Alhamdulilah. Ni rezeki buat aku sekarang. aku bersyukur sahaja buat masa ini. esok lusa belum tahu lagi. >.<

*Pendapat aku lah, apa yang kita belajar kat universiti bukan menjamin kita dapat bidang kerja yang sama kita belajar di universiti. Tapi dengan usaha yang kuat dan suka belajar sesuatu yang baru tanpa penat insyaAllah rezeki tu ada. Cuma kena usaha sikitlah. Salam :D

Pengajaran 1 : Rumah Sewa

$
0
0
Post ni dah lama terperam dalam draf. Dari tahun lepas aku taip. Maaf saya busy. Baru hari ni nak publish. =.="

Dulu masa aku duduk KL, aku mencari rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja aku. Selalulah aku godek iklan kat mudah. Kadang-kadang aku rasa annoying dengan iklan yang bercontohkan macam kat bawah ini :-

- bekerja tetap.
- Pembersih
- boleh bertolak ansur
- tidak membawa lelaki
- Boleh bayar sewa on time
- Bla, bla itu tak boleh, ini tak boleh

Dan sekarang aku tahu kenapa orang tulis macam tu. Sebab aku melalui sendiri pengalaman ni. Nak dijadikan cerita. Aku dapat sebiji apartment ni. kira murah lah dalam area KL. Dua bilik (dua-dua bilik ini sangat besar macam master bedroom), satu bilik air. aku berkongsi 3 orang iaitu kawan satu office. Mula-mula si Aminah (bukan nama sebenar) hendak kongsi bilik dengan Nana (dan juga bukan nama sebenar) sebab aku dah cakap aku jenis suka sorang-sorang. Memandangkan Nana ada beberapa kali buat hal kat office. Aminah tetiba cakap duduk sebilik dengan aku. So aku cakap tak kisah lah. So, disini cerita bermula.

1. Semuanya di atas satu bahu.
Masa mula-mula aku cari rumah, aku yang bagai mengila call, aku yang mengila cari. Kadang-kadang bila aku fedup. aku suruh dorang cakap dengan penyewa. Tapi dorang tetap tak nak cakap. Aku jenis malas nak layan. So aku layan kan je perangai dorang. Sakit hati pendam dalam hati.

Masa nak sign agreement. Aku juga yang kena sebab memasing tak nak. nak dijadikan cerita. Masa sign agreement tu aku terkocoh-kocoh sebab aku ada meeting dengan CEO time tu. Dah memasing tak nak  sign. Aku yang terkejar-terkejar. Memang aku tak baca langsung surat tu. Baca surat tu sikit dan sign (meeting CEO oi.. CEO tunggu aku mana ko tak gila?) Sebelum aku blah. Aku dah pesan dengan dorang tolong baca dan ambik salinan. (ye dorang ikut jumpa tuan rumah tapi tak nak sign) Tapi dorang tak baca and tak ambik pun salinan tu. =.="

Kiranya semua atas bahu aku. Tuan rumah gunakan standing instruction dimana duit rumah sewa akan ditolak daripada akaun ko automatik setiap tarikh yang ditetapkan ko dengan tuan rumah. Dan sekali lagi. Semua tak nak. So aku beralah. Aku sedapkan hati dorang boleh bayar on time. But, setakat mana ko nak sedapkan hati sendiri. Ya, Nana berhenti kerja. So aku agak risau la. Mahu ko tak risau separuh dari gaji ko akan dipotong automatik. Mula-mula aku tak nak tegur sebab dia lagi tua dari aku. So faham-faham sendirilah. Bila dah nak tarikh duit ruma sewa kena tolak bayarlah. Aku diam je. Biar dia ingat sendiri. aku ingatkan faham lah. Hurm.. tak ada. Sampaikan aku mesej kena ingatkan bayar. Alasan paling pailang. "Akak tak ingat lah bila kena bayar. Akak nak kena bayar ke walaupun jarang duduk situ?" Menyirap je aku baca mesej tu. Aku tak balas sebab aku still respect dia sebab dia lagi tua. Kalau aku balas boleh buat bergaduh. So bila dah tegur baru nak bayar. Setiap bulan ok kena beritahu dia.=.="

2. Kes bawa  jantan masuk rumah.
Kes ni aku rasa paling tak boleh blah. Memandangkan Nana tak mampu nak bayar sewa bilik sorang-sorang. Kitaorang berbincang nak cari penyewa lagi sorang. Yes, aku yang nak kena carik. walaupun bilik yang nak duduk tu bilik Nana.=.=" . Tup-tup aku dapat penyewa ni. Katanya dari kampung tak pernah ke KL. Ya masa dia datang mak dia dan agent kerja yang hantar. Mak dia tua gila. datang hantar anak dia naik bas. Aku mula-mula pandang budak ni tak sedap hati. tapi aku cepat-cepat tepis. Pikir positif. Budak ni kata keje kat pasaraya. Agent ni yang uruskan semuanya. Nak dijadikan cerita. Budak ni tak nak kerja pasaraya yang agent ni cari kan.

Aku mula-mula tak nak masuk campur. Dia nak cari kerja lain. Cari lah. So masa aku balik kerja. Aku nampak budak perempuan ni tengah melepak dengan budak lelaki kat bawah apartment. Kat situ aku pelik. budak ni cakap dia tak kenal sesiapa kat KL ni. So bila dia balik aku pun tanya. Dia pun cakap lah budak lelaki tu kawan dia dari kampung juga. Datang sesama nak cari keje di KL. Tapi mak dia tak tahu jantan ni datang KL sesama tapi naik motor. Bila aku tanya budak lelaki tu duduk mana? Dia cakap tido rumah kawan dia.

So nak dijadikan cerita. Ada suatu malam. Kitaorang semua dah tidur. Tetiba dia ketuk pintu bilik aku. Cakap kawan dia nak tidur sini. So kawan aku tanya lah lelaki ke perempuan sambil pergi ruang tamu. Tup-tup ternampak budak jantan ni dah terbaring atas lantai dengan tak berbaju! ko tak terkejut. Cepat-cepat kitaorang suruh dia beritahu budak lelaki tu keluar. So budak perempuan ni janji lah tak bawak lagi lelaki apa lah datang rumah lagi. Masa ni hati aku dah bertambah tak sedap.  Aku diam lagi.

Dah beberapa minggu berlalu. Budak perempuan ni jarang aku jumpa. Aku pun malas nak ambik tahu hal dia. Ada satu hari aku balik dari office aku ternampak boxer di sebalik timbunan baju dan beg budak perempuan ni. Aku fikir positif tu boxer budak perempuan. Hati aku tak sedap dah. So, bila hati aku tak sedap. Aku pergi tanya jiran aku sendiri.(Jiran aku suri rumah tangga dan menjaga anak orang) Bila aku tanya jiran aku. Baru jiran aku buka cerita yang dia ada ternampak lelaki masuk rumah kitaorang time kitaorang pergi kerja. Aku dah mengamuk time tu. mesej dia tak balas call tak berangkat. Paling aku tak boleh blah. Dah lah bawak jantan masuk rumah ntah apa dia buat. Dengan stok-stok makanan aku dia dan jantan tu duk hadap makan sampai tak ada hapa. Aku tak kisah bab-bab makanan. Tapi beragak-agak lah sampai aku sendiri tak merasa benda tu.

Sampai lah satu masa. Budak rumah aku kata tukar mangga rumah sebab kitaorang nak jumpa dia face to face. Sebab tahu kenapa? kitaorang call tak berangkat. Mesej tak balas. Dia balik rumah time kitaorang tiada. Time kitaorang gi office. Kami memang berharapan la dia akan call nak masuk rumah sebab baju dia ada kat rumah. Mungkin kejam, inilah salah satu cara kitaorang nak jumpa dengan dia. Tapi hampeh. Sanggup dia tak bali-balik.

Pada masa yang sama, mak dia asyik call tanya pasal anak dia. Mula-mula kitaorang tak sampai hati nak beritahu perangai anak dia macam hantu. Tapi makin lama dah tak tahan. Kitaorang terus terang. Mak dia sampai menangis-nangis malu sebab anak dia. Anak dia duk rumah kita orang waktu tu bayar sewa lambat. Sebab mak dia minta tangguh bayar. Aku tak kisah. Sebab aku kesiankan mak dia dah tua datang hantar anak dia gi KL. Naik bas, pastu naik lrt, pastu naik teksi. Anak depan mak baik giler. bila belakang. Tuhan je lah tahu.

Hinggalah satu ketika, masa aku nak pergi main paintball. Kasut sukan aku hilang. Lesap. Aku bukan nak menuduh tapi. Budak tu dah beberapa kali kantoi pakai kasut aku. Kaki aku dan kaki dia sama saiz. Masa aku balik kerja. Aku nampak dia lepak kat bawah. Dia dengan selamba tegur aku. Aku duk pandang-pandang je kasut aku dia pakai. Dia boleh buat derk je. Tapi aku gila tak sangka lah kasut sukan aku tu hilang. Mahal kot kasut tu. Selesa gila. Memang aku letak dalam kotak je. Memang silap aku lah letak kat rak. Memang malam tu aku mengamuk gila lah. Esoknya mainlah paintball dengan kasut flat. Tak sempat kot aku nak gi beli kasut. Nak pinjam bf aku. Kaki dia besar gedabak. Redha je. =.="

Last-last, mak dia datang ambik barang anak dia. Anak dia kemana pon aku tak nak ambik tahu. Sebab time tu aku tak ada kat rumah. Overtime kat office. Aku pon dah tak ada mood nak hadap mak dia dah sebab anak dia macam tu. Sakit hati. Inilah first time aku hadap orang macam budak perempuan ni. Serik.


Kesudahannya, aku berhenti menyewa kat rumah tu. Sebab aku malas nak tambah masalah. Ada lagi isu dengan bebudak ni. Tapi dah panjang sangat. Aku malas nak sambung. Boleh? So kepada sesiapa nak menyewa rumah atau bilik. Aku suggestkan lah. Ko cari iklan yang cerewet macam atas tu. Supaya ko tak pening kepala hadap orang yang macam-macam ni. Cari lah single room. Ko nak wat sepah dalam bilik pon tak ada siapa yang sakit hati. Ko je yang sakit hati. Mahal pun mahal lah. Tapi asalkan kepala ko tak pening.

P/s : Aku sedang survey harga rumah. Pening nak tentukan tempat. =.="


Benda sangat mengarut lagi mengarut.

$
0
0
Entry ini berdasarkan ketidakpuasan hati aku dengan sistem ntah hape-hape kat kawasan perumahan aku ni. Yang aku rasa sangat  mengarut dan menyusahkan orang. Aku tak tahu lah tempat lain ada sistem mengarut macam ni. Urusan pertunangan dan perkahwinan yang gila mengarut.

First, kat tempat aku ni mengamalkan sistem ko nak tunang atau kawin ko kena isi borang. Yup, isi borang. Isi borang yang aku rasa mengarut gila vavi. Salah satu benda yang kau kena isi di borang itu :

Tarikh tunang :
Lokasi:
Jumlah hantaran:
berapa jumlah hantaran:
berapa jumlah harga cincin ko:

dan sebagainya.

MOTIP kau nak tahu semua benda????????


Gila punya mengarut benda ini semua. Aku tak tahu la siapa punya idea bodoh ni. Aku tak faham kenapa sesetengah orang nak tahu semua benda. Yang aku rasa sangat nak menyukarkan benda yang baik. aku cuba tanya kawan-kawan aku kat tempat lain. Tak ada sistem bodoh macam ni.

Sebab kalau pihak laki bagi hantaran besar ko mengumpat, bagi sikit pon kau mengumpat. Aku rasa borang tu hanya nak bagi sesetengah pihak jadi bahan untuk mengumpat. 

Itu hal isi borang. 

Ni hal tok sidang pulak. Kau nak bertunang ko kena panggil tok sidang. Masa majlis pertunangan tu kau kena mintak permission lah apa lah.

tak ke macam bangang. Kau siapa. Bapak aku ke yang nak kena minta permission?? bukan kan? Kau kenal aku pun tak kan?? Mengarut gila. Dan paling tak boleh blah kau kena bayar dia. Pe benda kau ni???? Aku tak tahu lah benda-benda mengarut ni terjadi kat tempat lain ke tak. Benda yang baik jadi sangat sukar dengan urusan yang gila vavi mengarut. Gila mengarut. 

* Yang aku tahu. Majlis aku tak perlu semua benda mengarut ni. Lantak lah melanggar peraturan ke tak. Aku peduli ape.

Kisah Hari Sabtu hari itu.

$
0
0
Salam,


Alhamdullillah perhubungan sejak belajar di Universiti telah diikatkan dengan tali pertunangan. Akan bersambung di next entry. :)

Majlis Pertunangan

$
0
0
Salam,

Majlis pertunangan aku memang buat simple sangat. Tak ada pelamin, doorgift dan sebagainya. Sebab aku dan family aku nak lebihkan kepada makanan dan kenduri. So aku pun jenis simple. Tak nak serabut-serabut.

Pada permulaannya aku ngan En Tunang memang tak nak buat pertunangan ni. Memang fikir nak terus je kawin. Tetapi bila keluarga kedua-dua belah pihak kata bertunang maka kena lah bertunang. Walaupun mula-mula rasa berat tapi lama-lama ada positifnya. Yelah asyik tangguh je nak kawin. Macam-macam hal. Aku dan En Tunang pun dah kenal lama since aku belajar lagi. Aku pun dah kenal rapat dengan family dia. Dan dia pun dah kenal rapat dengan family aku.

Sejak En Tunang kerja di Johor ni. dia akan selalu pergi oversea dan sibuk. So salah satu sebab baik bertunang. Hihi. Baik untuk dia dan baik untuk aku jugak. Sebenarnya Family en tunang dah datang merisik bulan 4 ke 3. Aku pun tak berapa ingat. Tapi tak ada lah sarung cincin risik ke hapa. Sebab kitaorang pon xbeli cincin pe lagi. Sebab family en tunang datang tetiba. En tunang call kata family nak datang hari sabtu. Ok lah. Bincang-bincang je. Family aku pon jenis simple. takde nak adat-adat sangat.

Ingat tak entry aku mengenai tak nak panggil tok sidang bagai? Hurm.. Last-last kena panggil juga. Sebab ayah aku nak buat kenduri. So kena panggil orang masjid. Tok sidang orang masjid so kena lah isi borang. Mengeluh jugak mula-mula. Tapi lama-lama tengok borang syarat pertunangan tu. Ada positifnya. Pada mulanya. en tunang cuak jugak. Yelah ada borang perjanjian bagai. Aku pun penat lah terangkan kat dia just syarat je. Family aku bukan jenis ikut adat sangat. Alhamdulillah tok sidang pada majlis terangkan fungsi borang tu pada family en tunang. So tak ada perasaan kurang senang atau susah. (Yang ni mungkin aku akan terangkan next entry)

Tema

Tema pink purple. Tu pon hanya pada baju dan hantaran sahaja. Aku sangat suka purple. So gabungkan je dengan pink.

Cincin

Cincin aku beli dengan en tunang bulan 5. Kemain susah nak jumpa en tunang. sebab dia susah nak dapat cuti. Bila dia cuti cepat-cepat rancang beli cincin. Tapi masa beli cincin blur-blur je. Even dah banyak kali wat survey kat internet still blur. Haha. Serius nak beli cincin ajak orang tua yang pakar pasal cincin. Aku dan en tunang banyak kali kuar masuk kedai cincin. Tapi Alhamdulillah. Sebab aku memang da tahu nak cincin apa, jenis apa. Cuma keliru tentang pilihan cincin. Member aku Nad pun banyak membantu. Sebab dia dah ada pengalaman. (Dah selamat kahwin dah minah ni. Hihi) 

Hantaran.



Hantaran aku simple je. Tak ada nak beli dulang bagai. Mak ngah aku terus bagi pinjam dulang bila dengar aku nak tunang. Dah siap berhias dah dulang tu purple pink. Ko hanya perlu letak barang je dan hias sikit-sikit barang tu. Senang dan jimat dah. Hantaran aku 7 balas 5. Kebanyakan makanan. Sebab aku dan en tunang jenis simple. Tunang je. Tak payah nak membazir sangat katanya. Last-last minit dulang terlebih. Sebab aku lupa orang Melaka memang kena ada sireh junjung. Dan penyelamat aku Nad. Alhamdulillah. Sabtu nak tunang. Jumaat maghrib aku diberitahu perlu sireh junjung. Kelam kabut.

Kebanyakan beli hantaran aku dengan mak aku. Dengan en tunang lagi berapa hari nak bertunang baru dapat jumpa. Sebab en tunang beberapa hari di Singapore urusan kerja. Lepas tu baru dapat cuti. Sehari je masa untuk beli semua benda. Menangis. (T.T) Tapi xde kelam kabut sangat. Sebab en tunang jenis cool je. Aku je kelam kabut. Haha.

Makeup.

Kakak en tunang.
Makeup aku ambik orang yang makeupkan member baik aku Nad masa tunang. So aku memang berkenan sangat cara dia makeup dan boleh tolak ansur. Sangat-sangat peramah dan harga dia berpatutan. Memang ramai kata muka aku lain. Aku first time tengok cermin pon terkejut. Sebab lain giler. Baju aku pakai baju kurung moden. Tak ada masa aku nak tempah bagai. Nak vogue bagai. Aku beli jenis yang boleh dipakai balik time g kenduri. See aku jenis simple je orangnya. Hihi. Tudung pon aku beli halfmoon. Mula nak cari selendang kosong. Tapi yang rabbi susah nak jumpa dah. Kalau jumpa pon warna dicari tak ada. Last-last jumpa tudung halfmoon walaupun colour dah lari sikit. Rembat je. Veil dan bunga aku ada buat sendiri. Tapi xpakai pon. Jurumekap aku ada bawakkan. Pakai dia punya je.

Kenduri.

Kenduri yang aku buat masa perancangannya. tak ada khemah. Last-last pasang jugak khemah. Makanan pon mak aku lebih kan. Sebab belah lelaki ramai gilos datang. Terkejut haku masa salam family en tunang. Sampai terkulat-kulat aku sebab ramai giler. Makanan mak aku order catering. Pakcik tu pon dah biasa wat catering kat tempat kerja mak aku. Makanan pon sedap. Memandangkan tunang je. Aku dan mak aku bincang nak nasi putih, gulai kawah, ikan sembilang masak sambal, ayam berempah, ulam, sambal belacan, ikan masin dan bubur. Kuih banyak gila orang sponsor. termasuk bakal adik ipar aku. hehehe.

Alhamdulillah majlis berlansung dengan jayanya. Majlis dimulakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat. Selepas tu baru majlis tunang berlansung. Agak lama sebenarnya, sebab tok sidang banyak menerangkan kat pihak lelaki adat-adat orang melaka ni. Ok lah. Tak ada keluarga en tunang rasa pelik je. Sebab kat melaka ni banyak sangat adatnye. (T.T)

Tu jelah kot aku nak beritahu. Tak ada majlis besar-besar. Sebab family aku lebihkan kepada kenduri tahlil dan doa selamat. Sebab aku jenis simple. Tak ada makna nak serabut macam-macam. Kahwin nanti baru serabut. Hehe. Yang penting makan. Haha. :p

Sedara mara en Tunang


Orang kuat. Tak ada mereka ni. Tak tenteram aku. Haha. Nad tak dapat join. Sebab dia ada kenduri kawin belah laki dia pulak. Minah tu gilos sampai nak gak dtang umah aku time dia dah habis sanding. nasib baik kena basuh periuk. Haha.



Mak en Tunang. Pasni kena terer masak sebab mak en Tunang memang pandai gilos memasak. Setaraf chef sebenarnya.

Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat semua yang terlibat. Terima kasih. Jika terdapat kekurangan mohon maaf dari pihak kami. Yang penting makannnnnnnnnnnnn... huhu.

Assalamualaikum.. :)

Adat Pertunangan dan Perkahwinan Orang Melaka

$
0
0
Assalammualaikum,

Seperti yang diketahui, Melaka ni masih mengamalkan adat-adat dalam pertunangan dan perkahwinan. Tetapi bergantung kepada sesebuah keluarga tu untuk mengamalkannya atau tidak. Bergantung. So kepada orang luar macam negeri lain tak ada lah rasa pelik sangat tetiba kena hadap adat-adat ni. Aku hanya listkan beberapa sahaja adat yang aku lalui secara pengalaman. Banyak lagi adat yang aku tak listkan sebab aku tak pernah hadap.

Pertunangan.

Tok Sidang.

Di Melaka di sebuah kampung atau taman perumahan mesti ada tok sidang. Atau bahasa lebih mudah. Ketua yang mengetuai adat-adat melayu ni. Sekiranya ingin mengadakan majlis pertunangan, tok sidang akan dipanggil sebagai mengetuai majlis pertunangan di pihak perempuan. Dan juga boleh menjadi wakil dari pihak lelaki ketika menghantar tanda. Tugas tok sidang ni menjadi jurucakap majlis lah. Dan menjaga kebajikan penduduk. Tok sidang kawasan perumahan aku ni giler terer bercakap. Family belah en tunang ni jawa. Boleh tok sidang ni bantai cakap jawa pekat. Dah family aku macam tersengih-sengih sebab tak faham. Haha. Yang faham tok sidang dan belah lelaki. Kira tok sidang ni nak kurangkan kecuakan belah pihak lelaki. Dia coolkan keadaan dengan lawak. Aku dari dalam bilik boleh dengar dorang duk gelak-gelak. 


Pantun

Seperti yang di ketahui orang Melaka ni terkenal dengan pantun. Nak meminang ada pantun-pantun. Benda first en tunang tanya masa berbincang. Nak kena pantun-pantun ke? Family aku ni jenis simple. Tak ada nak menyusahkan belah lelaki nak cari orang kena pandai pantun-pantun. So memang cakap tak ada. So ayah aku dah cakap awal-awal dengan tok sidang tak ada pantun-pantun. Tapi tok sidang ada je buat pantun, tetapi pantun pembuka kata. Lepas tu terus je bercakap tentang majlis. 


Borang perjanjian pertunangan



Melaka ada borang perjanjian pertunangan. Itu pun aku rasa hanya di sesetengah tempat di negeri Melaka. Member aku bertunang tak ada pun borang ni. Borang ni bergantung kepada tok sidang sebenarnya. Dalam borang tu merupakan perjanjian pertunangan di antara kedua-dua pihak. Kalau pihak perempuan yang buat hal memutuskan pertunangan. Pihak lelaki berhak mendapat kembali cincin dan wang pendahulan yang diberi. Kalau pihak lelaki yang buat hal memutuskan pertunangan maka cincin dan wang pendahuluan akan menjadi hak pihak perempuan. Selain dari tu, pasangan bertunang tidak dibenarkan berdua-duan sehingga menimbulkan fitnah. Tok sidang ada kuasa nak menegur.

Dalam borang tu kena ada nama, alamat, jumlah hantaran, tanda hantaran yang dihantar (wang sebahagian duit hantaran) dan tempoh berapa lama bertunang. Selepas perbincangan kedua-dua belah pihak. Saksi akan tanda tangan borang tu. Aku dah dapat borang ni sebelum majlis lagi. So aku whatsapp gambar borang kepada en tunang dan minta tunjuk kat family dia. Supaya family dia tak terkejut sangat. Mula-mula en tunang macam pelik sangat dan takut pon ada sebab siap ada borang perjanjian bagai. Puas terang kat dia. Masa majlis pun tok sidang ada jugak terangkan fungsi borang ni. So Alhamdulillah semuanya ok.


Tengok Cincin

Benda ni aku tak berapa gemar. Sangat. Masa pihak lelaki bagi cincin, tok sidang akan ambik hantaran tu pastu dia pas kat belah perempuan macam nak sure cincin tu tulen ke tidak. Family aku pun macam terkejut. Tapi memasing tak tengok pun. Pas-pas je. Bagi aku lah kan. Benda tu ibarat macam menjatuhkan air muka belah pihak lelaki. Macam bagi cincin tak tulen. Nak confirm ke tak. Padahal aku yang pergi beli cincin tu dengan en Tunang kan. Beribu habis tak akan tak tulen kan. Grr.. Nasib baik family aku je kat area situ. Kalau dapat kat jiran aku jenis kepohci. Siap pegang dan timbang berat ke tidak cincin tu. Benda ni memang jadi ya. Jadi kat kawan aku. Huh.

Duit pendahuluan

Sesetengah keluarga akan minta duit pendahuluan (Separuh daripada duit hantaran) masa bertunang. Bergantung lah kepada keluarga pihak perempuan nak minta atau tidak. Tapi aku memang tak minta lah. Sebab lambat lagi kan.

Hantaran sireh junjung.

Pihak perempuan memang kena bagi sireh junjung kepada pihak lelaki. Aku pun memang tak tahu. Sebab bagi aku, Sireh junjung tak penting. Sebab tak makan pon kan sireh tu. Tapi adat. Heh. Mula-mula aku pikir tak ada tak payah jelah. Tetiba jiran aku cakap kena ada jugak. Sebab nanti tok sidang tanya (tapi tak ada pun). Gigih aku mencari. Last-last nad suggest pakai dia punya. Terima kasih Nad. 


Perkahwinan

Duit Tol

Melaka dan Johor je ada adat ni aku rasa. Duit tol ni bayaran dikenakan kepada pihak lelaki ketika datang bersanding di rumah pihak perempuan. Selalunya duit tol diminta oleh keluarga pihak perempuan dan mak andam. Kalau pihak perempuan dah puas dengan duit tol yang dikenakan baru lah pengantin lelaki dapat bersanding dengan pengantin perempuan.

Adat ni ada diamalkan dan ada yang tidak. Bergantung. Jika pihak pengantin lelaki tidak tahu mengenai adat ni. Pihak pengantin perempuan wajib menerangkan kepada keluarga pihak lelaki. Supaya tidak timbul salah faham. Sebab kebanyakan pihak lelaki kurang berkenaan dengan adat ni. Kadang-kadang pengantin perempuan tak nak pon adat-adat ni. Tapi dah sedara mara pi minta. Tak akan kita nak halang. Cuma aku bagi tips. Pihak lelaki siap-siap duit seringit dalam sampul surat. Kebanyakan orang-orang melakukan adat ni hanya untuk suka-suka. Sebenarnya tak tengok pon duit ko bagi tu.

Duit Adat



Duit adat ni termasuk dalam upah tok kadi. Bayaran kepada tok kadi. Macam kat Melaka duit adat dikira macam ni 10% daripada duit hantaran. Contoh : Duit hantaran 10 ribu, maka duit yang kena bagi ialah 100. Hanya sebelah pihak sahaja yang bayar. Melaka ni memacam kena bayar. Lain kampung lain kena bayarannya. So tidak semua sama bayarannya. Macam Taman aku yang hanya kena bayar seperti dalam gambar. Itu sahaja. Kalau kampung lain. Ada kena bayar derma masjid, memacam lagi lah.


Lafaz Sakinah

Lafaz Sakinah hanya di negeri Melaka dan Johor. Lafaz Sakinah ni merupakan lafaz penyerahan yang dibacakan ibu pengantin dan pengantin perempuan itu sendiri. Lafaz ini dilakukan setelah selesai majlis akad nikah. Lafaz Sakinah ini tidak wajib. Bergantung kepada pengantin.

Mak aku mula-mula dah tak berkenan nak buat. Sebab katanya, kenapa time nak kawin ni lah nak cakap mak halalkan makan minum nak beritahu itu ini? Kiranya sebelum ini mak tak halalkan la apa mak bagi selama ni.  Ha.. mak aku cakap macam tu. Hihi. Mak aku macam kurang berkenan la dengan adat ni. Aku pun kepala jenis. Ikutkan sahaja. Mak kita kan. Dia lebih tahu. Apa yang mak aku cakap ada benarnya. Itu pendapat aku dan mak aku. Terpulang lah kepada yang nak buat atau tidak. Sebab benda ni tak wajib pun. Mak aku jenis senang je. Mahu memudahkan majlis. Benda baik tidak elok disusahkan.

Ok dah. Ini serba sedikit adat yang aku highlightkan. Ada adat-adat lain aku tak masukkan sebab aku rasa yang aku tulis ni masih ada dilakukan. Yang aku tulis ini adalah pengalaman aku sendiri. Bergantung pihak pengantin tu nak buat atau tak. Tak ada paksaan. Aku menulis sekadar yang aku tahu sahaja. Memudahkan orang luar tahu serba sedikit adat kat Melaka ni.

Ok itu sahaja. Sekian terima kasih.

Inspirasi : Wedding Theme

$
0
0

Assalammualaikum,

Dah lama tak menaip kat sini. Walaupun banyak je benda nak diceritakan. Since bulan Ramadhan ni banyak masa terluang. Aku wat lah beberapa research untuk tema perkahwinan aku nanti. En Tunang pun memang dah pilih tema belah dia. So cuma nak menjalankan pencarian butik-butik tu belum lagi. Bulan puasa kan. Lagipun En Tunang kemain busy. =.="


Resepsi : Purple + Turquoise 

Image from Google

Tema ni dah lama aku berkenan sejak tahun lepas. Aku ternampak kat tumblr tak silap. Sekali pandang terus jatuh hati kat warna ni. Warna Turquoise + Mint kan hot since tahun lepas. Aku pun masih tak pasti sama ada colour ni ada ke tak kat butik pengantin. Warna ni memang jadi pilihan pertama lah. Kalau tak ada atau susah sangat. Baru fikirkan warna lain. Tapi tetap nak tema nii... 


Bertandang : Black + Gold

Image from Google

En Tunang dari dulu nak tema warna ni. Tahun 2011 tak silap dia beritahu kalau dia nak kahwin, dia nak warna ni. Haritu skype dengan dia. Tanya dia. Nak tema apa. Aku ingat tak ada lah dia sebut nak warna Gold + Black. Sebab dah lama kan. Tup tup still nak lagi dengan tema ni. Setia sungguh. Hihi. En Tunang cerewet sikit. Kalau dia nak gold + black, maka gold dan black lah. Jangan memandai nak pi tukar gold tu warna yellow ke apa. Mampuih dia membebel. Haha. Aku tak kisah pun warna apa dia pilih. Belah dia kan. Aku ikutkan sahaja. Hihi. Tapi parah juga la nak cari warna macam ni. Mampuih.


Banyak benda tak buat lagi. Banyak berbincang sahaja. Tarikh pun tak tentu lagi. Sebab En Tunang busy kemain. Aku ni ha dah tak jumpa dia sebulan dah. Next week ni jumpa sebab dia balik kampung dia sekejap. Tu pun nak bagi barang dan berbuka sesama. =.=". Kita orang banyak skype jelah sesama. Tak pun "Line" . En Tunang rajin hantar gambar dia tengah buat apa atau makan apa. Aku tak minta pun. Kemain rajin nau hantar gambar. Haha. Tapi at least dapat kurangkan rasa rindu kan. Lagipun dah biasa dengan dia jauh-jauh. Pepandai lah camne nak hidup bila dah jauh-jauh macam ni. (muka tak ada perasaan) Haha.

Sampai di sini sahaja.

Assalammualaikum.

Selamat berpuasa. :)


Gambar : Bunga

$
0
0
Assalammualaikum,

Hobi aku sebenarnya suka capture gambar. Aku start suka ambil gambar masa aku kat universiti lagi. Masa tu memang aku bawak mana-mana dslr. Setiap masa je ambik gambar. Setiap aktiviti ambil gambar.

Bila umur dah meningkat nak dewasa ni. Aku still suka ambil gambar tapi aku dah kurang bawak kamera ke hulu hilir. Mungkin segan. Aku pun tak tahu nape. Aku hanya bawa kamera bila aku rasa nak berjalan jauh atau bercuti. Kadang-kadang bawak pun tak guna. Maybe faktor usia. Haha.

 Bila dah lama pegang camera ni. Aku dah jarang ambil gambar orang. Sebab perangai aku. Aku suka ambil gambar perfect. Aku suka puaskan hati orang. Aku jadi takut kalau gambar tu tak sempurna di mata orang. Sampai macam tu aku fikir. Haha. Lepas tu aku suka fikir. Kalau aku tangkap gambar member aku tak bertudung. Tup-tup dia bertudung. Pastu aku letak gambar dia merata-rata. Dah satu kerja aku nak kena delete. Dah tambah saham dosa aku sebab menyebarkan gambar dia tak menutup aurat.


Salah satu ros mak aku. Dah bertambah koleksi ros dia sebenarnya.

Dan itulah antara satu sebab aku dah jarang ambil gambar orang. Gambar orang yang aku ambil pun gambar En Tunang. Haha. Sengal. Sekarang aku lebih suka ambil gambar pemandangan, haiwan dan bunga. Dan dari situ aku tahu. Aku amat suka ambil gambar bunga. Sebab aku rasa tenang tengok bunga dan pemandangan. 

Bunga yang jadi mangsa bunga mak aku. Haha. Mak aku ni suka menanam bunga. Terutamanya orkid. Sekarang ni sikit-sikit dia tambah bunga ros pulak. Aku ni jenis tak ada minat sangat nak menanam. Aku suka ambik gambar je. Mak aku gigih siram, baja dan trim bunga-bunga dia. Gambar-gambar bunga ini adalah 100% mak aku punya bunga. Aku hanya tukang ambik gambar sahaja. Mak aku tak kisah aku ambik gambar bunga dia. Asalkan aku tak petik bunga dia. Kalau petik mahu pasu bunga tertangkup kat kepala aku. Haha. Serius. Mak aku memang garang. Haha.


Sampai sekarang aku tak tahu bunga apa. Bunga dia kecik je sebenarnya.

Another roses. Pokok bunga ros ni rajin gila berbunga. Tapi sayang ulat suka makan daun dia. Sebab dia wangi gila. Salah satu tips mak aku bagi. Kalau tak nak ros yang suka dimakan ulat. Cari ros yang xde bau. Memang betul ok fakta ni. Mak aku beli ros baru. Xde sehelai pun daun dia berlubang.
Pokok yang aku tak tahu apa namanya. =.="

Orkid. Ada specific name. Mak aku je tahu. Tapi bunga ni dalam pasu kecik je. Tapi dah berbunga. 

Sama dengan yang atas. Kecik je pokok dia. Dah berbunga.

Mak peminat pink and purple. Aku rasa majoriti bunga banyak colour lingkungan ni. 

Spesis bunga yg aku suka giler. Dia berbunga melengkung macam ni. 

Malas nak letak caption. Haha.

Dan juga malas nak letak caption. Dasar pemalas. Haha











Ok seriously, banyak giler bunga orkid mak aku. Tapi malas nak letak banyak-banyak kat sini. Kalau aku rajin aku tepek la. Sebab aku memang ambik gambar bunga orkid mak aku setiap kali berbunga. Memang rajin berbunga pokok mak aku. 

Semua gambar ini diambil mengunakan dslr, kamera biasa dan juga kamera hp. Sesiapa member aku yang memang follow instagram dan Fb aku memang dah tengok la separuh dari gambar-gambar ni. Aku je malas gila tepek kat blog. hehe.

Dah tu je. Assalammualaikum.

Peristiwa hari Isnin lalu.

$
0
0
Assalammualaikum,

Salam Aidilfitri. Ok. Peristiwa kejutan ni berlaku pada hari isnin lalu. En Tunang kononnya nak datang beraya. Tetapi mak eden dah start kerja dan puasa pulak. So dia planning ajak keluar dating sekejap. Sebelum maghrib baru balik rumah beraya dengan mak ayah aku. Alang-alang makan malam sekali.

Seperti diketahui en tunang memang suka buat surprise. Kalau dah lama baca blog ni mesti tahu kejutan-kejutan yang dibuat en tunang. Hihi. Walaupun dia jenis suka buat surprise, aku memang tak dapat tangkap. Sebab dia pandai sorok.

Ok. Dalam beberapa hari sebelum ni memang aku banyak sentap dengan dia. Tak tahu kenapa. Maybe. PMS. Haha. Merajuk banyak kali. Tapi tak ada lah sampai tak mesej ke hapa. Rajin je aku layan. Sentap kejap-kejap. Haha.

Tengahari tu en tunang ajak dating. Tengok wayang. Tengok wayang memang hobi dia, Kalau dia cuti memang dia ajak aku tengok wayang. Aku memang tak dapat tangkap la dia nak wat surprise. Aku tengok dalam kete memang tak ada apa-apa. Yang ada bantal chelsea baru beli letak kat kete baru dia. Tu jelah.

Sampai je kat parking. Dia sibuk pakai kasut dia. Dia drive suka pakai selipar. Pastu tetiba dia suh ambik barang kat bonnet (aku tak sure bonnet or boot perkataan yang sesuai, Tapi kebiasaannya aku panggil bonnet walaupun aku tahu bonnet kat part depan kereta tu. Haha). Aku pon lurus. Ambik jelah barang kan. Buka-buka je bonnet. Bunga kat bonnet. Sejambak je kat situ. Aku pun ambik lah. Sengih je. 



Pastu leh tanya en tunang. "Ni bunga untuk ayang ke?"
Dia jawab "Yelah, untuk siapa lagi"

Hahaha. bengong. Katanya sempena anniversary dan bunga untuk pujuk aku yang sentiasa sentap je. Hahaha. Anniversary ni pun aku tak bagi apa-apa. Selalu wish je. Lagi pun anniversary kitaorang masa 1 syawal. So aku memang tak dapat jangka dia nak bagi bunga ke hapa kan. Tapi memang terkejut la. Senyum je tengok wayang. Haha. Tak boleh blah.



En tunang memang rajin buat kejutan. Salah satu kelebihan dia kan. Macam sesetengah lelaki dia tak suka buat. Katanya membazir. Yelah bagi bunga hidup kan. Tapi bagi en tunang bukan selalu. Bagi aku pulak. Aku happy sangat-sangat sebab dengan kejutan-kejutan ni hubungan tak bosan. Ada je benda dia buat. Aku pulak memang suka ros. Memang tak kan merajuk la selama sebulan ni. Haha. Tapi pendapat memasing la kan.  Lain orang lain caranya.


Last year pun en tunang bagi bunga. 3 dozen dia bagi. Ambik ko! haha. Best momento la bagi kitaorang. Hihi. Dah sudah. Apa pulak aku nak bagi dia lak ni.

Assalammualaikum. :)

Ahli Keluarga baru.

$
0
0


Assalammualaikum.

Memperkenalkan ahli baru dalam family saya. Mimi. Mimi ni dah setahun dah aku bela sebenarnya. Cuma tak ada kesempatan nak cerita kat blog. Mimi ni aku ambik masa umur dia baru bape bulan. Tapi yang confirm lepas dia dah putus susu dengan mak dia. Aku ambik dia ni dari umah mak sedara aku. Sejak kucing aku Era tu mati. Rumah aku memang sunyi sangat tak ada kucing. Harapkan Bubu. Kerja dia merayap saje tak balik-balik. Aku ni duk berzikir kat mak aku nak bela kucing. Mak aku ni malas nak bela dah. Sebab mak aku paling tak suka kucing berak dan kencing merata-rata. Sebab hidung mak aku ni sensitif.


Rumah mak Ngah aku ni memang belambak kucing. Mak aku berkenan dengan Mimi ni. Selepas dia putus susu dengan mak dia. Mak aku bawak la balik. Balik-balik terus pas kat aku. Haha. Gigih la aku ajar dia berak dalam tandas. Memang aku tak kasi keluar rumah. Sebab dia ni spesis kemungkinan besar orang suka rembat. Tapi kucing kan. Dia lagi suka keluar rumah. So aku beli la kolar kucing. Kalau ada kolar ni orang kat sini leh pikir la ni kucing belaan. Sebab sebelum ni aku ada pengalaman kucing aku bulu lebat dirembat orang. Terus trauma nak lepas sebarangan.



Mimi ni perangai dia garang. Ntahlah. Aku dari dulu duk bela kucing asyik dapat yang garang je. Kalau ko panggil haram tak datang. Sombong. Kalau lapo pandai dia nak manje-manje. Manje pon takat gesel gesel kat kaki je. Lepas dapat makan terus sombong balik. Haha. Dia memang tak suka dipegang. Kalau angkat letak kat peha. Suara dia mengeram tu macam marah benar. Padahal ko letak kat peha je.Tapi dia ni suara je lebih. Tapi tak penah cakar atau gigit. Gigit kemam tu pun masa ngah main.

Tetapi, kalau dia sorang-sorang dengan aku. Kalau aku duk membaca atas katil atau buat kerja kat laptop. Dia akan datang. Tetiba duk kat celah kaki aku. Itupun dalam bilik tu hanya ada aku sorang. Dia memang tidur dengan aku. Kat hujung katil atau kat bawah katil. Kalau aku gi dapur atau masuk tandas dia akan mengekor. Bukan mengekor nak makan ke apa. Tapi mengekor saje-saje. Walaupun aku kuar bilik time tu dia tidur. Gigih dia bangun mengekor. Bila aku masuk bilik balik dia akan sambung tidur balik. Kalau aku keluar rumah. Dia akan mengekor sampai kat luar rumah atau kat pintu. Kiranya dia manje. Tapi tak nak tunjuk. Camtu. Haha. Salah satu sebabnya. Aku rajin melayan dia. Haha.


So baru-baru ni. Bertambah ahli keluarga baru. Tiga ekor anak kucing. Ibunya Mimi. Bapaknya si Bubu. Dilahirkan depan mata aku sendiri khamis minggu lepas. Aku dapat detect dia bunting time dia cepat gila penat bila aku main-main dengan dia. Bila dia dah penat sampai terjelir-jelir lidah. Aku stop main dengan dia. Pastu aku check la tanda-tanda dia pregnant. Tanda-tanda kucing bunting tu dah ada kat dia. Manje lain macam time dia bunting. Suka gila memunggah barang-barang aku. Nak cari port nak beranak. kucing tak lama bunting. Dua bulan dah leh beranak. Hari-hari terakhir dia nak beranak tu gigih aku ajar dia push push. Haha. Bengong.


Tapi tengok kucing beranak memang pengalaman aku rasa menakjubkan la jugak. Sebab depan mata. Masa dia nak beranak. Aku tengah hadap laptop. Dia mengiau bapak giler bising. Pastu dia sibuk memunggah almari baju aku. Semua baju dia tarik keluar. So cepat-cepat aku ambik kotak. Letak kain dalam tu. Letak dia dalam tu. Setahu aku lah kucing ni dia tak suka kita tengok dia beranak. Tapi kucing aku lain. Dia tak bagi aku tinggalkan dia. Kalau aku bangun. Dia pon duk kuar dari kotak tu ikut aku. (T.T) Dah satu kerja aku kena hadap dia beranak. Masa anak dia dah keluar separuh. Dia boleh keluar kotak beranak kat lantai. Terkejut giler aku. Panik la jugak. Masa anak first dia keluar. Dia macam blur je. Dia tak bersihkan anak dia. Dia tak gigit pon uri dia bagi putus. Aku dah panik. Sebab bahaya kan. (aku buat research weh camne nak handle kucing beranak.) Dalam bape minit tu dia bersihkan anak dia dan gigit uri tu dan makan uri tu. Ye rasa mengelikan tapi ada sebab kenapa dia makan uri dia balik.


Lepas tu. tak lama lepas tu anak dia yang kedua pulak keluar. Tapi tengok senang la kucing beranak. Tu sebab ada perumpamaan "senang beranak macam kucing beranak" Maksudnya ko beranak senang la. Sekali push je. Terus keluar. Anak dia yang last ni. Dia dah takde tenaga dah. Kesian gila kat dia. Dia nak terlelap dah. Aku kuar bilik nak ambik air dan makanan. Sekali tengok dia dah beranak. Hanya tiga ekor. Sebab keturunan dia memang beranak tak banyak. Tiga ekor tu paling maksimum. Sehari suntuk tu dia tak makan atau minum. Gigih aku suapkan air. Sebab dia memang tak larat gila. Last-last dia kuar kotak makan sup ayam. Itu pun sekejap je. Dia tak tinggalkan anak dia langsung.

Hari dia beranakkan anak dia. Bulu anak dia pon tak berapa bersih.

Hari ketiga atau keempat. Lupa dah.
Genap seminggu. Anak dia yang dua ekor ni. Sebijik tang muka. Yang berbeza badan. Satu putih lebih. Satu lagi more to coklat + kelabu.

Yang bongsu ni lain sangat. Masa lahir aku ingat itam legam. Rupanya belang macam mak dia sikit. Bubu sikit.

Sekarang ni dah lima kali duk alih anak dia. Tapi tak pernah keluar bilik aku la. Sebab bilik lain kat rumah aku ni  Bubu  berani masuk. Dia duk cari anak dak Mimi. Bilik aku je Bubu tak berani masuk. Sebab aku garang. Haha. Tak adelah. Bilik aku sentiasa bertutup. Oh ye kucing jantan amat sukakan anak kucing. Dia makan anak kucing. Pastu tinggalkan kepala je. Ngeri ok.

"Yey, saya dah jadi mak" Muka tak boleh blah. Muka bangga. Haha.
Ok dah. Tu je. Bubye.

Menonton Teater di Istana Budaya

$
0
0

Assalammualaikum,

Ahad lepas bersamaan 1 Disember 2013 En tunang ajak tengok teater. Dia dah ajak dua minggu sebelum tu. Aku cakap ok jelah walaupun aku tak tahu teater apa. Hari Ahad masa nak pergi baru aku tahu tengok Teater Makyong : Kesaktian Anak Raja Gondang. En Tunang mintak tolong temankan. Aku ikut jelah. Lagipun ini kali pertama aku masuk teater istana budaya. Sebelum ni makan kat Cafe dia je. Teringin gak nak masuk kan. En Tunang dah berapa kali masuk dan pernah buat show kat situ dah. Aku je tak pernah nak masuk.

Sebelum ni aku pernah tengok teater masa praktikal dulu. Tapi itu pun kat Dataran Merdeka punya teater tu. MakYong jugak. Aku lupa lak apa nama tempat tu. Ada dalam blog ni malas aku nak belek. Last aku tengok teater kat UiTM shah alam 2011. Sebab support kawan kitaorang berlakon. Makyong ke apa. Tak pasti. Tapi teater tradisional. Tak ingat dah.

Image from here Portal Istana Budaya

Show start pukul 8.30 malam. Sebelum show start aku duk tengok-tengok pameran yang ada. En Tunang duk tinggalkan aku sebab jumpa kawan-kawan dia. Ada je dia kenal orang kat Istana Budaya tu. Dia syok bual. aku duk tengok pameran. Kira ada beberapa orang artis gak lak datang untuk menonton show ni. Dapat la tengok M. Nasir, Azizah Mahzan depan mata dan beberapa orang lagi artis eden tak kenal. Jumpa pelakon sutun tu. Kawan en tunang. Rupanya yang tempahkan tiket kitaorang member dia ni lah. Adakah dia lembut macam cerita Sutun? Tak lah selembut macam cerita tu. Peramah gila mamat ni. Aku je segan nak berbual-bual. Dia bakal bawak student dia pergi buat show makyong kat Spain dalam pertengahan bulan ni tak silap aku.


Teater ini dibintangi oleh Rosnan Rahman, Sofia Jane, Vanidah Imran, Sabri Yunus dan beberapa pelakon yang lain. Yang sangat berbakat. Bagi aku, sangat terbaik. Walaupun dorang cakap dialek kelantan dan cakap laju nak mampus. Tapi memang terbaik. Aku sangat suka tengok mimik muka Sofia Jane. Dia jadi jahat dalam cerita ni. Dan Vanidah Imran pegang watak baik. Lembut je dia. Rosnan Rahman. Suara terbaik dan semua terbaiklah. Peran-peran yang ada dalam cerita ni sangat kelakar.

 Aku suka tengok part dorang menari-nari. Kemain lembut. Ada part dorang berlawan-lawan dan menari sambil badan terikat kat wayar. Pakaian diorang sangat cantik. Pentas simple tapi cun. Kawan-kawan dan family aku tahu aku amat jarang menonton cerita melayu. Tapi teater melayu aku suka tengok. Sebab tengok live. Pastu tak boleh buat salah. Kalau salah. mampuih nak cover. Kalau tv tu, kalau salah boleh ambik balik scene tu kan. Teater of course tak boleh lah kan. So everything kena perfect dan kalau salah kena cover sampai penonton tak perasaan.

Sesiapa yang tak pernah tengok. Aku cadangkan pergi tengok. Try tengok teater tradisional. Teater bukan tradisional pon ada jugak. Istana budaya ada je teater ditayangkan setiap bulan. Pergi lah tengok. Website dorang ada je tepek bila show. JKKN punya website pun ada. 

Setakat aku tengok teater ni. Tak pernah menghampakan aku yang tak beberapa suka tengok cerita melayu ni. Hihi. Next time pergi lagi kalau ada rezeki. 

Masa rehat 15 minit. Baru berani nak ambik gambar. Sebab masa show berlansung tidak dibenarkan merakam. Maka menghormatilah peraturan yang ada. 
Tips pergi ke Istana Budaya.

1. Pakaian. Seperti yang diketahui Istana Budaya ada cara pemakaian yang bersesuaian bila nak masuk. Kalau show orkestra atau koir kena pakai sut rasmi, batik atau kemeja berlengan panjang. kalau teater longgar sikit. Boleh je pakai jeans. Kalau jeans ko koyak rabak dan lusuh. Sila la balik tukar seluar tu. kemeja berkolar bulat, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan pakaian menjolok mata pun tak boleh. Nak selamat pakai je kemeja lengan panjang dengan jeans bagi lelaki. Yang perempuan, pakai baju kebangsaan pon boleh. Kemeja dan jeans pon boleh. Asalkan tak langgar peraturan yang ditetapkan sudah le.

2. Kalau boleh datang awal sedikit sebelum waktu show bermula. Kalau kau lambat kena tunggu kat bilik menunggu sebelum dorang masukkan korang waktu yang sesuai. Tapi rugilah ada part ko terlepas. Bagi aku kira menganggu la orang nak tengok show. Sebab seat agak sempit. Kau nak lalu orang nak kena bangun bagi laluan. Menganggu giler. Datang awal sikit. Sebab parking kat istana budaya selalu penuh kalau ada show. 

3. Sila lah bawak selendang atau baju sejuk. Sebab sejuk. Tak delah sejuk sangat. Tapi en tunang cakap sebelum ni sejuk. Dia suh bawa selendang. Tapi aritu tempat aku takde lah sejuk sangat. Kalau bahagian lain maybe sejuk la kot.

4. Sebelum show start pergilah isi perut dulu. Macam show aku tengok aritu bermula 8.30 mlm dan dia bagi rehat 15 minit dan waktu show habis pukul 11.30 mlm. 15 minit nak makan memang tak sempat lah. Dengan cafenya ramai orang. Ada je tempat makan kat luar Istana Budaya tu. Boleh je. Aku nasihatkan sebelum datang g makan dan solat dulu.

5. Untuk etika penonton yang lain. Baca kat sini. Portal Rasmi Istana Budaya.



Itu jelah kot aku nak cerita. Dah tu je. Assalammualaikum. :)



Dari Melaka ke Temerloh.

$
0
0
Assalammualaikum,

Masa Tahun Baru Cina hari tu sampai lah aku ke Temerloh untuk kali pertama. Ke rumah Cik Amy kita. Eh Puan dah sekarang ni. Hihi. 

Aku gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih. Pergi dengan en tunang. Kalau pergi ke Pahang ni jalan terdekat adalah melalui jalan dalam. Boleh lalu highway. Tapi macam tak berbaloi berpatah balik sebab masuk KL kan. Aku kesian kat en tunang sebab dia drive dari Sepang pastu ambik aku kat Melaka. Kira bagi dia macam berpatah balik. So memandangkan kami mengejar masa. Laluan terdekat adalah melalui jalan dalam.


Jalan dalam yang kita orang lalu Melaka -> Tampin -> Johol -> Bahau -> Bandar Sri Jempol -> Teriang -> Bera -> Temerloh.

Sebenarnya kalau ikut lalu jalan dalam banyak juga laluannya. Memandangkan aku dan en tunang tak pernah lalu jalan jalan ni. Kitaorang memang harapkan Waze. Dari bandar Tampin kitaorang letak destination kitaorang dari ke satu tempat ke satu tempat. Macam dari Tampin kitaorang taip ke Bahau. Sampai Bahau kitaorang taip ke Bandar Baru Serting. Kitaorang pun tak tahu kenapa kitaorang buat macam tu. Ada cerita disebaliknya. Tu aku cerita pada akhir entry.

 Bila ikut lalu jalan dalam ni. Kereta tak berapa banyak. Masa laluan ke Bahau tu kereta tak berapa banyak. Ada la dua tiga biji. Aku dengan en tunang pon memang fikir sebab pagi lagi kan. Jalan ok. Yang tak best. Laluan dia agak seram. Lagi-lagi area johol tu. Simpang siur jalannya. Tapi cantik ada sungai kat sebelah jalan. Tapi banyak hutan lah. Dan jugak banyak kelapa sawit dan getah. Untuk first timer macam kitaorang agak seram lah. Maybe yang dah biasa tak ada apa pun.

Tapi sebelum aku pergi. Aku ada buat research la laluan ni. Adalah orang tulis pengalaman tak best.Tanya ayah aku. Cuma dia pesan. Kalau boleh jangan balik malam. Sepanjang perjalanan kitaorang just bercerita dan layan lagu cd aku burn. Dalam pukul 11 pagi kitaorang sampai Pekan Temerloh.


Sebelum sampai rumah Amy. En tunang pesan. Kalau boleh tak nak balik lewat sangat. Kalau boleh sampai Tampin sebelum maghrib. Kalau lewat sangat. Kita balik ikut highway. Aku pun ok la. Aku faham en tunang aku. Adalah benda tak kena tu. Tapi aku tak tanya. 



Sampai rumah Amy, cari Mia. Mia datang dari Sabah. Pas cari dia jumpa Puan Amy kita. Selamat dah majlis dia. Dah berapa tahun kitaorang tak jumpa. Last jumpa masa Wany kawin. Wany pun dah anak sorang. En Tunang ada ambik gambar tapi dslr tu ada problem sikit. Aku ada kamera digital tu. Aku ingat bercas. Masa pagi tu pasang bateri kong abis. Bawak dslr. Tapi gambar kabur dan tak cantik. Sebab auto dia problem. Aku sebelum ni just guna manual tangkap gambar.

Ni jelah sekeping selamat. Haha. Tapi takpe. Banyak gambar dari diaorang. Jumpa-jumpa berbual la sekejap. Pensyarah kitaorang pon datang. Cik Midi. Yang lain dah datang masa Amy nikah. Aku je tak dapat datang sebab cousin aku buat majlis akikah. Apa apa pun. Tahniah Amy. Gembira dapat jumpa diaorang. Ntah bila dapat jumpa lagi.

Pukul dua lebih kitaorang dah gerak balik. Memandangkan awal lagi. kitaorang lalu laluan tu balik. So guna lah waze ni. Kitaorang just taip Tampin. Kitaorang tak buat macam dari satu tempat ke satu tempat. So. Nak dijadikan cerita. Waze ni bawak jalan, jalan yang memang tak ada orang lalu. Bengong. Mula-mula aku pelik apasal ada kampung ni. Tadi tak lalu sini. Memang time balik tu kitaorang tak lalu bandar sri jempol tu semua. Kilang Simen besar gilos kat Bahau tu pun kitaorang tak lalu. 

Lepas hadap kampung. Jalan makin lengang. Jalan makin kecik. Tapi jalan cantik lah. Kiri kanan gaung. Pokok kelapa sawit. Adalah satu jam kitaorang tempuh jalan macam tu. Sebijik kereta pun tak ada. Di tepi jalan tu pokok menjalar kat jalan dah. kitaorang terus tempuh jalan. Nak patah balik. Hari dah nak malam. En Tunang senyap je. Aku ni kalau rasa tak best. Aku suka ajak orang bercakap. En Tunang ni senyap jelah. (=.=")

Kitaorang just tengok Waze tu. Laluan yang kitaorang lalu area Batu Kikir dan Senaling. Sampai lah kitaorang tempuh jalan ke Kuala Pilah. Baru banyak kereta. Huhu. Sejam perjalanan tu. Menyeksakan. Walaupun siang. Seram tu ada. Kalau malam lah. Tak tahu lah nak cakap apa. Walau bagaimana pun tak boleh lawan seram aku, kawan baik aku Sanah dan Atan Athen hadap masa balik dari PD dulu. Ni maybe aku cerita lain kali.

Alhamdulillah aku sampai rumah sebelum maghrib. En tunang pun lepas terus gerak balik Sepang. Ikutkan masa hari tersebut. En Tunang banyak diam. Masa lalu jalan tu diam je. Aku perasan. Tapi tak tanya. Diam. Layan lagu. Esoknya baru aku tanya en tunang. Dia just cakap seram dan tak sedap hati. Dia pun tak cakap apa lagi. Maybe en tunang tak nak takutkan aku yang penakut ni. Haha. Kesimpulannya, jangan percaya Waze sangat. Jalan dia tunjuk memang betul. Tapi tak best. Jalan tak ada orang lalu. (T.T) Pasni dah tahu dah. Taip satu tempat ke satu tempat je. Mesej member aku yanie yang duduk area Bahau. Jalan tu memang keras katanya. 

Alhamdulillah la tak ada apa-apa berlaku. 





Jiran Yang Rasa Layak Dimaki.

$
0
0
Assalammualikum

Pertama sekali, aku dah nak dekat sebulan lebih duk tahan nak up entry ni. Duk fikir nak cerita atau tak nak. So aku publish jugak entry pasal ni. Tujuan aku up entry ni sebagai pengajaran. Ambil yang jernih buang yang keruh ok. Nama dalam cerita ini adalah samaran semata-mata.


Ok. Rumah aku adalah rumah taman perumahan. Dimana rumah aku adalah rumah side tepi. Kalau tahu rumah side tepi, laman rumah dia luas. Sebelah rumah aku. Ada sebaris rumah yang menghadap rumah aku la. Macam contoh kat bawah ni:

Gigih buat maps. Aku buat ala kadar. Aku belum tidur lagi ni. (T.T)


Jiran aku ni, Aku namakan family Bakar. Keluarga Bakar ni memang sejak aku tamat belajar kat U lagi aku dah menyampah. Walaupun menyampah aku tetap senyum kalau nampak anak dia atau bini dia. Ye, senyum terpaksa. Sebab mak bapak aku ajar hormat orang. Ok fine.


Keluarga Bakar ni dengan jiran sebelah menyebelah bermusuh. Aku tak tahu sangat pasal ni. Tapi yang aku tahu kes sama macam aku juga. Sebaris rumah dia tu jenis design lain. Dan rumah aku ni design lain. Taman aku ni memang camni. Depan rumah aku pun design lain.


Kes buang sampah.

Kes ni la buat aku menaip kat entry ni. Kira dah tahap baran sampai kepala. Aku dah setahun lebih tak marah orang. Kira hari ini. tak meletus lagi. Kalau meletus aku buang sampah dia betul-betul depan pintu masuk rumah dia.


Memandangkan rumah dia menghadap rumah aku. So ada space la kan untuk park kereta atau tanam pokok atau apa. So tempat tersebut jadi tempat buang sampah dan bakar sampah. Ok, kat Melaka ni dalam seminggu akan datang lori punggut sampah daun. Kalau ko longgok sampah dahan pokok atau daun pokok. Dia akan ambik kutip. Family Bakar ni bajet orang datang kutip sampah ni akan pungut sampah yang dia duk timbun kat kawasan rumah family aku. Ko tahu sampah apa dia duk campak? Paip hitam pebenda ntah, tilam, bantal dan sebagainya. Kira nampak rumah aku ni jadi port dia campak sampah.


Sakit mata. Of course la orang majlis tak kan kutip sampah macam tu. Sebab Majlis Perbandaran dah sediakan tong khas kat satu tempat ko buang sampah fizikal dan besar gabak macam tu. Tak jauh pun dari rumah dia ke tong tu. Ko naik kereta pun tak sampai dua minit pergi buang sampah. Memandangkan Majlis Perbandaran tak ambik, ko tahu dia buat apa dengan sampah tu? Dia BAKAR.


Bila dia bakar. Asap bukan sebarang asap. Asap hitam. Yes, rumah aku jadi mangsa asap. Sekarang ni musim panas. so rumput akan kering. So dia bakar apa ntah semalam, api dah merayap. Mak aku tengah siram pokok. Siram sekali api tu.


Mak aku ni sangat baik. Sebelum ni nak naik tembok. Mak aku tangguh sebab apa? Sebab rumah aku ni ada pokok kari yang dah menjulur dari pagar besi. Jiran-jiran aku atau sesiapa lah akan datang ambik daun kari tu dengan minta izin. Mak aku kata senangkan jiran. Mak aku kalau nampak anak si Bakar ni duk longgok sampah tu. Mak aku tegur secara baik. Secara lembut. Kadang-kadang aku geram gak kenapa tak sound direct je. Mak aku cakap, tak nak gaduh-gaduh. Mak aku geram gak. Tapi geram dia, dia pendam. Kalau tahap tak tahan dia akan cerita dengan aku. Memandangkan mak aku dah bercerita aku geram lah kan. Mentang-mentang lah mak aku ni cakap lembut. Lagi la dia buat. Lagi la dia mengumpat dengan anak dia depan rumah dia. Cakap tak ada cakap slow-slow. Cakap kemain kuat. Tahu cakap apa? 


"Bukan tanah dia."


Hoi, makcik tak ada sivik! ko tahu tak kenapa cukai tanah rumah halaman luas cukai dia lebih sikit daripada rumah makcik?? Sebab dengan duit cukai tanah tu lah majlis perbandaran upah potong rumput, angkut sampah dan  bersihkan longkang bodoh. Oleh itu kawasan makcik buang sampah tu kawasan rumah saya! So saya ada hak nak tegur atau tak! Ko nak rumah kau bersih tapi ko campak sampah ko kat kawasan rumah aku. Sivik ada ka? Mau aku ajar ka?


Yes, ni lah ayat bakal aku keluarkan kalau aku tersempak dengan anak beranak bengap tu. Aku tunggu masa je dia buang sampah lagi ni. Sebab tiap kali dia buat hal, aku tak ada. Lantak la ada adab ke tak ada eh. Aku punya bengang bukan berbulan sebenarnya bertahun. Tapi aku percaya, mak aku akan halang punya kalau tahap sabar aku dah hilang.


Kes minta sesuatu tanpa izin.

Sebelum rumah aku di-renovate (Masa aku form 2 atau 3). Di halaman rumah aku tu mak aku tanam pandan, kari, nenas,betik, bendi dan sebagainya. Yes, mak aku suka menanam pokok. Mak aku tanam memudahkan mak aku nak masak. Dah tanam-tanam tu hidup subur la kan. Membiak betul aku tengok.  Mak aku tanam pandan, kari dan serai kat tepi pagar tu.


Jiran-jiran aku setiap kali ambik akan minta izin. Kalau family aku tiada. Dorang akan tunggu sampai balik baru ambik. Tapi mak aku ni dah pesan pada yang dah mintak izin tu ambik jelah kalau mak aku ada ke tak ada. 


Ada satu malam. Mak aku sidai baju kat belakang rumah. Tak bukak api. Sebab mak aku tak pakai tudung. So dia sidai dalam gelap. Tetiba dia dengar macam bunyi lembu ke kerbau macam duk menyodol pagar tau. Mak aku pun duk pikir. Celah bila taman perumahan ni ada kerbau or lembu. Mak aku duk cari la bunyi apa. Sekali ternampak Bini si Bakar ni sedang merentap pokok pandan mak aku. Mak aku tak tegur la. Mak aku diam terus sambung sidai baju.


Tahu tak kenapa mak aku tak tegur? Family Bakar tak pernah minta izin sikit pun dengan mak aku nak ambik apa-apa pun dari pokok kat rumah aku. Tahu dia buat apa dengan daun pandan dan kari tu? Dia buat kuih dan jual. Pernah sekali aku dengan mak aku pepagi berkebun kat luar rumah. Hujung minggu. Aku nampak bini Bakar duk ulang alik belakang rumah aku. Dekat dengan pokok kari. Dah habis berkebun tu. Mak aku masuk la dulu. Aku duk bersihkan peralatan kat tempat tersorok. Bini Bakar ni duk tercongok-congok cari mak aku. Tengok mak aku dah masuk. Dia petik daun kari tu. 


Tak ke pelik perangainya. Mak aku ada je kat luar time ko duk ulang alik belakang rumah aku. Pe susah sangat ko nak bukak mulut minta izin? Nak kata mak aku marah dia ke apa tak ada lak pulak. Mak aku nampak dia ke apa, mak aku senyum tau. Sanggup ulang alik sanggup tunggu mak aku masuk rumah pastu ko duk rembat daun kari.


India duk sebaris rumah dia tahu mintak izin nak daun kari. Setiap kali dia datang dia mintak izin. Ko dah lah agama Islam, Halal Haram ambil barang orang tanpa izin tak akan tak tahu ke??? Pokok pandan tu kan. Sampai togel daunnya dia kerjakan. Sampai mak aku terpaksa beli daun pandan kat pasar kalau nak wat kuih ke apa. (T.T) Oh ye, disebabkan selalu merentap pandan kat pagar tu. Pagar tu dah senget. Macamane lah mak aku boleh sesabar macam tu. Selepas rumah aku renovate pecah habis, mak aku biarkan pokok kari je kat tepi tu. Yang lain mak aku dah tak tanam dah. Kalau duk biar je. Mahu roboh pagar tu disondol kerbau jadian.


Curi Line Internet.

Benda ni pon buat aku sakit hati. Kalau nak tahu, streamyx boleh detect siapa tengah online dan curi online walaupun ko letak password dekat Wifi ko. Sebelum ni aku buat kerja dari rumah kan? internet tu bagi aku sangat penting. Sejak aku balik KL dan buat kerja dari rumah. Aku detect internet aku lembab. So memandangkan aku bekerja dalam bidang it. Aku tahu la ilmu tu sikit2. So aku check la siapa online. Terbaik. Keluarga Bakar tengah mengunakan internet. Kira dia hack la password. Bagaimana aku dapat detect dia? Sebab dia menggunakan komputer, laptop, hp nama ahli keluarga dia. Memandangkan adik aku kenal setiap nama ahli keluarga dia. So aku tahu. Dari bapak sampai la ke anak dia guna wifi free.


So tukar password. Selalu aku tukar la password. Dia dapat jugak hack. Takpe. Kita block mac address dia pulak. Dapat hack lagi? xpe kita block lagi. Kali ketiga, aku mintak member aku setup sampai dia give up. Terbaik weh sanggup duk depan rumah dia semata-mata nak dapat wifi free. Adakah aku halalkan dia pakai internet yang aku bayar? Tak. Aku tak halalkan.

Umpatan.

Benda ni terjadi awal tahun 2013. Adik aku pergi kenduri rumah kawan dia. Bini Bakar ni ada lah. Bila adik aku lalu. Dia boleh mengumpat cakap "kakak dak Mira ni tak keluar rumah langsung. Tak nampak-nampak. Ntah apa dia buat dalam rumah." Dia mengata aku la tu. Adik aku ada sorang je kakak. Aku la. Adik aku dengar sampai habis apa dia cakap. Haha.


Seriously makcik? Tak keluar rumah jadi bahan ke?? Aku duk rumah buat kerja. Kadang-kadang aku jumpa client iaitu sebelum pukul 7 aku dah keluar rumah. Tapi jarang. Aku tak suka keluar rumah. Sebab makcik ni and the ngumpat geng ada kat luar. Bila kita keluar dia duk pandang-pandang pas tu ngumpat. Dan salah satu sebab aku jarang keluar. Bila aku sidai baju atau sapu luar rumah laki dia, Si Bakar tu suka pandang aku atas bawah. Kalau aku sedang menyidai baju. Bakar tu boleh duk depan rumah dia tengok aku menyidai baju.(lepas renovate tempat sidai baju menghadap rumah dia) Ko rasa selesa tak? Aku pakai lengkap kot. Bukan baju tidur. Last-last adik lelaki aku yang sidai baju. Yes adik beradik lelaki aku semua boleh sidai baju. Tak rasa segan ke apa. Sebab bagi dorang benda biasa. Terima kasih sangat kat diaorang sebab dorang yang tiap-tiap hari sidai baju.


Aku pun pelik. Tak keluar rumah pon boleh jadi isu kan? Tolong lah jaga anak perempuan makcik tu eh. Sorang kena tangkap basah. Sampai kena nikah time kena tangkap. Sorang lagi belum habis sekolah gatal nak berlaki. Berhenti sekolah. Jagalah anak makcik tu sendiri eh. Oh laki makcik tu pun sila la jaga. Duk jaga anak makcik sudahlah. Berhenti menyusahkan orang lain.


In the end, aku cadangkan mak aku buat tembok. Kat tempat dia buang sampah tu. Aku buat tempat keluar motor adik lelaki aku. Tak kisah lah walaupun rumah aku dah ada dua porch. Lantak lah. Kat tepi tu aku tanam pokok apa-apa. Tak kisah lah keluar duit. Janji mak aku tak ada sakit hati. Tegur cara baik. Tak jalan jugak. Sekarang tengah nak jalan je. Urusan kontraktor datang rumah pon dah settle. Tunggu mak aku kata on. Maka on la.



Kalau lepas ni dia gigih jugak buang sampah jugak. Yes aku akan ambik sampah dia buang tu. Aku buang depan pintu rumah dia. So jangan dicabar kesabaran aku yang makin menipis dari sehari ke hari ni. 


P/s: Cuma aku nak pesan lah. Kalau ada sesiapa ada mak bapak berperangai macam ni atau ko sendiri berperangai macam ni. Mohon belajar masuk sekolah balik. Sekarang ada mata pelajaran sivik kat sekolah. Semoga ada sivik minded sikit. 



Apa yang anda lakukan jika terjumpa barang bukan kepunyaan anda?

$
0
0
Assalammualaikum,

Apa yang anda lakukan kalau terjumpa handphone latest model. Tak kira lah jenama apa pun. Ambil, call no sesiapa yang ada dalam hp itu mencari tuan punya badan handphone tersebut ATAU anda ambil hp tersebut tanpa rasa bersalah?


Aku pernah berada di situasi mendengar perbualan dua orang manusia ni menjumpai handphone di pantai. Dia ambik lepas tu cakap "rezeki kita" Terkedu.


Itu lah aku rasa kalau kehilangan handphone ke atau duit atau apa-apa barang berharga. Tak akan jumpa. Sebab mentaliti masyarakat kita. Jumpa barang. Tak akan pulangkan. Ambil dan akan anggap ia "rezeki"


Rezeki waklu.


Tu sebab kalau kita dengar berita org pulangkan barang berharga kita akan "wau, bagus pulangkannya" Kita anggap cerita itu luar biasa. Sebab kita sendiri anggap masyarakat kita mentaliti sivik masih rendah. Nak dapat barang balik pun tak mungkin. Padahal negara kita majoritinya Islam. Islam sendiri melarang umatnya mengambil hak orang lain.


Mungkin anda mempunyai mentaliti jumpa barang dan ambil lepas tu anggap rezeki. Fikir kembali. Bayangkan. Anda ditempat orang yang kehilangan barang tersebut. Bayangkan sudah cukup untuk anda rasa untuk mencari tuan punya badan barang tersebut. atau cari tempat atau tempat selamat untuk pulangkan barang tersebut.


Esok kalau anda dah nak mati, jangan sibuk nak cari tuan punya badan barang yang anda dah ambil. Itu pun kalau barang. Kalau tanaman? Duit? Kita ni sejak dari tadika hingga la sekolah menengah di ajar pendidikan Islam. Tapi sayang. Dah besar-besar pun tak tahu apa hukumnya mengambil hak orang lain. Haih.


Assalammualaikum.

Pengalaman dan Tips: Kursus Pra Perkahwinan di Melaka.

$
0
0
Assalammualikum..

Sekian lama tak update. Memandangkan cuti moh le aku update pasal preparation wedding sebab bila aku check traffic posts paling banyak views adalah pasal perkahwinan di Melaka.

Aku pergi kursus ni dah lama. Tapi dalam tahun ni jugak. After duk tangguh je mak dan bakal mak mertua aku dah bising. Bila nak pergi kursus. Huahua. Tapi aku salahkan En Tunang la. Sebab dia sibuk dan susah nak cuti. Memandangkan kita orang ni duduk jejauh. Aku cadang memang nak pergi sendiri je. En Tunang aku suruh dia pergi kat area terdekat dengan dia. Tapi dia risau aku pergi sesorang. Mulanya aku risau gak. Tapi bila dah kena bebel. Ok je nak pergi seseorang.

Nak dijadikan cerita, of course la en tunang tak akan bagi aku pergi seseorang. Huahuaha. Cuma aku kesian la sebab dia kena booking hotel bagai. Dia ok je. Aku je tak suka dia susahkan diri dia.

Aku daftar kursus kahwin melalui Maim Bentara. Maim ni lah anjurkan kursus kat Masjid Al Azim tu.  Aku daftar kursus kahwin ni dua bulan awal dari tarikh kursus. Sebab kursus kat sini selalu full. So sesiapa nak ambil kursus aku cadangkan pergi awal. Pastu boleh pilih tarikh yang bersesuaian. Masa aku pergi pun banyak tarikh penuh dah. 

Nak pergi daftar pergi sendiri dengan pasangan pun boleh. Nak daftarkan untuk orang lain pun boleh tapi make sure ada photostat ic pasangan yang nak menghadiri kursus tu lah. Sebab masa daftar Maim akan minta salinan ic dan bayaran sebanyak RM80 untuk seorang. Kat pejabat Maim tu pon boleh photostat.

Pejabat Maim sekarang ni dekat Bukit Piatu. Sebelum ni dekat belakang Masjid Al azim tak silap. Sekarang dah berpindah dekat Bukit Piatu. Kalau anda tahu Jakel dan Butik Ariani area Bukit Piatu mesti tahu pejabat Maim Bentara ni. Sebab dia area situ je. So ni alamat memudahkan anda :

Maim Bentara Sdn Bhd,
No. 30, Jalan BPM 2,
Taman Bukit Piatu Mutiara,
75150 Melaka.

Masa daftar tu anda akan dapat resit dengan kertas yang memaparkan peraturan-peraturan yang wajib anda ikuti ketika menghadiri kursus kahwin ni. Masa hari nak kursus kena bawak resit tu. Simpan la elok-elok resit tu. Oh ye, kursus diadakan di Masjid Al Azim, Melaka. Kalau ada perubahan tempat pihak Maim akan beritahu. Kursus kahwin kat Melaka ni strict sikit. Tapi bagi aku tak ada lah strict sangat kot. Mulanya aku macam leceh je nak kena ikut tapi bila hari kursus tu ok je. Kalau kau ikut peraturan. tak ada la masalah kan. Kat bawah ni peraturan-peraturan yang anda kena patuhi. Jangan risau masa daftar kursus nanti dia akan bagi kertas ni. Baca la sampai lunyai nanti. Hahaha. 



Kursus kahwin kat Melaka ni tak sama macam negeri-negeri lain. Kalau kat Melaka ni yang perempuan wajib pakai tudung putih tak ada corak. Tak kisah la tudung bawal atau shawl ke. Tapi di ingatkan. Wajib tutup sampai bawah dada. Kalau nak selamat tutup sampai ke pusat. Kalau nampak dada masa kursus diaorang akan tegur turunkan tudung sebelum kursus start. Dorang tak ada la tegur depan-depan. Dorang tegur secara berhemah. Aku sebelum ni tak ada tudung putih. So senang cerita beli bawal putih RM5. Pastu aku pakai tudung bawal style biasa je. Bawal tu pulak besar. En tunang tengok dia ingat ustazah mana tegur dia. Haha. Kalau boleh pakai la baju yang tutup aurat seperti yang dikatakan dalam gambar. Lagipun kursus dalam kawasan Masjid Al Azim. Berpakaian la sopan. Kita pergi kursus nak pergi menuntut ilmu. Sopan sopan la sikit.

Kalau lelaki wajib pakai baju melayu atau kemeja putih. Dan berseluar slack hitam/biru. en tunang aku suruh je beli baju melayu putih. Senang esok tak payah nak beli baju untuk nikah lagi dah. Pakai je yang dah beli. Tak payah nak pening. Bukan penting pun nak nikah kena pakai baju melayu baru. Dah la susah kemain last minit cari baju melayu putih. Sebab en tunang cerewet sikit kalau beli baju. Alamak ai terkutuk lak dia kat sini. Hihi. Ada lagi peraturan. Nanti dapat kertas ni anda tahu la apa peraturan-peraturan kena ikut. Tapi sejujurnya masa hari kursus semua nampak kemas dan sama je memasing. Ensem apa lelaki pakai baju melayu. (jeling en tunang sikit. Haha)

Masa hari pertama kursus aku lewat sikit. Tapi belum pukul 7.45 pagi lagi. Kursus start kul lapan. Cuma kau kena ada kat tempat pendaftaran sebelum pukul 7.45 pagi. Sebab en tunang bergerak dari Sepang. Pastu dia singgah rumah bagi buah tangan bagai dan jumpa mak ayah aku dulu. Pastu gerak. 

Masa mula-mula diaorang akan bagi kertas soalan untuk dijawab. Bukan test apa. test pasal pengetahuan pasal perkahwinan je. Sebab masa hari last kursus dorang akan bagi kertas soalan yang sama. Sebab nak tengok kursus berkesan ke tak. Yelah masa first-first kena jawab soalan ujian. mesti la banyak benda tak tahu kan. Masa akhir kursus mesti la ko dah tahu. Sebab dalam buku yang diaorang bagi tu ada jawapannya. Sama ada ko fokus atau tidak la masa kursus tu. Lagipun aku pon tak tahu berapa markah aku dapat. Sebab diaorang tak bagi tahu. Aku rasa mungkin kajian pihak penganjur untuk mengetahui kursus tu berkesan ke tak.

Kursus berlangsung dua hari. Sabtu dan ahad. Start pukul 8 pagi sampai la pukul 5 petang. Hari pertama habis lambat. Dalam pukul lima lebih jugak lah. Tak ada la lambat sangat. Hari kedua awal dalam pukul 4 lebih petang. Ada 10 Modul untuk dua hari. Setiap satu modul adalah selama 1 jam. Setiap modul ada penceramah memasing. Yang memang arif dalam bidang memasing.

Cuma pendapat aku. Satu jam memang tak cukup untuk penceramah cover keseluruhan satu modul tu. Terkejar-kejar penceramah nak kena habiskan modul. Sebab masa satu jam je. Semua penceramah bagus bagus. Ada yang kelakar, ada yang ceramah sampai kita teringat-teringat sampai hari sebab cara dia sampaikan memang menusuk betul lah dan ada juga yang ok. Biasalah kalau dah tengahari lepas makan mesti mengantuk kan. Bawa la gula-gula kasi hilang mengantuk. Jangan ko bawa cekedis macam nak tengok wayang. Over sangat tu. Haha.

Makan sehari dua kali. Iaitu minum pagi dan makan tengahari. Makanan disediakan oleh pihak penganjur. Makanan bagi aku tak seberapa. Mungkin aku tak suka makanan manis. En tunang kata sedap. Mungkin sebab aku cerewet sikit la. Haha. Semuanya ok bagi aku. Sijil kahwin penganjur akan bagi masa last sekali.  




Alhamdulillah settle dah bab kursus kahwin. Banyak ilmu aku dapat sepanjang kursus ni. Cuma aku rasa tak best sikit la. Bila ada insan tak berapa hormat penceramah. Macam dah terlewat sikit dari waktu habis kursus. Ada penceramah masih menerangkan kat depan. Adalah beberapa insan yang aku rasa mungkin adik-adik muda belia duk cakap dah pukul 5.30 dah. Nak balik, Aku kat situ rasa macam aku dikelilingi budak sekolah. Bukan semua tapi segelintir. Aku rasa ko dah nak kahwin dah tapi perangai macam aiyo. Bebudak sangat. Cuma pesanan aku untuk bakal yang menghadiri kursus. Hormat penceramah. Mereka diberi amanah untuk menyampai modul sampai habis. Ilmu tu. Bukan selalu pun menghadiri majlis ilmu camni. Dengar pun untuk masa depan kita. Bukan selalu. Dua hari je. Semoga info yang aku sampaikan ni korang tahu serba sikit kursus perkahwinan di melaka.

Assalammualaikum.

P/s : Aku edit blog aku ambik masa dua bulan nak tukar. Masa tak ada. Bila bukak je blog. Terlelap. Banyak benda tak settle lagi. Moga dipermudahkan semuanya.

Kahwin dah.. :)

$
0
0
Assalammualaikum,



Alhamdulillah, pada 14 Mac 2015 bersamaan hari Sabtu lalu, aku telah selamat diijabkabulkan dengan En Tunang. Eh! En Suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah nak sebulan kahwin masih aku rasa bermimpi yang aku masih bujang. Haha. Sampai sekarang aku tak percaya aku dah kahwin. Haha.

Majlis perkahwinan berlansung dengan sederhana dan meriah. Aku nikah pagi lepas tu terus sanding tengahari. Tak ada sanding sebenarnya. Aku tak nak. Ada berarak tapi lepas tu terus pergi makan. Dasar pelahap. Haha.

Aku buat majlis di rumah dan nikah pun di rumah. Ikutkan nak buat kat dewan. Tapi bila tanya, banyak sangat cas tambahan. Nak pasang pelamin sekejap pon nak kena cas. Aku batalkan je niat. Buat kat rumah. Sonang. 
Masa ni kena tegur masa nak g kat En Suami. Sebab jalan laju sangat. Pengantin kena jalan slow. Aku tak reti jalan slow ok. Laju je. Sampai kena tegur dengan orang. Haha. :p

Majlis aku simple dan senang. Tak ada majlis berinai bagai. Semua buat dalam satu hari. Penat dalam sehari je. Family aku jenis simple. Dan aku jenis suka fikir aku tak mahu membazir untuk benda yang dilihat untuk sehari je. Dan aku lebih suka lebihkan kepada makanan. 

Pelamin dengan baju aku serahkan kepada mak aku. Sebab kawan mak aku. Aku pakai dua helai baju je. Baju nikah dan sanding. Aku tak nak banyak-banyak baju. Sebab aku takut aku penat. Even balik dari outdoor aku migrain tahap dewa 18. Haha. 

Separuh dari kawan-kawan. Yang lain dah penat bergambar. Dorang gila nampak kamera. Pantang je. Bergambar saje. Haha. Time ni tengah tunggu pihak lelaki datang.

Majlis perkahwinan ni meriah dengan kawan-kawan satu UiTM dulu. Budak-budak rumah dari sem 1 sampai la habis semua ada kecuali Tini, Agnes ngan Fifi takde. Fifi datang belah lelaki. Aku pun tak sangka semua ada. Kawan-kawan praktikal dulu pun ada. Kawan sekolah. Kawan baik aku Cik Senah dengan Nad pun ada. Happy giler. Sebab lama tak jumpa. Last jumpa time kenduri amy. Bila jumpa riuh. Gembira tak terkata dapat jumpa dorang. Aku bukan excited sebab kahwin pun, aku excited sebab dapat jumpa kekawan. Haha. Mati En suami baca ni kecik hati. Sory En Husband kita pun happy dapat kahwin dengan awak. huk... huk.. Huhu.


Ni semua budak budak rumah masa sem 1-2  kecuali Amoy tak da. Ni la kawan gelak, nangis dan gaduh time kat Uitm dulu. Yang laki tu bukan budak satu rumah. Tu official photographer. Atan. Kawan satu kos gak. Aku rapat dengan dia. Sampai aku berjanji time study, aku kahwin dia kena amik gambar. So aku tunaikan janji ambik dia sebagai official photographer aku. Haha.
Aku paling happy jumpa Mia. Sebab Mia sampai beli tiket kapal terbang semata-mata nak datang kenduri. Terharu. Ni la member rapat aku time study. Tito sesama, makan sesama and shopping sesama. Hoi rindu time belajar. Ni ada yang tak ada dalam gambar. Bila dah dapat gambar dari Atan, kalau aku rajin aku publish la kat sini. Hihi. Ni semua gambar dari kekawan. Banyak. Tapi aku ambik yang mana mampu. Gambar dah siap. Cuma aku tak ada masa nak pergi ambik lagi. Hehehe.

Bestfriends. Kawan gila gila sekepala. Kawan dari sekolah lagi. Dari dorang ni la aku nak mintak nasihat atau pendapat. Dengan dorang ni lah aku kalau nak ajak buat perkara gila mesti on je manjang. Haha.
Di kesempatan ni aku nak ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan aku ni. Terima kasih kepada kekawan yang datang dari jauh datang kenduri eden. Jika terdapat kekurangan ataupun kesilapan eden minta maaf la dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Hehehe. Majlis pertama dalam family, So banyak benda perlu diperbaiki.

Perasaan menjadi seorang isteri? Gembira la hoi dapat kahwin dengan laki ko sayang, laki yang terima ko seadaanya, laki yang memang kawan baik ko. Haha. En Suami. Terima kasih. 

Aku takmo pos gambar laki aku. Haha. Sebab aku kalau boleh blog ni pasal aku je. Family matter aku suka keep in private. Cukuplah family and kawan-kawan aku tahu dengan siapa aku berkahwin. Yang penting bukan suami orang ataupun boyfriend orang. Haha. Kami bercinta dari zaman kita orang kat universiti lagi. :) Laki aku kawan satu universiti dengan aku. Cuma dia falkulti lain. Sama baya, Dia tua berapa hari je dengan aku. Kami lahir bulan sama. Tahun sama. Haha. 

Dah, thanks for reading. :)

Assalammualaikum.



Viewing all 57 articles
Browse latest View live