Quantcast
Channel: DaStoryBegins
Viewing all 57 articles
Browse latest View live

Entry Jiwang. Ehem.

$
0
0
Entry ni aku dah taip lama sebelum kahwin lagi. Cuma aku tak sempat nak publish. So memandangkan aku dah alang-alang bukak blog. Post jelah. Haha.

En Suami, entry ni untuk awak. Terima kasih. :)


Entry ni entry jiwang. Kasi can la. Dah lama tol aku tak tulis benda jiwang-jiwang ni. Haha.

Aku memang banyak kali jatuh bangun dalam percintaan.
Kena tipu pernah, kena curang pun pernah. 
Kebanyakan menjadikan aku trauma lah. Haha.

Bila aku jumpa dia. Aku banyak blame dia atas kesalahan ex aku. 
Kepercayaan la antara sebabnya. 
Tapi dari mula sampai akhir dia sabar. Sangat sabar.
Our first years relationship, memang banyak gaduh. 
Antara salah satu sebabnya susah nak percaya. Haha.
Tapi aku rasa aku banyak silap la.

Kekadang aku kesian kat dia. Sebab salah orang lain. Aku letakkan kat dia.
Dan aku pun memang akan jangka tak lama dengan dia.
Tup tup sampai la ke hari ni.

Aku teringat kawan serumah aku cakap. "Dia budak baik"
Memang betul cakap kawan aku.
Selama aku bercinta dan berkenalan dengan dia.
Aku tak pernah tengok dia marah.
Kalau dia rasa nak marah dia diam.
Tapi jarang lah.
Aku tak pernah dengar dia naik suara.
Maki lagi la tak pernah. 
Perkataan bodoh pun aku tak pernah dengar dari mulut dia ok.
Dia seorang yang positif. Setiap masalah ada penyelesaian dia.
Dia jenis tak kisah. Tak ada rasa segan ke apa.
Semua benda boleh bagi dia.

Sepanjang perhubungan aku dengan dia.
Aku dilayan macam tuan puteri. Haha.
Serius.
Ko nak makan apa. Dia bawak.
Ko nak pergi mana. Dia bawak.
Ko nak apa. Dia cuba belikan.
Tak pernah kecewakan aku.
Haha.

Tapi aku jenis bukan minta-minta la.
Kekadang pms aku just cakap je macam teringin nak aiskrim perisa mint.
Next time dia datang dia mesti belikan. Haha.

Tapi dia bukan lah perfect. Ada kelemahan dia.
Semua orang kelemahan dia.
Aku kenal ramai lelaki.
Sesetengah lelaki macam dah tahu perempuan tu jenis berdikari.
Dia akan suruh perempuan tu buat sendiri.
Tapi tak dia. Dia tak akan bagi aku buat sendiri. 
Walaupun aku boleh buat.

Aku susah. Dia mesti ada.
Cari jalan penyelesaian sesama. 
Aku ni ego. Susah nak cerita apa masalah.
Susah nak menangis depan orang.
Tapi dengan dia aku boleh cerita segala benda dengan dia.
Menangis hodoh depan dia pon pernah. Haha.

Aku anggap dia salah sorang kawan baik aku.
Aku bergurau, aku bergurau kasar dengan dia.
Tak ada nak lemah lembut bagai.
Depan dia ke belakang dia ke sama je.
Macam kawan baik. Aku anggap dia kawan baik aku.

Kitaorang dah berapa tahun perhubungan jarak jauh lah.
Dalam sebulan mesti dia cuba ambik masa untuk berjumpa bagai.
Kekadang aku kesian gak. Sebab dia penat. 
Kalau dia cuti. Dia datang. 
Kalau dekat tak pe lah. Ni jauh kot.
Jauh la kot dari Selangor ke Melaka.
Pergi balik. Balik pon dah malam.

Bila dia nak masuk meminang.
Aku tahu dia serius.
Dan aku?
Betul ke mamat ni nak aku jadi bini dia? Haha
Aku banyak side negative. Dia side positif.
Aku banyak kali tanya dia.
Serius ke.
Serius katanya.
Ok. Dia serius. Haha.

Dan kami pon bakal berkahwin. Haha.
Dia dah nak jadi suami aku dah. Beberapa hari lagi.

Aku pernah menangis. Asyik jumpa orang yang salah. Banyak kali.
Memalam asyik menangis senyap-senyap.
Sekarang, aku dah lama tak menangis. 
Terlalu lama.
Sebab aku gembira dipertemukan dengan dia.
Kawan baik saya, tunang saya, dan bakal suami saya.

Doakan dipermudahkan semuanya.





Soalan cepumas yang menjengkelkan.

$
0
0
Assalammualaikum,

Aku dah berkahwin 6 bulan dah. Kalau orang tua duk cakap masih dalam fasa honeymoon. Bila dah kahwin ni kehidupan aku totally berubah. 360 degree. Macam mana nak describe. Ko kena kahwin la baru boleh rasa macamane berbezanya time ko bujang dengan dah berkahwin. Haha. Tapi sebenarnya aku malas nak terangkan. Haha. Ok itu bukan tujuan utama aku nak menulis kat sini. Aku nak menulis pasal soalan-soalan cepumas iaitu anak.

Bila kau dah kahwin ni, soalan paling kerap ditanya adalah pasal anak. Walaupun ko baru kahwin seminggu or dua minggu akan ada orang akan tanya soalan tu. Wajib. Pada mulanya aku ok je orang tanya. Lelama aku rasa annoying. Rasa nak hempuk je. Haha. 

Selalunya soalan pasal anak akan ditanya oleh orang yang ko tak kenal, sedara jauh atau kawan not even close with you dan yang setahun sekali je contact ko itupun bila ada hal. Kenyataan. Aku jadi annoying mungkin sebab latar belakang family aku. Family dan sedara mara aku jenis kalau berjumpa bukan jenis tanya soalan kepohci. Bila ko nak kahwin? Bila ko nak ada anak? NO. Dorang tak pernah tanya. Sebab diorang hormat sesama sendiri. Dan jaga sensiviti perasaan. Dan aku bukannya jenis orang yang akan tanya kat orang bila ko nak kahwin, bila nak ada anak dan sebagainya. Itu sangat sensitif bagi aku. Dan aku hormat perasaan orang lain. Even dengan close friends pun aku tak tanya. Bagi aku kalau dorang nak kahwin atau ada anak dorang akan bagi tahu sendiri. Tiba masa dorang bagitahu lah, Yang sibuk nak tanya kenapa. Cek nak bagi duit ka? Haha

Seriously annoying giler. My family dengan family in law aku pun tak tanya. Orang luar yang sibuk tanya. Tak ko rasa nak je langgar manusia macam ni dengan lori penggelek jalan tar? Aku ni ok la. Baru je berkahwin kan. Baru je beberapa bulan. Dan aku jenis kalau ada rezeki ada adalah. Dan aku jenis awkward dengan bebudak. Bila orang bagi budak dengan aku, aku jadi keras. Bhahaha. Aku dengan laki aku ok je pasal isu anak ni. Kalau orang jenis bertahun kahwin tak ada anak? Apa dorang rasa?

Dan bebaru ni aku ditanya soalan ni. Kat kenduri kahwin sedara suami aku. Seorang makcik yang aku tak kenal langsung datang kat meja makan tanya soalan,

Makcik : Yang ni yang aritu kahwin kan? Dah ada isi?

Rude. Very very rude. Aku tak kenal kau pun. Ko datang meja makan yang ada orang ramai tengah makan dan ko tak bagi salam pun, tak kenalkan diri kau pun and you asking the private question? Wow! Husband aku sebelah aku terdiam. Muka bengang. Aku boleh control. Dan terima kasih kat kakak ipar aku jawabkan. Sangat rude lah bagi aku sebab aku tak kenal ko langsung. So apa kau dapat kalau tanya orang bila ko nak mengandung? Ko dapat wang kah? Tak kan? 


Bagi aku lah soalan bila ko nak kahwin, bila ko nak ada anak itu adalah soalan private. Macam ko tanya orang tu bila ko nak buat seks. Private like that. Gosh i hate this kind of people. Macam tak ada life tanya orang soalan macam tu.

My mom selalu cakap orang baru kahwin ni wajib kena beranak eh? kena mengandung eh? bila aku cerita, Mak aku selalu cakap. Pergilah honeymoon puas puas sebelum ada anak ni. Pergi lah enjoy hidup berdua dulu. Esok ada handbag (anak) poning nak berjalan. Haha. 


Bila tanya soalan macam ni kat orang bagi aku sangatlah kurang ajar. Banyak soalan lain boleh ko tanya. Aku jenis tak suka tanya orang soalan macam ni kat orang. Even my close friends pun aku tak pernah nak tanya soalan macam ni. Bagi aku. Kalau dorang pregnant or nak kahwin dorang sendiri akan beritahu. Tak payah nak sibuk-sibuk. Tunggu je dorang beritahu atau beritahu kat facebook or media sosial yang lain. Yang nak sibuk sangat kenapa. Dapat duit ke?

Santai : Bab Memasak dan Barang Dapur.

$
0
0
Assalammualaikum,

Masa bujang aku ni dikategorikan tak berapa pandai masak. Benda yang aku tahu. Goreng ikan, nasi goreng atau masak benda-benda simple. Bab lauk berat-berat. Aku failed. Masa bujang mak aku selalu bising la sebab tak nak belajar. Aku bukan tak nak belajar. Asal masuk je dapur, aku kena halau balik dengan mak aku. Haha. Sebab aku tak suka dapur sepah. So aku mengemas sambil mulut aku berjalan. Mak aku kalau memasak dia suka longgok kat singki sampai penuh. Aku tak suka. Aku suka kemas bila aku memasak. Sebab aku tak suka bersepah. So mak aku hangin. Mak aku halau aku. Hahaha. 

Tapi sejujurnya, aku kalau nak pandai memasak. Aku kena buat sendiri. Kalau cakap. Aku blur. Haha. Bila dah kahwin. Aku jadi pandai. Kalau nak  masak lauk lemak cili api ke apa. Aku whatapps je mak aku. Nanti dia beritahu la. Pepandai la ko sukat macamana. Lelama pandai. Memandangkan lelaki aku lagi terer memasak dari aku. Kekadang aku tanya dia je. Kalau malas nak tanya mak aku, aku google je. Tapi resepi kat google tak sesedap macam mak aku masak. Haha.

Sekarang boleh la. Reti la sikit masak sikit-sikit. Bila dah kahwin ni, aku selalu termenung depan peti ais. Apa nak masak. Baru aku paham kenapa mak aku selalu duk termenung depan peti ais sebelum memasak. Sebab tak ada idea. Haha. 

Kang aku mesej laki aku tanya nak makan apa? 
Jawapan dia. "Tak kisah la sayang. Apa-apa pun boleh."
Kekadang aku soal balik. "Meggi boleh?"
Dia jawab. "Boleh je."

Haha. Tak membantu langsung. In the end masak la simple-simple. Tak sampai hati nak bagi laki sendiri makan meggi je. Zaman bujang boleh la. Bagi aku yang belum kahwin dan tak pandai masak. Belajar sikit-sikit. Paling kurang mesti tahu la benda basic. Macam nak kena tahu siang ikan macam mana, ayam macamana. Bawang tu rupa macam mana. Benda-benda basic lah. Aku bernasib baik lah masa sekolah lagi mak aku ajar siang ikan ayam bagai. Walaupun kerap kali kena halau keluar dapur. haha. Tahu la sikit-sikit. Terima kasih Mak. 

Barang dapur sejujurnya jauh gila aku pergi beli. Aku sekarang duk selangor. Aku duk sendiri dengan laki aku. Dekat dekat jugak la dengan umah mertua aku. Tak ada lah dekat sangat. Tempat ni pelik sikit. Dekat dengan laut. Tapi ikan sangat kurang dan giler mahal. Barang-barang sini sangat mahal dan tak masuk akal. Aku selalu membebel kalau time beli barang. Haha. Harga beza banyak betul. 

So untuk elakkan aku beli barang sini, setiap time gaji aku akan balik Melaka. Balik la cuti hujung minggu melawat family aku. Sabtu or ahad aku ikut la mak aku pergi la pasar beli ikan ke, ayam ke, untuk stok sebulan. Barang dapur pun aku beli kat melaka. Dah alang-alang. Sekali jalan.


Sejujurnya, aku rasa Melaka barang murah lagi. minggu lepas aku beli ketam pasir. Adalah dalam 6 ekor. Besar-besar. Sekali dengan ikan selar kuning. Dalam 5,6 ekor. Harga dia RM14. Aku siap tanya makcik tu. Suruh ulang balik. Pasaipa murah sangat. Haha. Kalau kat sini, tak dapat. Laki aku pernah beli sotong kat sini. Dua ekor. Adalah besar dua jari. Nak RM7. Aku macam whattheheck. Haha. Patut la sedara mara aku dari KL suka beli ikan kat Melaka bawak stok balik KL bebanyak. Sebab murah. 

Pantai puteri, Melaka.


Selalu aku pergi kat pantai puteri. Aku pergi dengan mak aku la. Sebab mak aku ni terer bab ikan. Semua ikan dia tahu. Ikan pelik-pelik pun dia tahu nak masak apa sedap. Mak aku tahu pun sebab ayah aku ajar pasal ikan. Ayah aku dulu navy. Kalau time dia free kat pulau layang-layang tu dia suruh bebudak dia siapkan alatan memancing ke apa. Dia pergi memancing kat laut. So dia tahu semua pasal ikan. Ikan dia bukan kecik-kecik. Besar gila. Separuh dia simpan bawak balik, Separuh lagi dia suh bebudak dia masak ikan tu. Tu mak aku tahu banyak pasal ikan. Ayah aku dah bersara navy pun kecintaan dia terhadap ikan tetap ada. Haha. Selalu tanya mak aku beli ikan apa. Kang dia berdua bercerita pasal ikan.

Walaupun mak bapak aku terer pasal ikan. Tapi malangnye, aku tak berapa tahu. Haha. Aku tahu ikan selar, sardin, tenggiri, merah, baung, senangin. Haha. Walaupun masa bujang aku selalu ikut mak aku pergi pasar tapi still gagal mengingati nama ikan. Tu sebab aku suka beli ikan dengan mak aku. Tapi bila aku beli ikan dengan mak aku. Aku suka tanya mak aku. "

Mak, ikan ni masak apa sedap?"
Belum sempat mak aku jawab.
Tetiba ada makcik sebelah aku jawab.
"Masak asom podeh sedap dik"

Haha. Aku pergi kedai lain. Tanya soalan yang sama dengan mak aku. Ada je orang lain menjawab. Masak asam pedas. Kalau dah namanya orang Melaka. Asam pedas saje. Haha. Everytime aku pergi pasar. Mesti ada scene ni. Mak cik makcik kat sini peramah betul. Haha. Oh ye, selalu aku pergi pasar kat Pantai Puteri. Banyak orang jual ikan kat tepi pantai. Pergi la pepagi. After pukul 9, sila la harap bersabar. Orang macam ulat taik. Kemain ramai. Macam pesta. Haha.



Actually, aku rindu Melaka. Sebab kat sana aku rasa murah. Barang senang nak dapat. Orang peramah. Sini aku rasa janggal sangat. Walaupun dah beberapa bulan duk sini. Aku tak boleh nak sesuaikan diri lagi. Sebab aku rasa macam tak logik. Barang mahal nak mampus, aku duk KL or Shah Alam dulu pun tak mahal macam ni. Padahal kat sini tempat jin bertendang la orang Melaka cakap. Haha.  Tapi aku rindu la Melaka. 


P/s : Aku cari gambar kat pasar. Tak jumpa. Dah la folder gambar je beratus. Keneneng aku cari gambar. Bantai jelah gambar Pantai Puteri time 2010. Pun boleh la.

BUKU : Johanna Basford colouring book series

$
0
0
Assalammualaikum..

Lama tak update blog. Kononnya sebelum ni nak update memacam. Duk tangguh-tangguh kelaut dah updatenya. Tup-tup dah masuk tahun baru. Selamat Tahun Baru.

Ok back to title. Aku sebenarnya memang dari zaman sekolah aku memang giler benda seni-seni ni. Zaman sekolah subjek kegemaran aku adalah pendidikan seni. Tapi masa form 4 stop dah. Sebab masuk aliran sains. So terkubur la minat aku lepas tu. 

Ada cerita di sebalik buku Johanna Basford ni. Buku Johanna Basford ni mula-mula aku tertengok kat MRDIY. Aku selak-selak tapi tak beli. Hati teringin nak beli. Tapi macam kata next time lah, bila balik rumah duk teringat-teringat. Lepas tu duk tengok Running Man ngan En Husband ternampak Ji Hyo ngan Gary duk mewarna buku Secret Garden ni. Masa tu tekad. Lepas ni kena pergi. Masa tu aku tak terfikir lak buku ni tengah hot selling.

Next month tu aku pergi. Sebab kenapa selepas sebulan? Sebab Mr DIY yang aku ternampak buku ni dekat Melaka. Haha. Aku kan balik kampung sebulan sekali. Sekali pergi habis. Hati rasa punah. Menyesal giler tak beli masa tu. Dan masa tu tak terfikir kat kedai buku ada jual. Lepas tu ajak en Husband pergi Mahkota Parade. Masuk kedai buku. Boom! Nampak kat depan pintu kedai POPULAR. Terus berbunga hati. Bila tengok price. Eh apasal mahal benau berbanding dengan MRDIY aritu. MRDIY dalam RM20 lebih lah. Tengok Popular RM35.

Berbelah bahagi jugak lah sebab buku mewarna RM35 macam tak berbaloi. Better aku beli buku novel English kan. Haha. Tapi En Husband belikan untuk isteri dia sebab tengok bila bini dia keciwa tengok harga. Beli dengan pensil warna Staedtler Luna sekali. First buku aku beli ialah Secret Garden. Aku beli dalam bulan September ke Oktober tahun lepas. Tak ingat dah.

Bila mewarna buku ni baru la aku tahu kenapa mahal. Kualiti kertas dia gunakan sangat bagus. Bila ko mewarna smooth je. Walaupun kau guna watercolour dia tak effect kertas belakang dia. Dan kertas dia agak tebal sedikit. Cover depan belakang buku tu ko boleh mewarna sekali. Baru lah aku tahu kenapa kat MRDIY tu murah. sebab kat situ buku dia kertas dia nipis. kalau ko warna guna watercolour memang lencun la kertas tu. 



Dan masa penghujung tahun 2015 aku sekali lagi beli buku Johanna Basford. Enchanted Forest dan Lost Ocean. Dan try guna pensil warna Faber Castell, Aku dari zaman sekolah guna Luna. So try guna Faber Castell pulak. Aku beli dua buku ni tengah promotion. Di POPULAR. Promotion back to school.

Beli Secret Garden + Enchanted Forest = RM45
So jadi satu buku jatuh RM22.50

Harga asal satu buku sebenarnya. RM35 (buku yang diterjemah dalam Bahasa Melayu)

Memandangkan aku dah ada Secret Garden, Aku just beli Enchanted Forest dan Lost Ocean. Lost Ocean mahal sikit. RM59.90. Aku try tanya pekerja duk jaga bahagian buku ni. Katanya mungkin sebab dia English. RM35 tu dah diterjemah dalam bahasa Melayu. Tapi aku rasa sebab publisher dia berlainan. Tu harga lain. Memandangkan Lost Ocean aku susah nak jumpa. Alang-alang aku beli jelah. Itupun buku yang aku ambik ni yang last. Kang terkenang-kenang lak tak dapat beli. Haha.

Tapi, masa tu POPULAR tengah promotion. Lost Ocean discount 25%. Enchanted Forest discount 30%. Sekarang aku tak tahu lah tengah promosi lagi ke tak. Aku pergi 27/12/2015. Tapi aku perasan POPULAR selalu buat promosi. So kalau ada promosi pergilah beli. Jimat banyak. 

So setakat ni banyak jugak aku dah warna buku ni. Gambar-gambar ni dah lama aku ambik. So dah siap sebenarnya. Nanti kalau ada masa aku up kat sini lagi.


Secret Garden
Staedtler Luna

Secret Garden
Staedtler Luna
Secret Garden
Staedtler Luna

Secret Garden
Staedtler Luna Watercolour.

Aku sebenarnya tak pandai mewarna. Tapi aku gigihlah belajar balik apa yang dah lama aku tinggalkan. Aku banyak tengok video kat instagram. Kalau nak belajar carilah #JohannaBasford, #colouringbookforadult #secretgarden dan hashtag yang berkenaan. Banyak orang share cara nak mewarna dengan betul. Boleh dapat idea dari situ juga. Youtube pon banyak giler. Kena pandai cari keyword yang betul. Hihi.

Bagi aku mewarna ni sangat lah hilangkan stress. Dalam sehari aku spendkan time untuk mewarna dalam 2jam or 3jam. Sambil dengar audiobook. Benda ni buat aku ketagih nak mewarna. Haha.

Ada buku-buku mewarna untuk orang dewasa yang lain jugak. Tapi aku nak habiskan buku-buku ni dulu, Dah habis baru beli buku lain pulak. So salah satu azam tahun ni ialah. Habiskan mewarna buku Johanna Basford ni. Goodluck to myself. Haha.

Assalammualaikum.

Cuti-Cuti : Cameron Highlands, Pahang. Part 1.

$
0
0
Assalammualaikum,

Sekian lamanya tak update. Nak update tak ada masa. Busy semedang. Sabtu Ahad manjang tak ada kat rumah. Ada je tempat en husband ajak berjalan. Orang bercuti sepatutnya berehat. Tapi aku bercuti manjang je penat. Haha. Tahun ni ada rezeki lebih skit. Moh la berjalan puas-puas. Tahun Baru Cina haritu en husband ajak berjalan Cameron Highlands.

Hari Sabtu pukul 4.30 pagi kitaorang gerak dari rumah. Gigihlah bangun awal konon nak elak jem. Haha. Lepas je tol Guthrie. Jem kat Rawang dalam kul 6 lebih. Gelak dalam tangisan kami. Haha. Nasib baik singgah solat Subuh dulu kat highway Guthrie. Sebab start dari sebelum RNR Rawang dah jem. Dengan jem orang nak masuk RNR. Sepanjang perjalanan kami ke arah utara RNR jem. Memang nampak lah pemandangan orang buang air kecil kat tepi jalan. 


Memandangkan jem. Kami pilih alternatif lalu jalan dalam/jalan lama. Jimat sikit masa kat situ. Tapi memang jem la highway. Kalau ikut plan kitaorang nak lalu Simpang Pulai. Sebab ikut pengalaman kitaorang yang dah pergi banyak kali. Simpang Pulai jalan dia ok. Tapah jalan dia sempit dengan jalan teruk. Tapi memandangkan jem. Kami tukar plan lalu Tapah. Lalu Tapah masa nak naik kereta tak banyak. Masa naik tak seram macam masa turun. So takda la rasa seram ke apa mungkin sebab kereta tak banyak. Tapi jalan agak teruk sedikit masa awal-awal nak naik.

Masa on the way. Sempat la kami singgah. Air Terjun Lata Iskandar. Sebelum-sebelum ni lalu tak pernah nak berhenti. So memandangkan kali ni percutian rileks-rileks je. Kitaorang cuba untuk pergi ke tempat yang kitaorang tak pernah pergi lagi. Tempat yang kitaorang pernah pergi. Kitaorang abaikan. Haha. 


Masa sampai orang tak ramai ada lah satu kumpulan remaja sedang ambik gambar. Kitaorang berhenti sekejap ambik gambar dan beli keropok lekor dan teruskan perjalanan. Perjalanan kitaorang pun rileks. Menikmati permandangan.


Perangai En Husband ni dia suka menikmati pemandangan. Sejak kahwin dengan dia kalau kitaorang balik kampung jarang lalu highway. Kitaorang lalu kampung or lalu jalan dalam. Sambil-sambil tengok pemandangan dan rumah orang. So aku pun dah terikut perangai dia. Haha. 


Aku dengan en husband beli kasut camni je. Senang nak berjalan. Masa aku ambik gambar ada sorang budak perempuan ni pakai kasut bertumit. terjelepok jatuh sebab licin. Masa aku pergi Cameron cuaca tak menentu. Sekejap ok sekejap hujan. Hujan tak lebat. Renyai-renyai. Berkabus jelah manjang. Lepas bergambar kami teruskan perjalanan. Sampai je Bharat Tea kami berhenti singgah minum teh. 


Order Hazelnut teh dengan kek. Sesaja lepak makan sambil menikmati pemandangan. Teh dia kurang sikit bagi aku lah. Mungkin aku salah pilih teh. Maybe teh dengan hazelnut xleh geng. Coffee hazelnut ok. Masa sampai sini pun ramai orang tapi still banyak jugak kerusi meja kosong. Aku bernasib baik dapat meja betul-betul depan view ladang teh.


Dekat Bharat Tea ni lah viral kat FB pasal ada air terjun buatan. Memang ada tapi nak ambik gambar kena berjalan jauh. Sebab dia bawah cafe tu je. Aku malas nak turun. Sebab hujan dan kena berjalan kaki. Boleh je lalu shortcut tempoh ladang teh. Tapi licin dan mencuram. So tak ada makna nak redah. Kang tergolek kang kat situ sapa nak angkat? Laki aku kalau aku jatuh dia gelak dulu, baru dia tolong angkat. Haha.

Sampai Tanah Rata kami Check In hotel. Hotel kitaorang dah booking awal-awal. Sebab tahu masa cuti memang akan full. Memandangkan hari tu hari sabtu. Cuti baru bermula. So jalan tak jem. Dan orang tak ramai sangat. Pengalaman-pengalaman sebelum ni memang jem Cameron bila time cuti. Terkejut gak apasal tak ramai. Ha, ko tunggu esok. Memang jem. Haha. 

Lepak check in rehat-rehat kitaorang cari makan. Try makan kat bangunan sebelah terminal bas tu. Mahal dan tak sedap. Memandangkan kat situ je kitaorang jumpa makanan berlauk. Aku pun tak ambik gambar. Sebab sibuk bincang dengan en husband mana nak pergi. Tips pergi Cameron. Beli Maps. Kedai-kedai biasa ada jual. So balik makan kitaorang survey tarvel agency yang boleh bawak kitaorang pergi mossy forest, jungle walk anda beberapa tempat lagi la. Banyak travel agency tawarkan pakej. Kalau pandai cari dapat yang murah. 

Sekali lepas jalan-jalan kat pekan Tanah Rata tu. Tengok hotel kitaorang memang ada pakej tu. Try tanya, sekali mossy forest tu ditutup dan hujan. So tak dapat la pergi. So bincang dengan en husband next time pergi kita try jungle walk, mossy forest dengan air terjun. Fokusnya dekat alam semula jadi lah. Kali ni kita pergi kat tempat yang kita tak pernah pergi lagi.

Petang tu kami pergi lah MARDI. Mardi ni sebenarnya aku dah pergi. Tapi En husband tak pernah pergi. 




Bayaran masuk Mardi RM3 untuk dewasa.Kanak kanak aku tak pasti. Aku bila masuk MARDI aku cari tempat jual bunga. Aku cari Orkid untuk mak aku dengan mertua. Whatapss mak aku katanya dia dah ada. So kami berjalan-jalan jelah. Cuaca lak hujan lebat. So tak best nak berjalan. Lepas tu kami ke Healthy Strawberry Farm. Lepas tu ke Pasar Malam Brincang.

Beli makan dan survey baju untuk adik aku. lepas tu terus balik hotel. Malam tu kami tak kemana. Lepak hotel. Aku kena migrain lak malam tu. Memang tak kemana. Husband aku je keluar kejap2. 

Nanti-nanti lah aku sambung. Aku nak packing baju. Malam ni nak balik kampung satu apa aku tak kemas lagi. Haha. K, bye.


P/s : Kalau aku rajin aku tulis la aku pergi Kelantan dengan Tanjong Malim, Perak.  

Big Bad Wolf Books : Mines 2

$
0
0

 Assalammualaikum..

Isnin lepas aku dan en husband pergi Big Bad Wolf di Mines 2. Kami pergi hari Isnin sebab en husband cuti. Kami baru balik dari Penang ahad tu. Kebiasaan selepas bercuti kami akan ambik cuti sehari untuk berehat di di rumah. Sebenarnya aku berkira-kira jugak nak pergi sebab baca review kat FB macam tak ok je. Tapi lepas berkira-kira fikir hari tu hari bekerja. Kami decide jer pergi. Ini kali ke 2 kami pergi Big Bad Wolf. First time masa kat Melaka.

Big Bad Wolf kali ni konsep dia beli buku guna kotak. Di mana, buku-buku kena muat dalam kotak yang kita beli. Tak kira la berapa banyak buku. Tapi make sure kena muat dalam kotak dan boleh ditutup. Dia ada jual kotak kecil dan besar. Yang kecil tu tak silap RM79.90. Yang besar RM99.90.

Memandangkan aku pergi hari Isnin. Orang tak ramai, parking pon senang dan tak beratur pun masa beli kotak. So kalau tak nak serabut-serabut takut tak ada parking or malas beratur. Pergilah hari bekerja dan masa Office Hour. Aku pergi pun time orang dah balik kerja. Tak ramai. Pilih buku pun boleh pilih dengan tenang.

Satu kesilapan besar aku kali ni ialah... Pergi beli kotak dulu. Sepatutnya pergi survey dulu buku mana yang nak. And then baru decide beli kotak yang muat dengan buku buku kita pilih tadi. Aku pun dengan confident pi beli kotak dulu. Kotak besar lak tu. Haha.



Ni lah kotak yang aku pi beli. Besar. Haha
Sejujurnya, BigBadWolf kali ni buku-buku dia menghampakan. Sebab banyak buku yang aku nak tak ada. George R.R Martin pun tak ada. Kecewa. Tak tahu lah kalau dah habis. Sebab aku pergi hari ke 4 kan. So memandangkan tak ada buku yang aku nak, terpaksa la aku pilih buku yang aku rasa aku akan baca. Buku agak berterabur sedikit. Ada buku yang diletakkan dalam genre yang bukan sepatutnya. Aku kena pergi satu ke satu meja mencari buku. Nasib lah. Kalau jumpa buku penulis terkenal. Ada sesetengah buku terkoyak. Tak banyak tapi ada lah. Buku memasak banyak giler. Buku BM satu meja je. Buku kanak-kanak En husband cakap banyak yang dah teruk. Aku ambil masa 3jam lebih untuk mencari buku yang aku nak. Huhu.

Buku yang aku beli.


Total buku dalam kotak yang aku beli adalah 27 buah buku. Kebanyakkan buku tebal-tebal. Terutama buku The Greatest Adventures Sherlock Holmes tu. Tebal gila. Adakah berbaloi beli guna kotak? Sangat berbaloi bagi aku. Sebab satu buku dalam RM3.70. Sangat murah. Sebab sebelum ni aku beli Big Bad Wolf di Melaka satu buku RM10, RM8. So bayangkan murah tak murah. Kalau pergi kedai biasa mau RM30+ kan, Even buku lama. 

Satu yang aku sangat puas hati. Staf bigbadwolf yang sangat bagus. Peramah. Lagi satu dorang siap hantarkan kotak buku kat pintu utama. And siap masukkan dalam kereta. So kalau nak pergi sorang-sorang pun tak apa. Sebab ada orang tolong angkatkan kotak. Terima kasih kat Staf yang tolong angkatkan kotak hari tu. :)

Banyak benda penganjur bigbadwolf boleh perbaiki. Mungkin tempat dapat ditukar ke tempat yang lebih luas dan tempat yang banyak parking. Kebanyakan yang comment kat FB tak berpuas hati bab ni. Konsep guna kotak bagus. Cuma macam serabut nak pilih buku sambil bawak kotak. Maybe gunakan bakul macam di BigBadWolf Melaka. Ada bakul untuk di isi buku. kemudian baru isi kat dalam kotak. 

Untuk sesiapa yang mahu pergi. Event sehingga 5 Jun 2016 ni. Dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Mines 2. 


Ini buku yang aku beli di Big Bad Wolf Melaka dulu. 

P/s: Entry Cameron tak sempat nak update lagi dah ditambah beberapa tempat percutian lg. Harap-harap rajin la eden nak menaip lepas ni. 

Review : Drama series : Stranger Things

$
0
0
Assalammualaikum...


Stranger things merupakan salah satu list drama series yang aku nak tengok. Sebab aku baca review drama ni memang tengah hot dan best. Tapi aku duk tangguh-tangguh tengok sebab aku penakut. Haha. So semalam aku tengok lah dengan En Husband sebab semua drama series yang best-best dah habis. So kena tunggu season baru. So semalam la kami start tengok. Dan semalam jugak lah habis tengok. Best tak best. Haha.









Stranger Things ni kisah dia bermula apabila seorang budak yang bernama Will hilang semasa perjalanan pulang ke rumah selepas dia lepak rumah kawan dia. Apabila dia start hilang mak, abang , polis dan kekawan dia duk cari dia. Mana pergi. Sebab Will ni budak baik. Kawan-kawan pun dengan budak baik. Kawan baik Will ni terdiri daripada tiga orang, Mike, Lucas dengan Dustin. Ketiga-tiga kawan baik Will ni pun pergilah cari Will ni. Sampai lah kat hutan ni dorang cari dan dorang terjumpa seorang budak perempuan yang berambut pendek macam jantan iaitu Eleven. 



Eleven atau El merupakan pelarian dari eksperimen di markas yang berdekatan dengan pekan yang Will ni duduk. Semasa bebudak ni jumpa El, El minta jangan beritahu sesiapa pasal dia. Sebab sebelum ni ada seorang tukang masak selamatkan dia kena bunuh bila call pihak berkuasa. El ni ada superpower dan mempunyai kait rapat dengan hantu/mahluk yang sembunyikan Will ni. El ni juga tahu kat mana Will ni dan boleh berhubung dengan Will ni. Mangsa makhluk ni bukan Will je. Ramai lagi. Cuma Will ni je yang terselamat.



Mak Will aka mak kepada budak yang hilang ni tak percaya anak dia lari rumah atau mati. Sebab dia tahu Will ni budak baik. Sebab dia dapat panggilan daripada Will. Setiap kali Will ni cuba bercakap dengan mak dia mesti telefon tu meletup. Ada waktu-waktu tertentu lampu kat rumah dia berkelip-kelip dan radio berbunyi. Radio tu berbunyi lagu kegemaran Will. Kira macam Will tu nak berhubung dengan mak dia. So mak dia beli lampu lip lap banyak-banyak untuk berhubung dengan anak dia Will tu. Will ni selamat cuma dia terperangkap dalam alam lain yang dia tak boleh keluar dan dia sedang melarikan diri daripada mahkluk yang bawak dia masuk ke alam tu. 

Nak tahu cerita selanjutnya, adakah Will selamat? Siapa Eleven? kena la tengok. Haha. Tak best semua cerita kan. Nanti tak ada kejutan kalau aku cerita semua. Itupun ada watak-watak yang aku tak cerita. Kang jadi panjang lak.

Cerita ni tak meleret-leret. Straight to the point. Pelakon da boom. Lagi-lagi watak Eleven. Pelakon watak Eleven sanggup shave dia punya rambut sebab nak menghayati watak Eleven. Nak kata seram, tak adalah seram. Aku yang penakut ni boleh je layan. Haha. Stranger Things ni salah satu drama series kegemaran aku selepas Game of Thrones, Orange is The New Black dan lain-lain. Tak sabar nak tunggu season 2 lak.

Drama Series : Stranger Things.
Rating : 9/10
Background : 80an
Genre : Science Fiction, Horror Fiction, Mystery.
Episode : 1-8

Cuti-Cuti : Cameron Highlands, Pahang. Part 2

$
0
0
Assalammualaikum,

Cameron Highlands, Pahang. Part 1

Ok sambung cerita tertangguh. Sebab lagi lama tertangguh lagi la aku lupa. Aku ada beberapa cerita tertunggak yang nak kena cerita. Sebab esok-esok lupa boleh baca balik kan.  Ada beberapa gambar tertinggal iaitu bunga-bunga di MARDI. Mardi banyak port ambik gambar. Mardi ada macam-macam jenis tumbuhan yang ditanam termasuklah bunga-bungaan, buah buahan dan sayur sayuran. MARDI kat situ semua ada. Bayaran masuk pun murah. Parking pun senang. Bunga ros pun banyak untuk peminat bunga ros macam aku. Haha. So gambar bunga jelah banyak. Bertabahlah.

Bunga ni aku banyak tengok ditanam kat Cameron.
Tak tahu la nama pokok bunga ni apa.
Bunga ros oren Aku suka bau bunga ros segar.
Ros
Ros
Ros lagi
Hari kedua, orang dah start ramai. Hari sabtu tu jalan tak jem lah. Bila Ahad jalan dah start jem. Cameron time public holiday memang jem. Tak dinafikan. Tapi nak buat macamana. Hari lain kerja kan. So pergi jelah. Aku ngan en husband bangun awal sebab depan hotel kami tu ada pembangunan. Memang bising lah. Kitaorang breakfast di Tanah Rata. Jalan kaki je dari hotel kitaorang. Malas nak naik kereta sebab dah start jem. 

Lepas breakfast, kami ke Healthy Strawberry Farm sebab planning utama kitaorang nak pergi Boh Teh Sg Palas. Sebab dah alang-alang kitaorang singgah tempat yang kitaorang tak pernah pergi. Healthy Strawberry Farm ni dekat dengan rumah persekutuan. Singgah sekejap makan aiskrim dan waffle strawberry. Pastu beli la starwberry untuk mertua ngan family aku. 

Lepas tu kami terus ke Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley di Brincang. Sepanjang perjalanan ke sana memang jem nak ke Pekan Brincang tu. Kalau ko turun kereta jalan kaki lama dah sampai. Memang lama la duduk dalam kereta. Sebab kahwin dengan orang penyabar. En husband rileks je. So tak ada la stress. Haha. Siapa pernah pergi Big Red Strawberry Farm tu mesti tahu kemain tingginya tempat tu. Dengan kereta banyak. Banyak kereta naik tayar bau asap. Parking pun jauh. Berbukit-bukit. Mencungap jugak dari tempat parking ke Big Red Strawberry Farm tu. Kena mendaki. 

Sebenarnya tempat dia sangatlah besar. Bertangga-tangga. dia bukan jual strawberry je, ada ladang salad ngan sayur. Cantik je tengok. Aku dah jenis pengemar salad. Telan airliur jelah tengok. Haha. Kat situ pun ada jual sayur dengan salad. Kalau ada peluang beli je. Harga pon ok bagi aku. Masa tu aku tak beli. Aku bajet nak beli time nak balik. Kalau beli awal-awal takut tak tahan. Menyesal tak beli ok. Sebab murah.


Lawa sangat cara dorang susun macam tu.

Salad. 
Lepas tempuh ladang sayur-sayuran ni ko jumpa la kedai-kedai orang jual pokok bunga, kaktus dan memacam lagi la.

hydrangea. Salah satu bunga favourite lepas ros.

Kedai yang jual pokok bunga.
Nasib baik orkid ni bukan untuk dijual. Hiasan kat situ.


Salah satu bunga yang banyak ditanam kat Cameron


Di Cactus Valley nak masuk kena bayar RM5 tak silap. Kat situ bukan kaktus je. Ada jugak bunga-bunga lain. Besarlah jugak tempat dia.

Bunga ni dimana-mana saja.
Cactus di Cactus Valley


Bunga-bunga di Cactus Valley.

Di Pekan Brincang masa tu tengah rancak pembangunan, banyak lah pemandangan bangunan tengah dibina di sana. Sekarang ni aku tak tahu la dah siap ke belum.

Selepas tu kami ke  Teh Boh Sungai Palas. Teh Boh ada dua. Satu Sg Palas satu lagi di Ringlet. Yang dekat Ringlet tu kami dah pergi sebelum-sebelum ni. So mari lah ke Teh Boh Sungai Palas. Jalan ke ladang teh agak ok. Tak sempit sangat macam kat Ringlet.

Sampai je jalan ditutup. Tak boleh parking sampai atas sebab penuh. Kena parking bawah. Jauh gila berjalan. Dah lah hujan masa tu. Nasib baik hujan tak lebat. Redah jelah dengan En Husband. Haha.
Sampai-sampai je terus ke kilang. Dah tour kilang. Kami beli la teh untuk family kami. Sampai kat Cafe orang penuh gila. Tempat duduk memang tak ada. Kena tunggu lah orang habis makan.

Satu aku perasan orang Malaysia ni, kalau habis makan mesti nak lepak lama-lama kat meja makan walaupun ramai tengah berdiri nak tunggu meja. Aku dapat meja pun dari pasangan mat saleh. Dia nampak je aku berdiri terus dia offer seat. Kalau orang Malaysia. Kalau boleh sampai esok mau lepak situ. Adoi.

Sejujurnya aku lebih suka Teh Boh di Ringlet. Sebab view dia cantik. Dari tempat parking boleh ambik gambar. Kalau Sungai Palas, kau kena turun mencuram sikit baru boleh ambik gambar. Masa aku pergi jalan ke ladang teh ditutup. Tak tahu kenapa. Building Sungai Palas ni lawa la. Memang cantik. View dia ok la. Tapi aku lagi suka Ringlet. Ko leh daki bukit lagi. Tapi pendapat memasing la. Tapi yang penting Teh Boh bawak balik. Haha.





Dari tempat parking nak ke Cafe. Jauh tak. Haha.
Kami balik dari ladang teh dah petang, singgah sekejap kedai orkid. Macam biasa la. Cari orkid untuk mak dan mak mertua aku. Kedai dekat area-area nak masuk ladang teh. Tak ingat nama. Tapi kan. Orkid dia mahal giler. Lepas tu ada certain orkid tak berjaga. Tak beli pon. Kami terus ke Pasar Brincang, beli makan malam. Balik hotel. Malam tu je En Husband keluar belikan Starbuck sebab bini dia kesejukan. Haha.

Orkid

Orkid ni mak ngan mertua aku dah ada
Hari ketiga kami check out tengahari. Sepanjang kami di Cameron, hari last kami disitu baru lah nampak matahari. Hari pertama dengan kedua hujan sahaja. Lepas makan tengahari kami bergerak lah ke Kea Farm. Cari sayur. Kat sini parking hazab. Susah parking. Tandas cas 50 sen. Kebersihan -0. Kotor giler. Tak berbaloi bayar 50 sen. Trauma aku tengok tandas.

Masa tu Tahun Baru Cina. Tempat aku beli sayur ni auntie peramah. Aku tegur lah. Auntie tak raya kah? Dia kata dah pagi td. Tengahari berniagalah. Gigih tak gigih auntie ni. Lepas ke Kea Farm, kami ke Rose Centre. Bayaran RM5. Rose Centre banyak jugak ros. Banyak jugak bunga lain-lain. Besar. Boleh naik sampai atas tengok pemandangan. Bertangga tangga. Aku tak letak bunga ros sebab sama je macam kat tempat lain. Takut bosan lak tengok ros je kan.

Yeay. Baru nampak gunung. Kalau tak kabus sahaja.
Bunga di Rose Centre

Rose Centre



Ni kat puncak Rose Centre. Sejuk dan berkabus





Selepas ke Rose Centre kami terus gerak pulang ke rumah. Nak singgah Lavender Farm, kereta banyak, jem dan ramai orang. Maybe next time. Ada rezeki kami naik la ke sana lagi. Ni beberapa tips ketika di Cameron Highlands bagi pandangan peribadi aku lah.

Tips 1.
Sebelum pergi ke Cameron Highlands service kereta anda. Masa kami balik melalui Simpang Pulai, banyak giler kereta overheat. Sebab jem.

Tips 2.
Jika anda jenis tak suka jem, tak suka crowded better pergi hari biasa. Tak ramai orang. Tak stress. Harga hotel murah sedikit berbanding peak seasons.

Tips 3.
Makan agak mahal disini. So kena pandai cari kedai makan yang ok dan murah. Hari pertama kami makan kedai di area Tanah Rata. Dekat dengan bus station. Kedai Melayu. Makcik tu layan orang macam rimau. Kalau orang dari kedai lain nak basuh tangan dekat tempat basuh tangan area kedai dia. Dia tak bagi. Siap tampal notis lagi. Harga mahal giler.

Tips 4.
Untuk peminat orkid yang nak cari orkid liar. Beli gerai orang Asli yang banyak ditepi jalan. Harga murah sangat RM5 untuk satu pokok. Tapi nasib jugak. Ada yang RM10. Tak payah runding sangat harga. Sebab itulah sumber pendapatan dorang. Laluan Tapah ke Cameron banyak orang asli jual orkid liar. Cameron ke Simpang Pulai. Ada. Tapi tak sebanyak laluan ke Tapah. 

Tips 5.
Sejak menjak ni banyak kes tayar dibocorkan. So parking la kereta tempat yang elok-elok. Parking dengan berhemah jangan pentingkan diri sendiri. Sebab anda parking macam haram, boleh jadi jem cameron tu. Haha.

Tips 6.
Beli Maps. Kenapa. Sebab banyak tempat-tempat yang aku tak tahu sebelum ni aku tahu. Banyak ok tempat best-best sebenarnya. Cari travel agent yang bawak jungle trekking, mossy forest. Yang banyak pergi tempat-tempat macam ni mat saleh ok. Next time kami nak try jungle trekking pulak.

Tu jelah aku boleh bagi. Harap dapat beri manfaat. Ok dah. Assalammualaikum.


Cuti-Cuti : Kota Bharu, Kelantan.

$
0
0
Assalammualaikum,

Sebenarnya bukan cuti-cuti sangat. Sebab singkat sangat masa kami di Kelantan. 2 hari 1 malam. Itupun kami tak berjalan sangat. Hanya berjalan sekitar Kota Bharu je. 

Tujuan utama kami ke Kelantan sebab nak hantar barang melalui bas. Sebab kawan En Husband tempah barang dekat husband. So husband nak tengok barang tu ok ke tak hantar melalui bas. Sebenarnya, boleh je bas hantar sampai ke Kota Bharu. Tapi husband kata dah lama dia tak pergi ke Kelantan. Aku lagi la. Tak pernah jejak. So dia kata jom, aku pun jom jelah. Haha.

Hari Jumaat malam kami pergi naik bas dari Seremban. Tu la kali pertama kami naik bas bersama-sama. Sebelum ni pun kemana-mana naik kereta. Aku tak nak beritahu bas apa kitaorang naik. Sebab tak best. Bas lambat. Kat tiket kata 10.30pm gerak. Pukul 11pm tak gerak lagi. 

Pukul 11 lebih baru gerak. Bas ni tak best sebab seat sempit sangat. Kalau orang depan baringkan seat sikit tersepit kaki. Bas yang kitaorang naik ni banyak giler tempat dia berhenti ambik orang dengan turunkan orang. Siapa kenal aku, memang tahu aku jenis tak tidur punya orang kalau naik apa-apa kenderaan. So sepanjang perjalanan memang aku tak tidur la walaupun time tidur. Lagi-lagi selang dua baris kehadapan orang tidur berdengkur kuat gila. 

En Husband dah selamat tidur, aku dah terkelip-kelip pandang tingkap. Pemandu bas bawak bas terhuyung hayang dengan lajunya. Aku dah start migrain. Taubat dah tak mahu naik bas ni cakap dengan en husband. Haha. Akhirnya, dalam pukul 6 lebih kami sampai Kota Bharu.


Sampai je en husband call member dia ambik barang. Tapi aku dah tak tahan migrain. Memandangkan kami pergi last minit. Hotel pun tak booking ke apa. En husband duk cari hotel sekitar perhentian bas kat Kota Bharu tu sebab aku cakap check in hotel dulu sementara tunggu member dia datang. Akhirnya dapat hotel yang ok. Masuk hotel rehat dan tidur.  

Station bas di Kota Bharu
Pukul 10 pagi kami dah bersiap-siap dan pergi breakfast. Orang kat sini breakfast berat-berat. Terkejut aku ada nasi putih berlauk bagai. Haha. En husband dia duk Kelantan sebulan masa buat filem time belajar dulu. So dia dah biasa. Aku makan jelah apa yang ada. Janji makan. 

Lepas breakfast kami pergi ke Pasar Siti Khadijah. Sebab dekat je dengan hotel kitaorang duduk. So jalan kaki jelah kami. Kami sampai sana just jalan jalan sambil cari serunding daging untuk mertua dengan family aku. Sempat lah beli kain utuk baju, keropok ikan dengan sampin en husband. 


Pasar Siti Khadijah ni, ada beberapa tingkat. Tingkat bawah, jualan barang basah, sayuran dan buah buahan. Tingkat dua tempat orang jual keropok, serunding dan bermacam lagi lah. Tingkat tiga orang jual kain, telekung, baju dan macam-macam lagi. Sampai tingkat tiga mata jadi rambang sebab kain lawa-lawa. Tapi fikir balik kami naik bas. tak boleh beli barang banyak-banyak. Haha. 

Lepas tu kami makan tengahari dekat gerai-gerai sebelah pasar. Kami cari fridge magnet. Tak ada pulak berkenan di hati. Lepas tu kami balik hotel. Sebenarnya, husband ada member baik time belajar dulu. Aku pun kenal. Sebab time praktikal kawan baik husband pun ada. Tapi kami tak beritahu kami kat Kelantan. Sebab kami tak mahu ganggu dia. Last-last husband call. Kawan baik dia kan. Dah datang tak beritahu.

Bila beritahu, dia kata pagi tadi dia kat Kota Bharu, kalau dia nampak kami berjalan-jalan tapi tak bagitahu dia. Dia cakap memang aku langgar korang. Haha. Marah tak beritahu. Lama jugak kami tak jumpa dia. Bertahun juga lah. Jumpa la sekejap tengahari tu di kedai member en husband. 

Pasar Siti Khadijah

Petang tu kami berjalan-jalan di sekitar Pekan Kota Bharu. Kami berjalan kaki ke satu tempat ke satu tempat. Memandangkan dah petang sangat. Banyak tempat dah ditutup. So kami just ambik gambar dan lepak-lepak menikmati pemandangan.


Pagar Istana Balai Besar.

Kami tengok pagar jelah. Haha

Pemandangan dari atas Menara Jam Tambatan Di Raja

Tangga paling atas dalam Menara Jam.
Aku tak naik sampai atas pun. En Husband je. Aku tak jadi naik sebab masa nak naik ada budak duk melompat-lompat kat tangga merah. Hoi ko kenapa dik. Bergegar la tangga ni. Aku tunggu separuh jalan jelah. Haha.


Sungai Kelantan

Lepak minum ice coffee sambil menikmati pemandangan sungai Kelantan
Lepas tu kami balik hotel bersiap-siap ke Wakaf Che Yeh selepas maghrib. Kali ni kawan en husband yang bawakkan. Kami tak beli apa-apa pun sebab barang dah banyak beli kat Siti Khadijah. En husband jelah beli mangga muda untuk makan-makan. Member kami bawak kedai makan sup tulang. Lepak cerita-cerita. Lepas tu balik ke hotel.

Pagi ahad kami check out terus ke Terminal Bas Kota Bharu berdekatan dengan Tesco. Masa kami sampai kami terus beli tiket balik ke TBS. Kat area station bas lama tu ada kaunter tiket Sani Express. Tu pun after kawan husband suggest bas tu ok. Taubat tak nak naik bas masa pergi. Haha. 

Sani Express seat luas dan sangat selesa. Bas pun dua tingkat. So selesa la. Orang pun tak ramai. Ok la. Berbaloi dengan harga dan perjalanan jauh. Pemandu bas pon bawak ok.

Sepanjang aku di Kelantan banyak benda aku experience.

1. Kat sini makanan manis-manis. Breakfast la paling aku terkejut. Ada nasi ngan lauk pauk.

2. Semua benda kat sini sangat murah. Makan murah dan barang murah.

3. Kat Kelantan tak ada wayang. Terkejut aku bila member en husband beritahu.

4. Sepanjang kami di Kota Bharu, kami banyak berjalan kaki dan kekadang naik teksi bila ke tempat jauh. Kebanyakan teksi kami naik tak mahu guna meter.

5. Kat Kelantan ada orang jual mangga muda dah dibuang kulit. Mangga tu dia jual dengan gula la. En husband la selalu beli. Aku punya perangai kurang sikit makan masam-masam. Aku jangka mangga tu masam la. Tapi tak ok. Manis. Rangup. Kitaorang tak cicah pon gula yang dibagi. Just makan macam tu je. Mangga ni senang dapat kat situ. Kat Selangor or kat mana-mana memang aku tak pernah jumpa lagi. Sampai sekarang aku teringat-teringat mangga tu. Laki aku pula beli untuk makan dalam bas je. Aku pulak pegi rasa time dalam bas masa nak balik. Kalau aku tahu sedap. Aku borong bawak balik. Haha.

Tu jelah aku ingat. Lagipun aku pergi Kelantan ni dalam bulan 3. Tak ingat. Tapi yang aku ingat selepas 2 minggu pergi Cameron. Next time ada rezeki kami ke Kelantan lagi. Sebab tak puas berjalan. Sebab banyak tempat tak pergi lagi. Lagipun masa singkat sangat. Lagipun last minit punya plan. Hari Jumaat nak pergi. Hari Khamis baru decide pergi. Haha.

Assalammualaikum.

Hidung sensitif

$
0
0
Assalammualaikum..

Perasan tak blog ni dah lain? Yes, blogger dah ada theme baru. So memandangkan dah bosan dengan theme lama. Aku cuba lah tukar mood dengan menukar theme yang lari dari kebiasaan. Aku malas nak edit buat masa ni. So aku pakai apa yang ada. Bila terlebih rajin baru la aku edit. Masa ni aku terlebih malas. Haha. 


        


So back to title. Siapa ada masalah macam aku ni? Hidung sensitif. Hidung sensitif terhadap bau. Benda yang semua orang tak boleh bau, kau boleh bau. Kekadang boleh tahu bau apa. Sejak menjak ni, hidung aku jadi makin sensitif. Pening ok. Sebab bau ni effect dia sampai aku boleh pening.

Mak aku pon jenis hidung sensitif. Tapi aku tak sangka turun ke aku. Sebab kalau mak aku bau something. Aku tak bau. Mak aku boleh tahu ko tak buang sampah lagi walaupun mak aku dalam bilik tidur. Selalu aku main-mainkan mak aku bab bau sensitif ni. Now this is my turn, rasa apa mak aku rasa. Hahaha.

Tapi sejak menjak ni hidung aku jadi sangat sensitif, Contoh kat rumah aku ni. Rumah aku tak ada lah besar. Biasa je. Tapi kalau pagi aku bukak pintu bilik mesti aku pening sebab bau tong sampah. And tong sampah tu, tong sampah jenis bertutup. Husband aku tak bau apa. Tapi aku bau. Sampai aku pening ok. Kalau aku tidur. Aku boleh bangun tidur sebab bau saja. Azabnye.

Pernah sekali aku tak ada kat rumah seminggu. Husband aku jaga rumah lah. Balik je rumah. Sampai pintu masuk. Aku dah detect bau masam. Macam biasa husband aku tak bau apa. Aku bau masam macam bau buah. Tanya husband ada beli buah ke? Dia jawab. Macamana tahu? Dia tak beli tapi kawan dia kasi buah mangga. Baru dia teringat buah mangga dia peram dah terlebih masak.

Kalau kat rumah ok la kan. Tapi masalahnye, kalau dekat luar aku boleh bau segala macam. Pening ok. Lagi-lagi rumah orang. Menangis tahu. Hidung aku terlampau sensitif sampai aku pening tahap migrain ok. Kekadang aku boleh tahan. Kekadang tak. Aku selalu juga tanya adik beradik aku, dorang bau tak. Jawapan yang selalu aku terima tak bau. 

Husband aku panggil aku hidung anjing. Haha. Sebab aku selalu dapat detect bau dan bau tu bau apa. Orang selalu assume aku mengada-ada sebab bau busuk kan. Tapi benda ni, orang tak bau sangat, Tapi kat hidung aku bau 5 kali kuat baunya. Kalau bau wangi tak apa lah kan. Kalau bau tak menyenangkan, effectnya buat aku pening. 

So aku rasa bukan aku sorang je ada masalah ni. Sebab mak aku pon macam aku. Boleh control lagi masalah hidung sensitif ni. Cuma pening tu kadang-kadang je. Hope hidung aku tak makin sensitif. Tapi bersyukur lah kan sebab boleh bau kan. Salah satu nikmat la tu kan?



Gambar : Memories

$
0
0
Assalammualaikum....

Hari ni layan jelah gambar ok. Gambar banyak gambar pemandangan. Sebab aku tak suka selfie. Dan aku dah jarang ambik gambar orang. Sebab aku kalau ambik gambar orang aku selalu tak puas hati. Dan aku juga takut orang tak puas hati. Sebab aku rasa tak perfect gambar yang diambil. So kalau boleh aku elakkan ambik gambar orang. Melainkan gambar candid. Itu ok. 

Gambar di ambil adalah di sekitar Malaysia. Banyak sebenarnya gambar. Tapi gambar-gambar ni telah diedit dan diupload kat FB dan Instagram. So memandangkan dah ada aku upload jelah. Next time gambar lain pulak. Gambar di ambil menggunakan handphone jenama Samsung. Dslr aku dah arwah. Sebab masuk air masa pergi pulau. Haha. Kualiti gambar tak sharp macam dslr lah. Tapi oklah kan. 

Aku cakap awal-awal. Aku bukan pro. Aku ambik gambar sebagai hobi. Aku belajar sendiri melalui internet dan godek-godek sendiri. Masih belajar. Masih bertatih la orang cakap. Aku up dekat blog sebagai kenangan untuk hari tua. Mana tahu aku jadi pelupa kan satu hari nanti, boleh tengok tengok balik hihi. Enjoy.

Bagan Lalang, Sepang. Selangor.

Avani Sepang Goldcost Resort, Bagan Lalang, Sepang. Selangor.

Cameron Highlands, Pahang.

Kami dari UPSI bagi laluan untuk Le Tour de Langkawi, Tanjong Malim, Perak.

Langkawi Sky Bridge, Langkawi. Kedah.

Pantai Chenang, Langkawi. Kedah.

Beras Basah, Langkawi. Kedah.

Tanjung Rhu Jetty, Langkawi. Kedah.

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. Kedah.

Sunset belakang hotel kami. Langkawi, Kedah.

Rose Jepun. Rumah mak. Melaka.

Pantai Batu  Ferringhi, Pulau Pinang. 

Misi mencari Street art. Penang.

Batu  Ferringhi, Pulau Pinang

Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang.

Kampung en husband.

Dataran Putra, Putrajaya.

Pantai Puteri, Melaka.

Pantai di Lereh, Melaka.

Jeti Kampung Hailam, Tanjung Kling, Melaka.

Jetty Kampung Hailam, Tanjung Kling, Melaka.

Pantai Puteri, Melaka.

Paya Luboh/ Tangga Batu, Melaka.

Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka.

Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka.

Sungai Melaka, Melaka.

Bangunan Merah, Melaka.

9 Perkara anda kena tahu pasal orang Melaka.

$
0
0
Assalammualaikum..




Melaka. Seperti yang diketahui Melaka adalah salah satu tempat pelancongan yang terdapat negara kita. Setiap kali time cuti je. Melaka menjadi salah satu pilihan tempat bercuti. Sampai jem la Melaka tu dibuatnya. Korang tahu tempat makan sedap-sedap, tempat best-best. Tapi korang tahu tak orang Melaka macamana orangnye. Tak kan. Meh, aku cerita.

1. Bahasa
Seperti mana yang diketahui, orang Melaka bahasa kasar. Kasar macam mana? Kasar yang kau dengar boleh buat bergaduh lah. Kalau first time kau dengar. Mesti dalam hati duk cakap kurang ajau nye bahasa. Tapi.. tak semua eh orang Melaka cakap bahasa kasar-kasar. Certain tempat je. Yang duduk area pantai. Memang bahasa dia kasar-kasar. Tapi kami cakap kasar-kasar dengan orang rapat je. Dengan orang luar atau tak rapat. Tak ada maknanye kami nak cakap kasar. Tak adanye baru jumpa orang tetiba hawaukan orang. Tak ada. Ada je member aku orang Melaka. Tapi tak pandai cakap kasar. Cakap pun lembut je. Padahal lahir Melaka. 

Nak kenal orang Melaka piau(pure) senang je. Bila perkataan huruf belakangnya R ditukar kepada U. Contoh:

Ular - Ulau
Besar - Besau
Pasar - Pasau

Aku jenis cakap kasar. Dengan member orang melaka dengan adik beradik aku. Tak ada istilah sentap. Sebab dah biasa kan. Sebab aku rasa perkataan tu sesuai dengan orang yg rapat dengan ko je. Kalau bukan orang Melaka tak ada nak cakap kasar-kasar. Susah nak explain. Orang Melaka jelah paham.


2. Nama je duduk Melaka, tempat-tempat best tak pernah nak jejak(pergi).
Setiap kali aku jumpa member or orang Melaka lain aku mesti tanya. Ko dah pergi tak tempat sekian-sekian. Jawapan yang aku selalu dapat. Haram tak jejak lagi. Ada yang tak tahu ada wujudnya tempat-tempat tu. Kebanyakan orang Melaka. Memang belum jejak tempat-tempat menarik kat Melaka tu. Sebab apa. Sebab utama Melaka membangun sangat pesat. Aku kalau balik Melaka mesti ada je pembangunan baru. Ada je tempat baru. Tempat lama-lama orang kata best tak jejak lagi. Apatah lagi tempat-tempat baru kan. Lagi satu orang Melaka tak suka nak hadap jem pergi tempat-tempat macam tu. Dengan orang ramainya lagi. Jadi tu la sebab kami tak pergi lagi tempat-tempat best orang luar duk kata. 


3. Orang Melaka terkenal dengan memerli.
Setiap orang Melaka yang aku kenal mesti pandai perli. Perli tu bukan takat lembut-lembut. Kalau ko tak biasa kena perli. Memang menangis lah first time dengar. Aku tak tahu la tempat lain. Sebab belah laki aku ada je sedara duk perli aku. Tapi aku tak tahu dia memerli. Sebab perlian dia tak sampai. Bila balik rumah baru aku sedar. Orang tu perli aku rupanya. Sebab aku menjawab perlian dia dengan jawapan jujur. Haha. Mana la aku tahu. Sebab orang Melaka ni perlian dia deep sampai ko rasa macam nak bergaduh. Haha. Setakat ko perli biasa-biasa tak ada effect. Perli ni benda biasa dalam kehidupan seharian kami. Orang tak biasa kena perli. Memang rasa kurang ajar.


4. Jusco Baru dan Jusco Lama
Di Melaka ada dua Aeon lah. Satu di Ayer Keroh dan satu lagi di Peringgit. Yang dekat Ayer Keroh tu Jusco lama. Dan yang baru tu di Peringgit/Taman Lagenda. Sebelum Melaka ni membangun, tak banyak tempat shopping best-best. Yang ada Mahkota Parade, Jusco Ayer Keroh dan Ocean. Tu jelah popular dulu. Bila Aeon baru buat orang duk cakap Jusco baru.  Jusco tu nama Aeon lama. So melekat la gelaran tu. Lepas ni dah tahu dah orang Melaka duk sebut nak pergi Jusco baru, tahu la kat mana eh. Tapi aku malas pergi Jusco baru. Sebab orang Melaka nak elak pergi Mahkota Parade, dorang akan pergi Jusco baru. Sebab tak jem sangat dan tak hazab sangat parking. Tapi lama-lama jem dan parking makin hazab nak cari jugak.


5. Sentiasa ada jalan shortcut atau jalan pintas.
Memandangkan Melaka dipenuhi traffic lights dan jem. Orang Melaka akan mencari jalan alternatif iaitu jalan shortcut yang lalu kampung atau taman perumahan orang. Kami dah tahu dah jalan-jalan yang akan jem ni. Kami akan cuba elakkan untuk lalu. First time En husband datang sini, aku try bawak jalan shortcut ni. Dia pon pelik. Kenapa lalu rumah orang ni. So kami dah biasa. Jalan jem je. Kami lalu shortcut. Mak aku terer ok jalan shortcut ni. Selok belok jalan kat Melaka ni. Kacang je bagi dia. 


6. Orang Melaka benci Traffic Lights.
Siapa pernah pergi Melaka mesti tahu betapa hazabnya menghadap traffic lights kan? Lagi-lagi lalu lebuh raya AMJ tu kan. Jujur kami cakap. Kami orang Melaka pun menyampah. Siap sumpah seranah bila ada traffic lights baru bina kat jalan-jalan yang kami lalui. Sebab terlampau banyak. Korang datang Melaka bercuti je hadap traffic lights kan? Kami yang duk Melaka sejak azali ni? Hari-hari duk sumpah traffic lights. Haha. Tu sebab kami pandai cari jalan shortcut sebab nak elak traffic lights.


7. Kedai makan viral.
Seperti diketahui, Melaka banyak betul kedai makan yang viral kan. Kami ni orang Melaka tak try pun lagi ha. Aku ni jujur cakap, kuih keria antarabangsa ke, mee besen ke, mee bodo ke, aku tak jejak dan rasa lagi. Haha. Sebab apa. Sebab ramai orang. Aku malas nak beratur pepanjang. End up makanan tu tak sedap. Sebelum viral je sedap. Lepas viral. Langsung tak sedap. Aku pun pelik sanggup beratur reramai duk beli. Sampai jem jalan Klebang tu sebab orang duk parking kete tepi jalan nak pergi beratur rasa. Haha. Orang Melaka tahu kat mana sedap dan tak ramai orang. Tu sebab malas nak join beratur tempat viral tu.


8. Cuti Sekolah dan time holiday kami elakkan ke bandar Melaka.
Time cuti sekolah dan holiday la kami sungguh menyampah nak pergi bandar Melaka tu. Lagi-lagi area Klebang, Mahkota Parade, Bandar Hilir, Jongker Walk, Dataran Pahlawan. Memang kami menyampah lah. Sebab jem melampau. Tu sebab banyak tempat kami tak pergi. Sebab jem. Kalau nak pergi pun. Time waktu orang kerja. Sebab tak ramai orang. Dah lah Melaka tu banyak pembangunan tapi parking sikit. So orang duk parking ikut suka hati. Tapi parking ikut suka hati tak pakai kupon, mendapat la saman. Sebab Melaka laju je bab menyaman kereta ok. Hati-hati la parking. Tapi memang kami elakkan la pegi bandar Melaka time cuti. Sebab menangis kau carik parking.


9. Tiada plastik beg dan polistren
Kalau shopping di Melaka wajib guna recyacle bag. Sebab kedai-kedai tidak provide beg plastik. Kalau ada pun beg plastik yang mudah urai. itu pun hanya certain kedai yang ada. Tapi plastik tu beberapa hari dah berlubang. Haha. Certain pasaraya provide kotak untuk letak barang-barang. Ok la kan. Tapi kami dah biasa bawak recycle bag ke mana-mana. Bila Selangor dah start hari tanpa bag plastik. Aku dan husband dah biasa la. Tak ada nak beli plastik 20sen. Sebab dalam kereta memang kami letak beg. Mula-mula susah. Tapi kena biasakan. Kalau jual makanan pun. Tak boleh guna polistren. Memang pakai bekas plastik yang macam tuppaware tu. Tapi nipis sikit. So, Kalau nak datang Melaka shopping bawak la recycle bag letak dalam handbag siap-siap.


Aku listkan 9 je buat masa ni. 9 perkara ni tak semua orang Melaka macam ni. Ada je suka jalan-jalan kedai makan viral-viral ni, ada je tempat baru wajib pergi. Bagi aku orang tu jenis rajin dan gigih hadap jem pergi ke tempat-tempat macam tu. 

Setiap kali aku balik Melaka sebulan sekali, aku keluar jugak tengok-tengok pembangunan dekat Melaka ni. Terlampau pesat. Banyak bangunan baru, banyak tempat-tempat baru dah juga jalan-jalan baru. Klebang tu dulu laut. Sekarang dah jadi rumah kedai, hotel, dah hospital. Tu ada lagi tengah bina apa ntah lagi. Katanya ada taman tema nanti. Entahlah. Yang pasti Melaka dan traffic lights berpisah tiada. Haha.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort

$
0
0
 Assalammualaikum.

Minggu lepas kami ke Bangi Wonderland sempena family day office husband. Staff dan anak bini ditanggung sepenuhnya oleh company en husband. Siap breakfast dan makan tengahari free lagi. Husband lak jenis aktif join aktiviti macam ini. I sebagai isteri ikut jelahkan. Haha.

Kami sampai Bangi Wonderland pukul 7.15 pagi. Awal kan? Sebab pendaftaran pukul 7.30 pagi. En husband pulak jenis tepati masa. Pukul 8 lebih kami dah masuk theme park. Theme Park ni sebenarnya hujung minggu bukak pukul 10 pagi. Sebab family day, pukul 8 pagi kami dah masuk.  Ada jugak satu company lain buat family day. Tapi tak seramai staff company husband la.



Harga masuk untuk ke theme park boleh rujuk gambar di bawah. Segala info ada kat situ. Masa nak masuk pekerja di situ akan check beg. Detail dia check walaupun orang ramai beratur panjang. Sebab yg join family day en husband tu ada dalam 1500+ lebih. Bayangkan la masa dia cek satu-satu beg. 

Macam taman tema air yang lain, makanan dari luar tak boleh dibawak masuk. Ada jugak la aku tengok yang bawak keropok bagai kena tinggalkan dan diletakkan dalam rak yang disediakan. Aku bawa air mineral botol kecil tapi lepas je. Maybe air kosong ok kot.

After check beg, dorang akan ambil gambar kenangan la. Lepas tu dia orang print. Nak balik nanti boleh ambik. Kena bayar la kot. Tapi haritu kami dapat free sebab ditanggung company en husband. Kami pun tak ambik gambar sebab ramai sangat orang beratur panjang. Aku jadi rimas. Haha.



Masuk-masuk je kami kena pergi ke kawasan Pirates Bay. Sebab kat situ majlis pembukaan la. Ambik breakfast. Lepas tu lepak kat kawasan Pirates Bay. Memandangkan family day so ada la khemah-khemah macam kenduri kahwin tu. Aku tak tahu la hari lain ada khemah tu ke tak. Sebab aku baca review di internet tak banyak tempat berteduh.

Masa aku pergi time tu lak ujan. Lebat lak tu. Khemah lak tak mencukupi. Aku dengan husband lepak bawah pokok pinang ke apa. Sebab kitaorang bagi keutamaan kepada parents yang ada anak-anak. Yang tak ada anak lagi duk diam-diam bawah pokok sambil makan karipap. Nasib baik hujan sekejap je. Husband bagi tuala free dari company kat aku tutup kepala dari hujan. Sebab aku baru baik demam. Suara pon tak ada time tu. So dia risau. 

Majlis dimulakan dengan ucapan dr ceo, senam aerobik dalam air dan majlis penyampaian hadiah bagi yang berkhidmat lama la. Aku pun tak fokus sangat sebab kat belakang. Budak budak la enjoy. Sebab nampak air depan mata kan. Dorang nak terjun je. Bukan kisah apa. Haha.

After penyampaian hadiah aku ngan husband pergi cari tempat loker. Nak sewa loker ada 3 jenis. Kecil, sederhana dan besar. Kami ambik yang sederhana untuk dua beg sandang. Itupun cukup-cukup makan. Harga loker:

Kecil :           RM10+RM15(deposit)
Sederhana :   RM15+RM15(deposit)
Besar :           RM30+RM15(deposit)

Loker berdekatan dengan tandas dan bilik mandi lelaki dan perempuan. Cuma satu lah, bilik air agak kotor bila dah dekat tengahari dan petang walaupun ada banyak tandas. Lantai di tempat loker sangat kotor. walaupun ada pengering lantai kat situ. Sebab loker kat situ dan pintu nak masuk bilik air kat situ jugak. Kalau nak mandi kan kena letak selipar dalam loker. Aku terpaksa pijak lantai kotor untuk ke tempat mandi. Nak naik rides tak dibenarkan pakai selipar.

Bangi Wonderland ada 16 rides kesemuanya. Masa aku pergi ada satu rides yang ditutup. Boomeriang. Tak tahu lah sebab apa. Ada rides kena guna pelampung ada yang tak. Aku dan husband memang tak sewa la pelampung. Sebab tengahari tu ada sambungan event company en huband. Malas pulak nak kena bawak pelampung tu ke mana-mana. Leceh. Kalau nak naik rides tak ada pelampung, kena tinggal. Potensi kena rembat adalah sangat tinggi. Haha.

Sewa pelambung : RM15+RM10(deposit)

Awal pagi tu kami tak naik banyak sangat rides. Husband la rajin naik. Aku malas. Lagipun husband bawak kamera gopro tu. Nak naik rides tak boleh bawak kamera tu. So aku memang malas nak naik. Aku duk bawah rakam video. Haha.

Kids Adventure

Kawasan ni sesuai untuk parents dan anak-anak kecil. Kat sini ada semua permainan untuk kanak-kanak. Berdekatan dengan tempat duduk berbumbung, gerai jual makanan, loker, tandas, surau dan changing room.  Adalah lah jugak kerusi-kerusi untuk ibu bapa duduk tengok anak-anak. Kat sini jelah aku perasan ada banyak tempat teduh berbumbung. Tempat lain, lagi-lagi kawasan pirates bay kurang.


Bila air dalam bekas tu dah penuh, air akan jatuh dengan sendiri la. 

Tengahari tu ada la lucky draw untuk staff dan sambil makan tengahari. Kitaorang banyak lepak kat kawasan tempat berteduh ni la. Sebab ada meja makan semua kan. Makanan kat sini bagi aku sangat mahal. Mahal giler bagi aku. Jagung kukus dalam cup RM5 ok. Mahal tak mahal. Tu tak tahu lagi makanan lain-lain. Sebab makanan tengahari kami free ditanggung company. So tak terasa sangat la kan. 

Dalam pukul 1 lebih tu dah habis majlis semua kami sambung naik rides. Banyak jugaklah aku cuba. Tapi tak semua. Husband satu-satu dia try. Gigih jugak la memanjat tangga. Haha.

Magic funnel. Rides ni aku naik.
Magic funnel ko kena naik 4 orang. Kat sini pelampung disediakan. Free. Gigih la kami mengangkut pelampung naik rides ni. Yang ni seram jugak lah bagi aku. Rasa nak tercampak keluar je dari tempat ni. Masa naik, kawan husband perempuan jerit. Aku nak jerit. Tak ada suara kan. Macam mana nak jerit. Senyap jelah. Kawan husband jerit sekejap bila dia sorang jerit. Yang lain tak jerit dia pun diam. Hahaha. 


The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.
Aku naik Insane Racer je yang ni. Penat oi memanjat tangga nak naik rides ni. Haha. Bagusnya tempat ni. Merata-rata ada lifeguard. Setiap rides ada dua lifeguard. Masa nak naik dan turun. Kalau tempat turun rides ni ada kolam yang dalam dorang akan tunggu dalam air sambil bawak pelampung. So selamat la. Merata-rata dorang duk jaga.

Kami banyak lepak kawasan ni la. 



Dalam pukul 3 lebih kami balik dah, tempat-tempat ni seronok la bawak anak-anak. Kami ni bila umur dah menjangkau 30 tahun dah malas nak naik rides ni. Haha. Esok harinya badan sakit-sakit. Siap pakej demam aku kena. Haha. Kalau ada peluang lagi ke sini, mungkin bila ada anak nanti. Haha.

Rates: 

3.5/5 ☆


Kisah Jiran : Part 2

$
0
0
Assalammualaikum..

Ok ni cerita pasal jiran part 2. Sesiapa yang belum baca. boleh pergi belek entry pasal jiran sebelum ini. Bukan jiran yang sama tapi jiran sebelah rumah mak aku. 




Kawasan rumah aku ni banyak benau masalah jiran. Ada yang ok. Ada yang KO. Tapi mungkinlah nasib family kami dapat jiran yang "lain macam" perangainya. Kat rumah mak aku ni memacam perangai jiran. Ada yang rumah nak cantik tapi buang sampah dekat rumah mak aku. Ada jiran kereta berlambak tak mahu parking dekat rumah sendiri. Tapi parking kat rumah orang. Rumah sendiri parking kosong ok. KOSONG. Kekadang adik beradik aku balik tak ada tempat nak parking kereta kat rumah sendiri. Sampai kitaorang park kereta belakang kereta mak aku. Sampai berdouble. Sebab tak mahu ganggu jalan raya  dan malas nak bising-bising. 

Kali ni aku cerita pasal Kak Milah. Jiran sebelah rumah aku. Masalah jiran aku ni sejak zaman aku sekolah rendah lagi. Yes, dari zaman aku sekolah. Family aku pindah rumah mak aku sekarang ni lambat. Beli rumah awal, cuma duduk lambat. Bila orang keliling dah ramai duduk, baru family aku duduk la macam tu. Parents aku dua-dua bekerja. So keluar pagi, balik petang atau malam. Memang busy la kan. Majoriti jiran-jiran kawasan aku ni isteri adalah suri rumah sepenuh masa. Yang isteri-isteri yang bekerja adalah sorang dua.

Bila mak ayah aku busy kerja. Dorang tak sempat la berbual lepak lama-lama kat luar rumah. And my parents bukan jenis suka lepak mengumpat-umpat ni. Kalau terserempak pepagi itu, dorang just senyum-senyum and tegur perkara biasa kat jiran sebelah aku. Mak aku ada perasan bila senyum jiran-jiran yang lain, dorang tak mahu senyum balik and pandang lain macam. Mak aku ni jenis ok, tak nak senyum sudah.haha. Teruskan hidup macam biasa lah.

Sampai lah satu masa, jiran aku yang lain buat kenduri doa selamat ke apa. Jemput la mak aku. Jemput sebab terpaksa. Mak aku pergi lah tolong masak-masak. Masa aku masak-masak mak aku cuba bertanya and ajak berbual-bual sorang makcik ni. Makcik ni buat bodoh je ok. Buat tak dengar. Padahal mak aku kat sebelah dia je. Mak aku tertanya-tertanya dalam hati apa yang dia buat salah sampai orang buat macam tu sekali kat dia. Padahal mak aku tak salah apa-apa pun.

Bila ada kenduri mak aku pergi juga walaupun orang layan macam nak tak dengan mak aku. Sampai la satu masa, ada seorang jiran selang beberapa rumah dari rumah mak aku yang aku namakan dia cik Ana tegur mak aku. Mak aku berkawan jelah macam tu. Bila ada kenduri baru jumpa. And mak aku tolong cik Ana kalau ada masalah. Sampaikan mak aku tolong carikan kerja untuk cik Ana sampai dia dapat kerja. Bila mak aku selalu tolong ni, cik Ana buka cerita satu persatu kenapa layan mak aku macam tu sebelum ni. Dan, dari situ lah mak aku tahu punca kenapa jiran-jiran lain layan mak aku macam tu. Benda ini berpunca dari jiran sebelah aku...


Jiran sebelah aku ni, namanya Kak Milah. Sebelum ni, dia duduk kawasan perumahan sama tapi rumah lain. Rumah tu jauh la. Lorong lain la. Dekat pulak dengan rumah kakak mak aku. Masa mak aku mula-mula pindah, kakak mak aku dah bagi warning dekat mak aku, jaga jaga dengan Milah ni, suka cari pasal dan bergaduh. Dan dia berpindah sebelah rumah aku ni sebab dia berperang besar dengan jiran-jiran dia kat sana. Sampai bergaduh. Mak aku ni lak just ok. Pastu teruskan kehidupan macam biasa. Malas nak ambik port la kan. 

Cik Ana ni cerita la, Kak Milah ni cakap mak aku jenis kurang bertimbang rasa, sombong, dan memacam lagi lah. Bila cik Ana berkawan dengan mak aku, dia rasa apa yang Kak Milah ni cakap berlainan dengan perangai mak aku. So dia bincang dengan husband dia. And biasa la suami-suami ni, tu la jangan dengar cakap orang, kenal dulu baru tahu. Lama-lama sorang-sorang jiran aku bukak mata. Ada juga yang layan mak aku depan-depan baik, belakang kutuk mak aku. Itu geng melepak Kak Milah tu(termasuk bini Bakar dalam entry ni). Satu benda aku tabik spring kat mak aku ni. Orang nak bercakap, cakaplah. Mak aku tetap tegur dan senyum walaupun orang layan dia macam tu. Mak aku selalu cakap. Allah itu sentiasa ada. Orang nak buat dia, buatlah.

Aku ingat kes dia habis macam tu lah. Tak ada buruk-burukkan mak aku lagi. Sampai lah benda ni effect kat aku. Salah satu jiran aku menyewa area situ adalah cikgu yang mengajar di sekolah aku. Benda ni jadi masa aku darjah 5. Cikgu ni mengajar sekolah aku lah. Dan cikgu ni popular dengan benda tak baik macam cikgu kaki gosip, cikgu yang jenis belum waktu habis sekolah dia dah cabut balik rumah. Dan cikgu ni geng kaki gosip Kak Milah. Masa mula-mula pindah rumah tu, aku dan adik beradik bukan jenis keluar rumah. Sebab kitaorang kaki main games kat komputer. Memang tak keluar rumah. Dan parents aku ni bukan jenis bagi keluar merayap sangat. So kitaorang duduk rumah lah kan. Main pun dengan adik beradik sebab jarak umur tak jauh.

Masa darjah 5, ada pemilihan pengawas sekolah. Aku pun tak tahu aku terpilih. Tetiba Mr Low panggil beberapa orang murid dalam kelas aku pergi jumpa Guru Disiplin. Tetiba kena beratur depan Guru Disiplin, Mr Low dengan cikgu gosip a.k.a jiran aku. Mr Low pun cakap lah yang dipanggil ni akan jadi pengawas sekolah untuk tahun depan. Cikgu Gosip ni pandang sorang-sorang student. Sampai dekat aku. Dia tunjuk jari dia depan aku. Sambil cakap. "Ha! Dia ni! Kaki gaduh ni! Tak layak langsung jadi pengawas! Macam mana boleh terpilih ni? Dengan suara kuat sambil tunjal-tunjal jari dia kat aku. Mr Low pandang aku. Pandang balik cikgu gosip tu. Mr Low kata "Saya mengajar dia dari dia darjah 3 dan 4, saya pernah jadi guru kelas dia, saya bawak dia pergi bertanding peringkat negeri, saya tak pernah tengok dan dengar dia bergaduh." Habis je Mr Low cakap ayat tu. Aku blah dari bilik guru ok. Pergi tandas ada orang. Aku pergi Library. Tempat favourite aku. Menangis kat situ sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang. 

Mr Low datang cari aku ok. Masa tu cikgu Salmi ada. Cikgu perpustakaan. Mr Low pujuk aku. Aku tahan je air mata depan cikgu. Aku cakap aku tak nak jadi pengawas dah. Mr Low kata tak nak jadi pengawas. Jadi pengawas perpustakaan. Tapi aku tak jadi pun. Sebab tahun depan tu aku pindah sekolah. Sebab dekat taman perumahan aku ni sekolah baru buka. So sebab dekat aku pindah. Aku kenal dan rapat Mr Low sebab dia pernah jadi guru kelas aku, ajar subjek english dan pendidikan seni. Dia juga guru kelab pendidikan seni. Aku dulu selalu bertanding seni peringkat sekolah dan negeri dia yang akan bawa aku. Itu sebab dia kenal aku macam mana dan dia terkejut dengan tuduhan Cikgu Gosip tu.

Kesan dari peristiwa itu, aku trauma. Yelah tetiba kau kena tuduh macam tu depan cikgu dan depan student lain. Aku ni dah lah pendiam kan. Tetiba kena tuduh macam tu. Ko rasa? Dan sampai sekarang aku ingat peristiwa tu. Dengan mimik-mimik muka cikgu gosip sekali aku ingat. Cikgu tu dah pindah rumah pun. Akibat mulut orang, dengan aku jadi mangsa. Ko jeles dengan mak aku. Aku jadi mangsa. Aku tak cerita benda ni sampai aku habis belajar kat U baru aku buka cerita ni dekat family aku. Masa tu lah mak aku buka cerita pasal jiran sebelah aku dan jiran-jiran aku yang lain.

Masa aku buat pagar tembok pun jadi isu tau oleh jiran sebelah aku. Mak aku upah kawan dia kontraktor yang selalu datang urusan kat office mak aku la. Masa tengah buat tembok. Kawan mak aku ni selalu beli keropok lekor jiran sebelah aku. Kak Milah ni berniaga jual keropok, air, jambu dan keropok lekor lah. Masa kawan mak aku duk beli, Kak Milah ni duk tanya lah berapa harga tembok mak aku ni buat, mana datang duit mak aku buat, mak ni orang bawahan je tak mampu nak buat mahal-mahal. Kawan mak aku ni lelaki. Dia pun pelik, kenal pun tak. Tetiba cakap macam tu dengan orang yang tak kenal pasal mak aku. Kak Milah ni tak tahu. Kontraktor ni kawan mak aku. Kawan mak aku bantai la cakap, mak aku ni bos-bos ok. Buat pagar ni nak dekat 30k ok. Kaya ok. Siap up-up mak aku bagi Kak Milah panas. Haha. Padahal tak ada mahal tu pun. 

Kawan mak aku cerita masa datang office mak aku. Sambil cakap kenapa dengan jiran mak aku tu. Mak aku macam biasa. Alah biasa, manusia. Camtu jelah. Siap kawan mak aku offer buatkan tembok tutup habis antara rumah mak aku dengan rumah Kak Milah sebab bengang apa jiran tu cakap pasal mak aku. Mak aku cakap buat apa gelapkan rumah orang. Rumah sebelah Kak Milah tu pun dah tutup dengan tembok habis sebab tak tahan dengan Kak Milah ni. Jiran sebelah Kak Milah pun teruk juga diumpatnya tapi tak seteruk mak aku kena. Sebab mak aku ni malas nak bergaduh lagi dia naik kepala.

Dan kes lain yang dia buat adalah masa kenduri kahwin aku. Kenduri kahwin aku 100% katering. Dari masak sampai kendarat semua katering. Sebab parents aku tak nak penat. Masa hari majlis. Owner katering, kak suri tu datang lah check semua. So jiran aku ni Kak Milah, boleh mengekor kak suri duk tengok makanan-makanan apa mak aku order. Macam pagi lagi belum pukul 10.30pg orang kan tak ada lagi nak datang kenduri. Biasa datang tengahari kan. Kak Milah ni boleh cakap dengan Kak Suri, family mak aku ni tak campur orang. Tengok tak ada siapa nak datang kenduri. Kak Suri ni pelik lah. Ko tak kenal aku pun tetiba cakap macam tu pasal customer aku.


Dalam pukul 11 pagi orang dah start tak putus-putus datang. Sampai meja nak makan tak cukup sampai orang kena berdiri lah. Boleh pulak Kak Milah ni pergi cari Kak Suri ni cakap lauk cukup ke tak. Siap pergi check kat lori. Cukup ke tak lauk ni. Pergi cakap kat Kak Suri "Tu lah jemput orang ramai-ramai, sampai tak cukup lauk. Buat malu je." Kak suri ni bengang pergi cakap dengan Kak Milah, "Kak ini customer saya, saya nak kerja, tolong jangan ganggu saya boleh tak? Baru lah dia blah. Makanan sebenar tak cukup. Dan Kak Suri tu memang bawak backup lauk. Kalau tak cukup dia akan tambah. Dia memang bagitahu awal-awal masa sign kontrak. Ada backup lauk. Kalau tuan rumah nak tambah. Dia akan cas kemudian la. Cuma aku hairan, macam dia pulak tuan rumah. Masa mula-mula cakap tak ada orang nak datang, time orang ramai datang, ko kutuk lain pulak. Adoi hai.

Kes ni Kak Suri cerita masa datang rumah untuk bayaran balance katering. Tetiba je kak suri cakap "Maaflah kak, saya nak tanya boleh. Pasal jiran akak." Dan kak Suri bukak cerita. Mak aku mengucap panjang. Setiap kali orang tanya mak aku,mak aku tak pernah nak cerita pasal jiran aku. Mak aku cakap takpelah nak buat macam mana. Kalau dia cerita, dia cerita dekat aku je. Aku lah jadi penadah telinga. Aku tak pernah tengok mak aku cerita dengan orang lain. Setiap kali aku dengar mak aku cerita setiap kali tu la aku jadi panas. Haha. Tu sebab naik entry pasal Kak Milah ni. Haha.


Adakah kak Milah masih berperangai macam tu sehingga kini? Aku rasa ada lagi kot. Sebab Kak Milah ni mengajar orang mengaji. Petang budak-budak, memalam orang tua. Rumah aku ada dua porch. Satu porch betul-betul sebelah rumah Kak Milah ni. Selalu aku balik rumah mak aku, aku akan parking porch kedua ni. Malam-malam aku sampai orang tengah mengaji. Orang mengaji ni pelik. Kat depan rumah Kak Milah ni dorang tak parking motor. Depan pagar rumah mak aku ni jugak dia parking. Aku pun malas nak marah-marah. Sebab benda simple. Setiap kali aku balik rumah mak aku. Aku akan turun kereta, bagi salam. Minta alihkan motor boleh tak. Muka orang mengaji ni mak ai.. Kemain masam, cakap maaf pun tak. Alih motor terus masuk rumah. So ada la something tak kena macam mak aku kena. Bukan aku kena je. Abang aku pun kena. Abang aku sekali dua kali orang buat dia macam tu. Dia park kat tempat lain. Dah takde motor kat situ. Baru abang aku masuk parking kereta dia. Dan aku tak park situ dah. Sebab kak MIlah selalu interview laki aku. Tanya kerja apa. Gaji berapa. Tapi aku dah cakap dengan laki aku awal-awal. Hahaha.


Kak Milah ni mulut manyak manis. Depan-depan cakap ok. Belakang kutuk ko kaw-kaw punya. Kekadang aku tertanya apa la family aku buat kat dia sampai dia buat macam tu kat family aku. Bukan aku je kena, jiran-jiran aku pun kena. Dan kes terbaru, jiran aku ni dah tua, aku panggil nenek, tak nak duduk dengan anak-anak. So duduk la dengan bibik. Bibik ni selalu datang beli makanan dengan Kak Milah ni. Lepas tu tetiba bibik mengamuk cakap dengan nenek kata nenek ngata dia bukan-bukan. Dah bibik tu sentap and lari. Aduhai. Sebab mulut la, nenek dah jadi susah. Aku tak tahu lah sama ada benda ni rutin harian dia atau apa. Cuma aku pelik. Dan disebabkan benda ni aku jadi sangat susah nak percaya orang. Walaupun aku dah duduk rumah sendiri, aku jadi takut nak campur atau rapat sangat dengan jiran-jiran sebab takut dapat jiran macam kak Milah ni. Aku just tegur-tegur berbual pasal internet, pasal rumah and isu semasa. Dan aku sangat jarang berbual-bual dengan jiran-jiran aku. Setahun beberapa kali lah. Haha.


Dan mak aku? Masih senyum dan tegur macam biasa walaupun mak aku tahu kak Milah tu macam tu. Mak aku selalu cakap antara dia dengan Allah esok. Huwa.. Kenapa lah aku tak boleh jadi sesabar macam mak aku. Aku setiap kali balik rumah mak aku, mesti aku elak terserempak dengan dia. Sebab aku panas apa yang dia buat dengan mak aku. Anak dan laki dia tak ada masalah sangat. Yang masalahnya Kak Milah tu jelah. Banyak benda dia buat lagi. Mungkin kami didatangkan dengan ujian jiran-jiran macam ni ada sebab, mungkin ada hikmahnya yang kami tak nampak. Dan mungkin nak ajar kami lebih bersabar.

Marilah kita sesama doakan Kak Milah berubah dan mendapat hidayah apa yang dia buat tu salah ok. Entry ni ditulis untuk memberikan pengajaran dan luahan isi hati. Nama-nama pelaku adalah 100% nama samaran. Korang bukan tahu pun siapa kan. Apa yang aku tulis. Ambik pengajaran. Jangan jadi macam tu. Didik diri sendiri, ahli keluarga dan anak-anak kita jauhilah sikap macam tu. Tak dapat untung apa pun.


Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari)


Celoteh di hari Jumaat

$
0
0
Assalammualaikum...



Lama dah tak menaip kat sini. Walaupun banyak je masa dan cerita untuk dikongsi. Tapi tu lah. Malas. Bukan malas. Banyak juga cerita-cerita yang aku save dalam draft yang tidak dipublishkan. Kebanyakan post yang tidak habis ditaip. Masalah aku ni satu je. Aku selalu karang ayat lepas tu akan delete balik. Macam blog post ni.. Berapa kali delete dan taip balik dah. Sebab nak cari kesesuaian ayat tu.

Sejak kewujudan media sosial ni aku jadi berhati-hati nak post sesuatu. Facebook aku pon bukak hanya untuk share resepi di wall sendiri yang hanya private to only me dan tag en husband. So jarang sangatlah aku post apa-apa kat wall aku. Gambar pon aku hanya upload untuk tatapan diri sendiri. Sebab aku takut external dan laptop buat hal. Baik aku upload siap-siap. Gambar profile pun aku update jarang-jarang sekali.

Aku hanya aktif di instagram. Tapi tak aktif sangatlah. Aku pulak bukan kaki selfie so memang tak ada lah gambar aku la kot. Banyak gambar pemandangan. Kekadang gambar laki aku. Haha. Aku dah jadi malas nak upload gambar-gambar aku pergi bercuti ke apa kat media sosial. Walaupun tujuannya untuk kenangan aku boleh tengok tarikh dia bila. 

Tapi tu lah. Sejak kata-kata sedara husband aku. Aku jadi trauma nak share apa-apa di media sosial. Aku dan husband suka travel. Memandangkan kami belum dikurniakan anak. Kami memang banyak berjalan. Tapi mulut orang kan. Kekadang kami berjalan pun dikaitkan dengan anak. So aku ambil keputusan kalau berjalan kat mana-mana. Kami pergi senyap-senyap je. Tak payah nak upload dah. Ambik gambar lepas tu tengok sendiri. Haha.

Banyak juga benda yang aku nak share di sini untuk dijadikan tatapan aku sendiri. Kekadang aku baca juga post lelama. Lagi-lagi masa belajar dulu. Aku rindu nak menulis balik. Tapi tengoklah. Kalau ada masa dan cerita. Aku cuba la aktif balik. Walaupun ramai blogger dah tak aktif dah. So aku berharap dengan post ni menjadikan aku lebih rajin menulis. Amin.

Ok dah tu je nak bebel.



Pengalaman tampal dan scaling gigi di klinik kerajaan.

$
0
0
Assalammualaikum,



Ini adalah first time aku tampal dan scaling gigi kat klinik kerajaan. Sebelum ni di klinik swasta. Itu pun dah lama sangat aku tak pergi check gigi. Bila dah sakit barulah teringat nak pergi.

Scaling tu dah lama tak buat. And ayah aku pun dah banyak kali suggest buat kat klinik kerajaan sebab senang dan dekat jugak dengan rumah parents aku. Tapi duk tangguh-tangguh sampai la gigi berlubang aku start sakit. Sebelum ni dah tampal tapi terbuka balik. dan gigi tu dah start ngilu.

Masa tu ayah aku ada checkup dengan pakar kat klinik kerajaan. So aku decide pergi sekali dah alang-alang kan. Klinik kerajaan yang aku pergi ni besar dan ada klinik pergigian sekali. Aku pun pergi time lunch. Klinik tutup waktu makan tengahari. So, kena tunggu dorang buka pintu pukul 2 petang.

Walaupun aku sampai awal, still dah ada orang beratur dekat pintu. Tak ramai la. Adalah dalam 3,4 orang. Bila pintu dibuka je orang start masukkan kad pengenalan dalam kotak. Lepas tu abang di kaunter akan panggil dan tanya pernah datang tak sebelum ni. Kalau tak pernah datang kena la isi borang. Lepas tu baru dapat nombor.


Tak lama pun tunggu. Walaupun orang dah start ramai. Di sebabkan klinik ni besar, so banyak bilik doktor. Adalah dalam 10 minit dah dipanggil masuk. Bila first time doktor akan check la gigi mana yang rosak atau yang perlu dibersihkan. Lepas check doktor akan tanya apa masalah. Aku cakap la nak tampal dan scaling. Doktor suggest buat satu dulu. Scaling buat next time. Aku pilih la tampal dulu.

Tampal bagi aku tak sakit langsung. Tapi disebabkan gigi aku ngilu giler. Doktor terpaksa bagi injection. Dua kali. Jujur aku cakap. Aku tak rasa sakit pun. Aku ada pengalaman dengan klinik swasta cabut gigi. Masa bius sakit giler. Bila doktor ni bius, aku tak rasa apa-apa. Cuma aku dapat rasa lah ada benda masuk kat gusi tu. Sampai aku tanya dalam hati doktor ni dah bius belum. Alih-alih hilang dah ngilu dan bibir dah start rasa mengelebeh. Haha. Dan doktor start la tampal.

Doktor yang buat pun muda dan lemah lembut orangnya. Peramah dan jawab segala persoalan aku tentang gigi. Settle tampal. Doktor akan bagi kad dan harga yang perlu dibayar di kaunter. Bayaran yang aku kena hanya lah RM3 untuk tampal gigi.

Second time aku pergi dengan husband di klinik kerajaan yang sama. Aku pergi isnin waktu tengahari. 1.30pm aku dah terpacak kat klinik. Haha. Itupun ada juga orang dalam klinik tapi pintu dikunci. Maybe sesi pagi punya appointment tak settle lagi. Aku elakkan pergi waktu pagi. Sebab orang ramai waktu pagi dan lagi-lagi hari isnin. Ni mak aku cakap lah sebab mak aku selalu teman ayah aku buat checkup.

Masa buat scaling kali. Doktor hanya sorang. Sebab doktor haritu semua kena pergi meeting. Doktor tu pulak doktor first day ditugaskan di klinik tu. Walaupun aku awal, ada dua orang lagi di depan aku tengah tunggu giliran. Tapi cepat jugaklah tak sampai 20 minit pun, dah nombor aku dipanggil masuk. Doktor tanya nak buat apa. Cakap lah scaling. Dan dia akan tanya pernah buat atau tidak. Pernah. Tapi dah lama tak buat. Tak lama pun buat. 15 minit dah settle. Bila buat scaling ni biasa lah ngilu sikit. Tak ada rasa sakit pun. Doktor tu pun buat cepat. Alih alih dah settle. Cuma gusi aku berdarah banyak lah. Doktor suruh kumur-kumur. Lepas tu dia bagi kad and suruh bayar kaunter. Doktor tu pun aku tengok dia penat gile. Sebab dia sorang je doktor. Orang kat luar ramai. Tapi still peramah dan suruh datang lagi selepas 6 bulan untuk check up dan scaling. Bayaran scaling adalah RM3.

So aku akan datang lagi ke klinik pergigian kerajaan? Yes, aku akan datang lagi sebab service bagus, harga murah dan aku puas hati la. Kalau pergi swasta berganda-ganda harga. Tapi tak semua klinik pergigian kerajaan buka tiap-tiap hari. Bergantung di mana klinik tu. Macam rumah aku kat Sepang tu, klinik pergigian kerajaan buka hanya hari isnin dan jumaat saja. Sebab kecik je klinik dia. Macam kat rumah parents aku dari isnin sehingga jumaat. Walaupun ramai orang. Tapi waktu menunggu tak lama bagi aku. Ini Klinik Kerajaan dekat rumah parents aku la. Kat tempat lain tak tahu lah. Tapi kalau tak pergi tak akan tahu la kan macamana keadaannya.

Macam aku sebelum ni ingat check gigi kat klinik kerajaan sakit dan lama. Sekali pergi terus berubah persepsi aku. Yelah kalau tak cuba, tak tahu kan. So, inilah pengalaman aku buat checkup gigi di klinik kerajaan. Semoga membantu sedikit sebanyak. 

Sekian terima kasih. Assalammualaikum.


Cuti-Cuti : Johor Bahru

$
0
0
Assalammualaikum,

Sekian lamanya tak berupdate. Tetiba aku muncul. Setahun sekali update lepas itu hilang. Haha. Ok. Akhir Januari lepas husband aku buat surprise meraikan birthday aku. Dia just bagitahu tarikh birthday aku, kita pergi bercuti. Tapi tak bagitahu tempat. Penat la aku korek tak juga dia bagitahu. 

Kami bergerak hari Jumaat pagi, tapi gerak santai santai la lalu ikut jalan dalam. Bila dia lalu Port Dickson aku dah dapat agak dah dia nak pergi mana. Johor Bharu. Dan tekaan aku tepat. Haha. Sebab kenapa. Bulan 11 tahun lepas sepatutnya kami pergi bercuti JB. Tapi kami batalkan sebab bapa mertua aku tak sihat sampai masuk hospital . Tak akan la kami nak pergi bercuti kan. Tapi memang boleh nampak lah husband aku nak sangat pergi JB. Sebab last dia pergi masa zaman kami bertunang. Dia jadi cikgu sekejap kat JB. Aku jenis ok jelah. Memang aku tak tahu langsung dia booking, dia yang uruskan semuanya.

Night view dari bilik kami.

Kami sampai tengahari. Hotel yang husband aku pilih The Puteri Pacific Johor Bahru. Memang dekat tengah town JB tu lah. Dekat jugak dengan Bazar Karat. Memang dia pilih tempat strategik. Semua dekat. Shopping Mall pon dekat.  Bagi aku hotel dia puas hatilah. Servis pun bagus. Kitaorang sampai dalam pukul 2 lebih. Mintak check in awal ok je. Husband booking hotel ni guna Booking.Com.

The Puteri Pacific.
Lobi Hotel. Malam-malam ada Live Band.


Bilik yang kami booking ni besar jugaklah. Lengkap. Selalu hotel yang kami pergi jarang ada sterika kan. Kalau ada kena minta. Ni semua ada lengkap la. Bilik air ada tub dan shower yang berasingan. Cuma perabot je lama sikit. Bantal dia jujur sedap gila tidur. Jarang aku tidur hotel dapat bantal sedap. Selalu keras kejung je. Dekat cermin tu dorang siap tulis harga bantal tu kalau nak beli. RM300 sebiji. Patut la sedap. Haha. Maybe selalu orang tanya. Tu yang dia tulis siap-siap. Haha.

Aku masa ni memang malas giler ambik gambar. Ini pun husband aku yang ambik gambar. Tu sebab tak banyak sangat gambar kali ni. Mood nak ambik gambar memang kelaut time tu. Lepas Check In, kitaorang pergi makan kedai makan jual lauk pauk betul-betul depan hotel ni. Kami memang tak ambik buffet hotel sebab husband kata JB banyak tempat makan sedap. Kira mengimbau kenangan la tempat-tempat makan kegemaran dia masa dia keje JB. Aku pon ok kan saja. Aku rasa more to birthday treat husband aku je. Haha.

Facilities hotel ni bagus lah, ada gym, swimming pool dan apa ntah lagi. Husband aku yang rajin pergi. Wifi pon ok. Lepas makan tengahari kami naik balik hotel. Rehat. Lepas tu husband aku g Gym. Aku lepak je dalam bilik. Pastu dia naik ajak g swimming pool. Aku teman jelah. Malas nak mandi bagai. Husband aku jelah pergi berenang. Ramai juga la orang. 

Gym, husband kata lengkap.
Petang-petang tu kami jalan-jalan la tengok sekolah lama husband dia. Sekolah dia dekat je dengan KPJ Johor tu. Tapi sekolah dia dah pindah ke Pasir Gudang lepas husband abis kontrak. Jalan jalan mengimbau zaman dia duduk area situ. Aku pun layankan jelah. Lepas tu kami cari lah kedai makan yang selalu husband pergi. Banyak lah kedai dah tutup dan pindah. Tapi husband aku ni baik dengan anak-anak murid dia so dia whatapps budak-budak ni kat mana. Nasib baik bebudak ni tahu walaupun dorang semua belajar kat U sekarang. Siap bagi suggestion lagi kat mana makan best lagi. 
Di sebabkan nak maghrib, kami buat keputusan balik hotel dulu solat, lepas tu baru pergi cari makan.

Lepas maghrib tengah nak siap-siap. Tetiba bunyi loceng. Husband aku aku g la bukak. Tetiba ada room service. Husband aku tak ada order room service. Dia tanya aku ada order ke. Aku cakap la tak ada. Yelah nak keluar g makan kan. Sampai budak tu pun cuak. Husband aku siap cakap salah bilik ni. Haha. Budak tu pun blah. Tetiba bunyi loceng balik. Budak tu kata betul encik, bilik encik. Husband aku boleh pulak mati-mati kata tak ada. Budak tu call manager dia. Lepas tu manager dia kata cake tu treat dari pihak hotel sempena birthday aku. Aik macamana dia tahu. Lepas tu husband aku baru teringat. Masa booking hotel dia ada tulis kat notes. Celebrate my wife birthday. Mungkin pihak hotel alert. tu yang dia bagi. 5 bintang aku bagi kat hotel ni.

Birthday Cake from The Pacific Hotel
Sebab nak keluar. Kami letak jelah dalam peti ais. Balik hotel kang baru makan. Husband memang planning nak beli kek malam tu. Tapi ada kek tu aku cakap tak payah lah. Lagipun aku muak makan kek. Sebab birthday husband aku dekat-dekat dengan birthday aku. Birthday dia aku belikan kek. Dan aku bukan pengemar kek sangat. Makan satu slice ok la lagi kan. Dah la kami berdua je. Dan pengalaman lepas-lepas beli kek sampai keras kejung dalam peti ais tak makan-makan. Haha.

Malam tu husband tanya nak makan apa. Aku cakap la nak makan western. Sebab masa tu tekak aku nak makan western je. Dia bawak lah pergi Restoran Hutan Bandar Bistro. Dulu kedai ni dekat area sekolah husband aku. Kalau malam dia keluar makan dia mesti tanya anak-anak murid siapa nak order. Sebab kesian bebudak tu makan kat asrama tak sedap. Husband aku lak dah alang-alang belikan sekali. Tu anak-anak murid dia sayang dia sampai sekarang. Dan masa tu dia jual chicken chop RM6 je. Zaman dulu la. Tu murah. Sekarang tak dapat dah. Sekarang dia dah pindah Jalan Tun Abdul Razak Susur 1. Itupun anak murid husband aku bagitahu.

Kedai dia dua tingkat. Husband yang order dan bayar. Aku pergi cari tempat duduk. Kat bawah ramai orang, kat atas lapang. Decoration pun nice je. Aku memang tak ambik gambarlah. Sebab ramai lak orang kan. Aku order steak. Husband pun order benda sama. Harga dia aku tak ingat berapa. Tapi belas-belas jugak lah. Portion dia besar ok. Tak abis aku makan. Sampai tapau bawak balik hotel. Haha. Kuah dia siap boleh refill. Boleh tahan la makanan dia berbaloi.

Steak Hutan Bandar Bistro.
Habis makan konon-konon nak g Bazar Karat. sekali tengok parking penuh dan aku dah penat. Aku cakap jelah pergi esok jelah. Terus balik hotel dan rehat.

View dari dalam bilik kami.
Esok paginya kami breakfast kacang pool yang popular kat Larkin tu. Tapi ni kedai yang foodcourt tu. Husband ajak pergi sini sebab sini tak ramai sangat macam kat station bus Larkin tu. Tapi owner yang sama. Ini kali kedua aku makan kacang pool. Sedap bagi aku. Aku pernah rasa ada orang jual kacang pool tapi tak sesedap yang JB nye. Kacang dia yang sedap. Harga dia aku pun tak ingat berapa. 


Lepas breakfast, aku dengan husband pening jugak nak pergi mana. Kalau tempat-tempat menarik macam jauh jauh. Kalau area JB tu macam tak ada sangat tempat menarik. Kedai makan yang sedap-sedap banyaklah. Nak pergi muzium belakang hotel kami tu, tutup pula sebab renovation. So kitaorang jalan-jalan jelah area istana Johor. Nak berhenti ambik gambar memang panas gila. Last-last kami decide pergi Zoo Johor jelah. 

Zoo ni tak besar. Bayaran masuk pun murah gila. Tempat parking memang tak ada. So parking la tepi-tepi jalan. Sampai je zoo ramai gila orang. Aku rasa dorang pun tak ada tempat nak pergi macam kami. Haha. Binatang pun boleh tahan banyak jugak lah. Boleh bagi gajah makan, boleh pegang ular dan budak-budak boleh naik kuda. Ok lah bagi aku kalau nak bawak anak-anak mengenal binatang. Walaupun aku pergi tengahari, tapi tak panas sangat sebab banyak pokok-pokok dan tempat duduk.

Zoo Johor ni zoo lama. Sebab kandang dia style lama. Disebabkan pergi masa tengahari. Haiwan-haiwan banyak tengah menyorok dan tidur. Abis merayap kat zoo kitaorang balik hotel. Solat dan rehat. Dah petang sikit kitaorang keluar pergi shopping complex berdekatan dengan hotel kitaorang. Jalan kaki je. Disebabkan ramai orang kat shopping complex nak makan pon ramai orang, husband aku decide beli roti je makan kat hotel. Sambil buat kopi. Petang tu dia sambung g gym dan berenang.


Singa semua tengah tidur


Unta datang dekat bila ko pegang kangkung. Tak ada makanan dia tak datang.
Malam hari sabtu, kami berjalan kaki je pergi Bazar Karat. Bagi aku sebenarnya tak jauh. Tapi masa tu kesihatan aku tak mengizinkan aku jalan jauh-jauh. So aku cepat penat. Bazar Karat bagi aku macam bazar biasa-biasa macam uptown. Husband aku cakap dulu-dulu banyak orang jual barang lama-lama, barang rare, tapi sekarang macam dah tak ada. Sebab dulu husband masa kerja JB selalu dia turun Bazar Karat. Sekarang macam jual benda yang biasa-biasa ko boleh pergi macam kat uptown. Cuma Bazar Karat ni banyak kedai makan sambil shisha. Beli sikit barang. Lepas tu balik hotel. Memang aku tak ambik gambar sebab ramai sangat orang.

Keesokkan harinya, kitaorang check out sebelum pukul 12. Planning nak jumpa kawan baik aku dari zaman sekolah Nad di Paradigm Mall. Makan tengah hari sekali kat situ. Sebelum gerak ke Skudai, singgah sat kat Kacang Pool tapau bawak balik Melaka. Jumpa, makan dan berbual-bual sekejap dengan Nad pastu gerak balik Melaka singgah rumah mak aku bagi kacang pool. Lepas tu terus gerak balik Sepang.

Percutian kali ni memang aku banyak lepak hotel. Sebab JB bagi aku tak ada apa sangat. Kalau ko kaki makan memang banyak pilihan. Kalau tempat-tempat menarik macam jauh sangat lak. Shopping Mall memang berlambak kat JB. Tapi aku kurang sikit pergi shopping Mall. Siapa kaki shopping mesti on. Aku dengan husband kalau travel suka pergi muzium, tempat menarik macam nature la. Dulu aku pergi Danga Bay ada la pantai, sekarang ni pembangunan dah kat situ. Pantai pun tak ada dah. Haha. Bagi aku Johor Bahru tempat makanan best-best banyak. Puas hati la makan kat sini.

Tu jelah kot. Kalau aku rajin aku menaip la lagi kat sini. Assalammualaikum.

Viewing all 57 articles
Browse latest View live